Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, November 26, 2007

    pemergian abah...

    Saya mendapat panggilan dari abang saya. Umi memberitahu abah telah pergi menemui Ilahi. Jumaat 8.30 pagi. K Yah, K Ti dan K Marsinah ada di rumah semasa abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

    Selasa semasa umi nak turun ke Seremban bagi rawatan mata beliau, umi jumpa abah. Minta maaf dari abah, minta halal segala2 nya, Abah sahut kecil. Hmm, 2 kali. Abah pandang umi. Saya boleh bayangkan.
    Umi turun dan ke Seremban bersama Pak Di dan 2 anak K Ti.

    Khamis pagi waktu UK, saya telefon ke rumah. K Marsinah bgth Abah batuk2 dan muntah2. Saya telefon K Ti bagitahu. K Ti kata memang abah dah batuk2 dan muntah2 begitu sejak 3 bulan yang lalu.

    Umi telefon ke rumah jam 8 pg hari Jumaat. K Marsinah bgth abah demam kuat. Umi telefon sekali lagi, abah dah pergi. K Ti bagitahu bahagian khairat kematian. Mereka terus datang uruskan abah. Segala kelengkapan telah mereka sediakan. Urusan pengkebumian abah sungguh lancar dan mudah.

    Umi segera balik dari Seremban. Umi dan Abg Pi sempat tatap wajah abah yang terakhir di masjid. K Bah sempat di perkuburan. Urusan sungguh lancar tanpa tangguh2. Memang Islam menganjurkan jenazah diuruskan dengan cepat tanpa di tangguh2kan.

    Umi kata orang yang mandikan abah kata badan abah sungguh wangi dan lembut tatkala dimandikan. Saya boleh bayangkan, sebab badan org sakit terlantar ni, memang tak wangi. Sendi2 abah juga keras masa abah sakit dulu. Jadi kalau dia kata wangi, maknanya memang wangilah, dan kalau orang kata lembut, memang lembutlah. Wajahnya pun putih bersih. Umi kata, abah pergi dengan baik, husnul khatimah. Allah panjangkan umur abah untuk kami jaga beliau dengan kesabaran dan bakti.

    Saya sempat balik Januari lalu. Mandikan abah buat kali terakhir. Dengan bantuan abang (suami), K Yah dan K Ida. Saya gosok abah dengan penuh kasih sayang.
    Tidak mudah menjaga orang sakit terlantar. Saya ucapkan terima kasih sangat kepada K Yah, K Ida, K Marsinah dan K Ti yang banyak membantu menjaga abah sepanjang ketiadaan saya. K Bah, K Mar dan Abg Pi juga selalu balik tengok2kan abah. Umi yang juga uzur, setia di sisi abah sepanjang masa.

    Umi di sisi Tok Nik dan Tokki Embong, Tok Som dan Tokki Nik (belah abah) tatkala mereka menghembuskan nafas terakhir.
    Tapi Allah takdirkan Umi tak sempat di sisi abah di saat terakhir beliau. Tapi saya yakin abah redha dengan umi sebagai isteri.

    Umi menjaga abah dengan penuh kesabaran sejak kali pertama abah kena stroke, ubat beliau dengan segala cabaran dan ujian. Kali ini, ialah yang paling panjang, stroke kali yang keempat. Yang tak sembuh2 dah. Yang menyaksikan ujian Allah yang paling hebat. Tapi Allah sayang abah, Allah panjangkan usia abah, dan bagi peluang untuk anak2 jaga abah dalam keadaan yang lebih baik, abah terbaring tak boleh bercakap, hingga akhir hayatnya.

    Umi mengaji di sisi abah setiap hari. Kalau abah sihat, abah juga akan mengaji setiap hari. Abah suka belajar dan mengajar Al-Qur’ān.

    Umi kata abah tak de musuh. Abah ramai kawan. Masa abah sakit dan masih mampu bercakap, abah masih minta pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Solat Jumaat, abah minta diangkat ke masjid. Kami (anak2 perempuan kat rumah ni) akan angkat bawa abah dengan kereta ke masjid dan minta tolong orang2 lelaki kat masjid angkat abah bawa masuk ke dalam masjid. Abah begitu cintakan masjid.
    Masa abah sakit terlantar, dan masih ingat, abah puasa penuh lagi 30 ramadhan. Sejak 3 tahun yang lalu, selepas abah dah tak ingat apa2, abah dah tak solat dan puasa lagi. Abah hanya diam. Kewajipan abah sebagai mukallaf telah gugur semua. Yang tinggal adalah kewajipan kami untuk menjaga abah sebagaimana kami pernah dijaga waktu bayi dulu. Abah di hujung usia benar2 seperti bayi. Tak boleh makan solid lagi, hanya boleh minum susu. Umi kasihan tgk abah minum susu sahaja, umi suapkan bubur nasi blender. Tapi tekak abah memang dah tak boleh terima. Abah muntah2 hingga masuk wad.

    Sejak itu, umi tak suap abah nasi lembek lagi.

    Setiap kali saya telefon rumah tanya khabar abah, umi akan kata abah sihat. Sihat dalam konteks orang yang sakit stroke dan terlantar.

    Masa abah sakit dan masih boleh ingat dulu, sahabat2 abah yang sakit kemudian dari abah, meninggal seorang demi seorang, abah kira seorang demi seorang sahabatnya yang pergi dulu. Abah ternanti2 gilirannya pula. Tapi Allah izinkan abah untuk menghirup udara di dunia ini lebih lama. Saya percaya Allah sayangkan abah, dan nak mengurniakan masa untuk kami anak2 menjaga abah. Orang lain sedih sebab tak berkesempatan menjaga ibu bapa mereka masa sakit. Kami alhamdulillah Allah kurniakan masa itu. Alhamdulillah.

    Sepanjang abah sakit yang tak boleh bercakap, saya hanya mampu balik 2 kali dari , untuk menjaga abah. Abah, maafkan saya kerana tidak dapat berbakti untuk abah dengan lebih banyak.

    Insya Allah, saya akan meneruskan usaha abah mengajar al-Qur’ān kepada orang lain. Terima kasih abah kerana telah berkorban banyak untuk membesarkan saya dan mendidik saya menjadi insan yang beriman. Terima kasih abah yang telah mengajar saya al-Qur’ān.

    Perasaan saya bercampur baur sekarang ini.

    Saya perlu gembira kerana abah telah pergi mengadap Tuhannya dengan pengakhiran yang baik. Yang masih belum pasti ialah kami yang masih hidup ini, Yang amalnya tidak sebanyak abah. Yang mengajinya tak sebanyak abah. Yang membantu orang lain tak sebanyak abah. Yang mengajar orang lain tak sebanyak abah.

    Abah yang kami kasihi kini telah berada di alam barzakh. Apakah yang boleh kami buat untuk memberi bekal kepada abah?

    Bekalan untuk manusia setelah mereka meninggal, ialah anak yang soleh, ilmu yang diajarkan, sedekah jariah. Abah mendidik kami menjadi anak yang soleh. Cukup solehkah saya? Ingatkah lagi saya kepada didikan abah dulu? Kalau saya sayang abah, saya mesti meningkatkan kesolehahan saya, dan selalu doakan abah. Ya Allah jadikan say aanak yang solehah, suami saya menantu yang soleh, dan anak2 saya cucu yang solehin.

    Ilmu yang diajarkan, abah telah mengajar saya al-Qur’ān, Ya Allah, kurniakanlah kemampuan kepada saya untuk mengajarkan orang lain pula ilmu yang telah abah ajarkan saya ini. Mudahan pahalanya akan sampai kepada abah, insya Allah.

    Sedekah dan amal jariah, saya boleh bersedekah di atas nama abah insya Allah, mudahan pahalanya akan berpanjangan abah terima di alam sana.

    Ya Allah, terimalah amalan kami ini. Dan kurniakan kami kesempatan untuk bertemu abah dan ahli keluarga kami nanti suatu masa nanti di alam sana, dan golongkan kami di kalangan hamba2Mu yang soleh, amin.

    Adakah abah ada hutang? Umi kata abah tak de hutang.
    Abah dah tunaikan haji alhamdulillah..
    Abah puasa hingga gugur kewajipan mukallaf di bahunya. Selepas itu, umi bayarkan fidyah bagi puasa yang tak mampu beliau tunaikan.

    ….

    Andai saya dijemput hari ini, adakah saya bersedia seperti abah? Sudahkah saya tunaikan semua kewajipan saya sebagai hamba Allah?
    Adakah saya ada hutang? Sudahkah saya lunaskan semua hutang saya?
    Adakah say aberhutang puasa? Sudahkah saya lunaskan semua hutang puasa saya?
    Ya Allah…..
    Kurniakan aku kesempatan untuk melunaskan kewajipan2ku sebelum Kau menjemput ku ke alam sana….


    Friday, November 23, 2007

    kisah kaum lut dan gambar2












    Menurut sebahagian ulama', laut mati ini tidak wujud sebelum kejadian ini.




    Kawasan ini menjadi lebih rendah dari aras laut. 392 m di bawah aras laut.




    Kesan peninggalan bandar ini masih boleh dapat dilihat berhampiran laut mati ini.








    Lecturer saya (yang berasal dari Palestine) berkata, yang Laut mati ini telha wujud sebelum kejadian Kaum Lut ini. Tapi kalau kita perhatikan, LautMati ini terbahagi 2. Yang besar kat atas tu, dengan yang kat bawah tu. Fokus kawasan Kaum Nabi Lut ini, Saddum dan Ammurah, ialah di barat Laut Mati sebelah bawah yang kecil sedikit tu. Justeru, saya berpandangan, mungkin Laut Mati yang besar tu yang dah ada sebelum tu. Dan Laut mati yang kecil tersebut terjadi selepas kejadian pemusnahan Kaum tersebut?




    Wallahu a'lam.






    Satu perkara yang menarik yang menjadi asal kenapa saya mengkaji kawasan ini ialah;






    Islamicjerusalem face have 4 shape, Al-ghaur (??), silsilah jabal alsharqi chain of mountain, silsilah jabal al-gharbi (chain of mountain), wa al-sahlu al-sahilah (plain).



    Justeru, saya menemui bahawa al-Ghaur ini ialah kawasan yang menurun, maknanya, kalau lembah, ia berada di kaki gunung tapi masih di atas aras laut. Tapi Al-Ghaur ini, macam lembah (valley) tapi lebih rendah dari aras laut. Sebab tu bila saya tgk dalam kamus makna dia lebih kurang macam lubang, tempat rendah. Jadi pembentukan muka bumi al-ghaur ini, (lembah yang lebih rendah dari aras laut) ialah kerana pembalikan bumi yang dibuat oleh malaikat di bandar kaum Saddum ini.

    Kawasan al-Ghaur ini, mengikut peta dalam buku Abu Rob (2002), ialah sebelah barat Laut Mati mengajur ke atas hingga Laut Tiberia, dan ke bawah hingga Wadi 'Urbah. Apabila saya merujuk Google map, dan melihat pemnadangan kawasan tersebut dari satelite, ia membayangkan kawasan agak berbukit2 yang gersang, tak de org duduk.
    Tapi tidak juga, masa saya mencari gambar untuk al-ghaur ini tadi, ada pemnadangan rumah2 yang dibina di kawasan al-Ghaur ini.


    Ini adalah gambaran yang saya buat terhadap 4 jenis muka bumi di Islamicjerusalem menggunakan gambarajah keratan rentas mukabumi dari buku Khalid El-Awaisi (2007)




    Wednesday, November 21, 2007

    Plan to Islamicjerusalem is divine since previous prophets.

    Uns al-Jalil page 95

    Prophet Musa was sent from far away in Egypt to Ariha (a region in Islamicjerusalem) to free the place from the violence made by Jabbarin.
    Prophet Muhammad was also commanded by Allah to free this Holy Land from the violance of Byzantine.

    So, I argue that the Plan to open Islamicjerusalem is not only from Prophet Muhammad’s time, but it is divined since the time of Prophet Musa, and might be other Prophet also. So, this plan is divine, not by personal interest of Prophet Muhammad.

    As the Prophets was sent to their people to renew (tajdid) the religion of Islam in their time from the unbeliever, so that also happened with the plan to free Islamicjerusalem, the Holy Land from the violence.

    This question ; was the plan to Islamicjerusalem is divine or by Prophet Muhamad himself? Was discussed in the Theoretical Class last week.

    Jews repent?

    One more thing that I found in the book, al-Uns Jalil,

    In the subtopic Qissah al-Jabbarin wa Al-Tih wa al-Hittah, page 94,

    Allah said to them, "Go to the Holy Land. When you want to enter it, enter it with feeling of thankfulness to your God and prostrate because He who have made you arrive there. And kill those Jabbarin and struggle yourself on them. And Allah revealed on to Musa, “I pour ( like rain) onto you Al-Manna and I order the wind to bring you the Salwa and Rock which came out from it water ….
    (This verses in a not direct translation but the verses can be found in the Quran)

    The story is long, I need some time to type it here and translate it from Arabic to English.

    But my point here is.

    Allah command the Bani Israel to enter the Holy Land (Ard al-Muqaddasah), and face the Jabbarin and kill them. But at that time, they did not do that.
    I think, perhaps, the Jews today, had realized, after they had been violated all over the world because they had not obey this order given by God.

    So, repent and try to follow back this order given by Allah, but they are late. In this time the order had expired. Allah who ordered that, had ordered a new command through His new Messenger (Muhammad PBUH) whom the Jews do not want to accept, that this Holy land need to be ruled by His Sharīcah, and the land is no more for Bani Israel alone, but for the all human in the world (lil alamin: The Quran).

    The Jews might mistaken that Jabbarin whom Allah said in His command before as Muslim nowadays. That is why they keep on killing the Palestinian, and spreading psycowar that the Muslim is terrorist, violent, and all the characteristic that same with the Jabbarin.

    Haykal Sulaiman and Masjid Bayt Al-Maqdis are the same?


    I got this from: Mujir al-Din Al-Hanbali (n.d.), Al-Uns al-Jalil bi Tarikh Al-Quds al-Khalil, Vol 1, page 55 - 59
    "After finished building masjid Bayt al-Maqdis, Allah asked him to build a building on the Prophet Ibrahim grave. As he do not know where is the place, Allah signed him the place, with a light shone from the sky to the earth. Prophet Sulaiman built a building in the shape of fence (suwar) with the help of Jin. This place is in Hebron (Al-Khalil is regards to Prophet Ibrahim al-Khalil). This suwar takes the ruling of a mosque which people can i'tikaf, pray, those who menstruate can not stay in it etc. "
    So, when the Jews argues that there are Haykal Sulayman, they confused this fence (might be called as haykal?) and the Masjid that Prophet Sulaiman build on the rock. Which is the place of Masjid al-Aqsa now. Even they confused with this building, Prophet Sulaiman also had rebuilt the masjid Bayt Al-Maqdis, which is dated before the building on the Prophet Ibrahim grave in Hebron.
    What is interesting here is, the Masjid al-Aqsa has been built and rebuilt by several prophets. First, it was built by the same Prophet (may be Prophet Adam) who built Kaabah, the first mosque built for mankind o the earth (Quran). Then Prophet Ibrahim rebuilt Kaabah. May be he rebuilt Masjid Al-Aqsa too?
    Then Prophet Sulaiman rebuilt masjid Bayt Al-Maqdis which is the name for Masjid Al-Aqsa. Yes, the building made by Prophet Sulaiman in Hebron is like a fence (suwar), may be that is why Jews called it as haykal. So, the Haykal Sulayman which being argued by Jews, is the Masjid al-Aqsa itself. Thus, why bothered digging under the Al-Aqsa mosque searching for the haykal when the Mosque itself is the building built by Sulayman.
    As the building in Hebron is considered as mosque that people at that time - who are the followers of Prophet Sulaiman and later Prophets; namely Moses, Dawud etc - I argues here that the confusion is that the Jews thought the Haykal which they considered as mosque (place for worshiping) is the building that Prophet Sulaiman built on the rock which is Masjid Al-Aqsa/ Bayt Al-Maqdis.
    Jews had disobeyed Allah for entering Bayt Al-Maqdis before, during Prophet Moses time. And now they still want to quarrel on the thing that is the same but theydont believe that is the same, the mosque. And also the Qur’ān as Allah’s word, and Prophet Muhammad as Allah’s Mesenger, they are all the same, ours and theirs. But they will not believe, because they are disbeliever. So, how to solve the problem? Whether the Jews become Muslim, or they agree to stay under Islamic ruling which there are parts for nonmuslim. Only then the peace and stability can be achieved.
    The Masjid Al-Aqsa / Bayt Al-Maqdis, taken from here

    An imaginary Solomon temple, taken from here

    trip to Islamicjerusalem

    We commitee ALMISS had meeting last week for the first time.

    The first time for to act as president in a meeting, But its not bad, it is actually the same as the meeting that i had lead before but just not on the name of president. We discussed several issues and activities that the student like to have this year.

    The interesting one is academic trip to Islamicjerusalem in Jordan. Last year theer had been a proposal for this trip but fail, as the student need to pay £500 for the trip. But this year, the new comitee come out with an interesting suggestion, that we will organize this trip as academic one, we, will try to find sponsors, like from Sheikh Al-Maktoum himself who sponsoring this institute, may be we can have some sponsor from the institute itself, as this are academic trip.

    And if we can promote the Alumnis to join, we might get some sponsor from ALMIAN, ALMI alumni. Must discuss this with Dr Maher, and convince him.

    Insya Allah we will try to made this reality.

    congratulation Fadi & Ayah

    Today I got an invitation from a friend for his engagement party.
    He is master student last session, who will graduate this year. But now he is in Jenin, Palestine. And I don’t think he will be able to come for the graduation ceremony.

    He send me an email and his invitation e-card.
    I post his invitation here just to keep this card, at a safe place and to share with the readers the other’s culture - this time, my friend from Jenin, Palestine.

    Congratulation for Fadi and Ayah.
    Till we meet again. And thank for inviting me although we cannot attend the ceremony.

    First task as president

    Tugasan saya yang pertama sebagai Presiden ALMISS ialah menghadiri meeting Institute Council sebagai Student representative. Antara yang hadir dalam meeting tersebut, Chancellor Institute, Lord Elder, Acting Principal, Prof Malory, Abu Baker, Helen dan lain2 lagi.

    Asalnya saya tak nak hadir sebab sakit kepala yang amat sangat dan badan panas sejuk nak demam. Tapi sebab dah tak de org lain boleh ganti, maka digagahkan diri jugak. Masa saya masuk ke Board meeting Room tu, beberapa org dah ada kat sana menunggu sambil2 minum copy dan makan biskut yang disediakan.

    Bagus mereka datang awal. Mereka tak salam pun? Saya pun tak salam gak la, senyum aje, tak de mood betul nak salam2 sebab kepala tgh pusing. Lord Elder datang. Dia round meja salam dengan semua orang, dia tgk saya, saya senyum. Dia datang dekat, tanya khabar, saya cakap saya kurang sihat, baru telan paracetamol. Saya senyum lagi dan tunduk hormat kepada beliau.

    Bagusnya, beliau tak hulur tangan kepada saya. Dia tahu saya tak salam dengan lelaki.
    Kat sini point yang saya nak tekankan.

    Lord Elder ialah orang yang menyampaikan sijil kepada saya masa majlis graduation Master saya tempohari (2004). Masa atas pentas tu, ada Muslim perempuan yang salam jugak dengan dia. Alasan, tak nak jatuhkan air muka dia di khalayak ramai. Giliran saya, saya jalan hala dia, bawa tangan ke dada dan tunduk sedikit sebagai hormat. Dia tarik balik tangan dia yang telah dihulurkan. Masa majlis graduation tersebut saya kena naik pentas terima hadiah 3 kali; 1-sijil master 2-Anugerah Dissertation terbaik. 3-Anugerah Keseluruhan Master terbaik. Jadi, untuk kali kedua dan ketiga, beliau dah tak hulur tangan dah, sebab dah faham, bahawa saya tak bersalam dengan lelaki.

    Apa yang saya nak tekankan kat sini, kita ni orang Islam, kengkadang takut sangat org kecil hati dengan kita, hingga kita membelakangkan hukum agama kita sendiri. Saya tahu, hukum bersalam dengan ajnabi ni ada perbincangan ulama berkenaannya. Ada yang bagi rukhsah(?) untuk salam dalam keadaan seperti di atas. Tapi kalau dah terbiasa begini, Islam sama Islam pun salam jugak, apa ke halnya? Bukan tak tahu haram? Kalau nak ikut jaga hati, tentu Rasulullah dah salam dengan wanita2 yang datang berbai'ah dengan baginda masa Bai'ah Aqabah kedua. Kang kalau tak salam kecil hati pula mad'u baru tu. Tapi Rasulullah tak buat gitu.

    Justeru kita kena ada jati diri. Kita bukan menyombong diri dengan mereka. Kita bercakap, senyum, dan berkomunikasi dengan hormat dengan mereka, pada kadar yang dibenarkan oleh syarak. Tak payah la salam. Alhamdulillah, hasilnya, Lord Elder bila jumpa saya lagi dalam meeting kali ini, beliau dah tak hulurkan tangan kepada saya, tapi beliau tetap datang dekat saya dan bertanya khabar saya.

    Agaknya apalah Lord Elder rasa pasal Muslim ni, Ada muslim yang salam dengan org lelaki, ada yang tak. Mana satu betul agaknya. Hmm...

    Meeting kali ini, membincangkan tentang perjalanan Institute, aktiviti, program, perkembangan, kewangan dll.

    Report oleh principal dibentangkan. Cantik. Macam buku. Semua perjalanan institute terkandung dalam tu. Report ini sudah tentu akan menjadi sumber sejarah pada masa akan datang.

    Prof Malory memperkenalkan saya sebagai President ALMISS yang baru kepada semua ahli mesyuarat. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada saya. Saya senyum lagi dengan kepala yang pening.

    Meeting bersurai dan saya bersalam dengan ahli meeting yang wanita. "I am sure we will meet again," kata mereka dengan ramah.

    Thursday, November 08, 2007

    ALMISS new session

    Last week I am one of two students who had been nominated as the president of ALMISS.
    Today I got the news that I am the president. For myself, it is not something to be enjoyed with, but rather a responsible that I need to hold on my shoulders and to move on.

    So today, the first thing I have to do, is to meet Abu Baker and find out the committees in the Institute that need student representative in their meeting. So far, there are four, Academic Council (preferably ALMISS President), Institute Council (preferably ALMISS President), Library and Information Committee and Academic Affairs Committee, while Student-Staff Consultative Committee meeting need to be attended by all the students and staffs.

    So, I will discuss with my committee later who will attend the meeting, especially tomorrow, Institute Council meeting.

    Fresher's Camp of Scotland

    2 – 4 November, buat pertama kalinya Persatuan Melayu Glasgow, Komuniti Melayu Dundee, dan Persatuan Melayu Aberdeen bekerjasama menganjurkan Fresher’s Camp yang bertempat di Isle Of Skye.

    Ust Erfino dari Msd turut menjayakan prog ini dengan pengisiannya Fiqh Perantau.
    Pengalaman manis sepanjang program tidak dapat saya lupakan. Mengenali sahabat2 baru, trip ke tempat2 menarik. Bertukar2 pengalaman dan mengutip semangat sahabat2.
    Saya diberi amanah menguruskan program dan pengisian. Manakala abang pula menguruskan penempatan.

    Maryam, anak saudara saya dari Dublin saya import khas untk membantu saya melaksanakan amanah ini. Alhamdulillah adik2 ini saling bantu membantu merealisasikan prog ini, alhamdulillah.
    Insya Allah akan saya titipkan pengalaman sepanjang prog ini, nanti, jika berkesempatan.


    Wednesday, November 07, 2007

    tauhid rububiyah to tauhid uluhiyah?

    After having research seminar about ‘post-traditionalist ’this afternoon, I had a break with Fatimah and Ryan in the common room. Having cup of coffee, from the vending machine and my lunch – rice with meat serunding - we discuss about our study and its future. The interesting part is when Ryan said that he WAS a Christian. I ask him again and he really said that he is searching for knowledge and truth. He believes in God. He like so much the Islamic core sources class which discuss about the Quran and Hadith and how their authentication. If I am in his shoes I must have felt the class discussing so much, because just imagine what I studied for 4 years was compressed in to three month, 2 hours a week. But I also can imagine it just touch briefly and might be enough to non-Muslim like him to know about Islam. So, I do think that, if Ryan needs to know more about Islam, I need to help him discuss about Islam more in-depth insha Allah. In this stage, Ryan already had tauhid Rububiyah, but he need to find more to get the tauhid uluhiyah.
    One more task to be added to my busy diary…

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger