Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, January 31, 2006

    mayat dalam peat & sejarah jean levi

    Tadi dalam kelas ED.
    2 bahan yang menarik.
    1. Tentang mayat yang tersimpan dalam 'peat' was preserved. 'Peat' adalah tanah yang digunakan sebagai baja dan bahan api. Tanah ini mengandungi mineral, lembab, biasanya terletak dekat/ dalam 'bog' (paya). Satu penemuan archaeology berlaku apabila pekerja yang memotong dan mengangkut 'peat' menemui seketul benda yang disangka kayu, rupanya kaki manusia yang telah mati 2000 tahun. saya akan terjemahkan artikel itu nanti, supaya pembaca dapat manfaat, dan saya boleh melatih kemahiran penterjemahan saya.
    2. Levi, tukang jahit yang membekalkan pakaian untuk pekerja lombong emas, merasa bosan kerana perlu menjahit seluar2 pelombong emas yang koyak poketnya disumbat ketulan2 tanah berat. Justeru Levi dan Davis mereka teknik yang dipaten untuk menjahit poket tersebut supaya tahan dan kuat. Mereka yang kemudiannya menjadi jutawan ketika itu tidak menyangka yang kemudiannya pakaian ciptaan mereka menjadi fesyen hingga dipakai oleh puteri raja!
    Moral: Belajar dari kesilapan, perbaiki kelemahan, tidak meletakkan keuntungan segera sebagai matlamat, terbitkan yang yang terbaik, hasilnya akan membuah kejayaan yang berpanjangan.
    Kalau nak untung cepat biar je seluar tu koyak cepat, nanti dapat untung upah menjahit...

    Sunday, January 29, 2006

    mari belajar bahasa arab

    Cuba lihat terjemahan Al-Quran dalam http://quran.al-islam.com/mal/

    Rujuk ayat 31 Surah Al-Nur,
    "walyadribna bikhumurihinna ala juyubihinna"
    English- that they should draw their veils over their bosoms
    Indon- Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya
    malay- dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; [???]

    pertama kali saya melihat terjemahan melayu seumpama ini digunakan dalam artikel oleh Dr Mashitah (Mungkin org lain dah guna sebelum beliau).

    Point yang saya nak raisekan di sini ialah, tidak cukup kita belajar Al-Quran dengan membaca terjemahan sahaja kerana terjemahan itu mungkin kurang tepat.

    Apa yang timbul dari keterpesongan terjemahan ini ialah...(antaranya)

    1. Ada yang memakai tudung belit kat tengkuk, sebab memegang “tutup belahan baju“.
    2. Ada yang tutup dada sahaja, tak pakai tudung, sebab ayat ni (kononnya) suruh tutup dada, tak cakap suruh tutup kepala (padahal khumur tu tudung kepala)
    (analogi: macam lah kalau kata pakai kasut hingga betis, tak delah tutup betis aje, sebab kasut tu sendiri maknanya menutup kaki)
    3. dll

    Kerana itu juga Al-Quran yang dalam bahasa arab itu tak boleh dipelajari dengan membaca terjemahannya sahaja.
    Kerana itu juga, perlu untuk kita umat Islam ini pelajari bahasa Arab. Supaya kita tahu selok belok bahasa itu dan dapat melihat keindahan bahasa yang terkandung dalam Al-Quran. Banyak yang tak dapat difahami kalau kita tak tahu bahasa Arab.
    Jadi, banyak kerja kita sebenarnya. Banyak lagi bekalan yang perlu kita lengkapkan diri kita untuk menjadi pejuang agama Allah.
    Untuk mencapai kemenangan dan mengisi kemenangan Islam.
    Untuk bersedia menghadapi fitnah Dajjal, ya'juj ma'juj, dan golongan yang memutar belitkan ajaran Islam. Berlambak dah ada la ni. Di kalangan orang islam sendiri pun banyak.

    Jadi, masih nak tengok kartun lagi? Masih nak main PS2 lagi? Masih nak buat kerja2 lagha2 lagi? Mari susun agenda kita. Masa yang kita ada adalah modal sebelum kita bergerak ke level umur yang seterusnya.

    Antara agenda yang penting untuk kita rebut ialah belajar bahasa Arab, supaya kita tak tertipu dengan musuh yang akan menipu kita dengan memutar belitkan Al-Quran kita.

    Kalau sempat, boleh ikuti kelas2 bahasa Arab yang available, kalau tak mampu, cuba ke laman web berikut, peruntukkan masa sejam sehari ke, seminggu ke, untuk belajar secara konsisten. Mudahan berkat ketekunan, kita mampu menguasai bahasa Al-Quran ini. insya ALlah

    ada yang free...
    http://www.islamicfinder.org/index.php?sid=803230886&t=sub_pages&cat=133&lang=english

    ok selamat belajar bahasa Arab.

    -----------

    al-kisah:
    (Saya dengar kisah ini dari seorang sahabat ketika saya menziarahi makam ulama ini di Mesir).

    Ada seorang alim di mesir penulis kitab Hikam (allahyarham). Maaf, saya terlupa nama allahyarham. Kitab beliau diharamkan di malaysia kerana orang baca terjemahan dia dan dianggap sesat.

    Berbunyi lebih kurang: Barangsiapa yang telah khatam kitab ini maka tak payahlah baginya untuk solat....

    Macam mana? sesat tak?
    sebenarnya yang dimaksudkan ialah...
    siapa yang telah hadam buku tersebut, maka tidak susahlah baginya untuk mendirikan solat, sebab segala macam ilmu tentang solat telah dikuasai...
    hmm... bahaya tu. sampai kena haram.

    so, jom belajar bahasa arab...

    a leader and a manager

    a leader is more than a manager.
    a leader talk to people and try to solve the problem.
    what a manager thinks is about to get things done.

    Saturday, January 28, 2006

    Nabhan menyandang senapang

    Selepas kemenangan HAMAS, seperti ada semangat baru menyinari rumah saya, walaupun kami sekeluarga demam, terutama Ummu Nabhan dan Abu Nabhan.

    Selepas menganguk bila abahnya bertanya "Nabhan nak syahid?" pagi tadi, Nabhan ke hulu ke hilir memikul batang mini Gymnya yang tercerai, lagak seorang perwira menyandang senapang. Mula-mula saya kurang perasan, tapi kemudian, saya perasan, cara dia pegang betul-betul seperti menyandang senapang. Subhanallah. Dia tidak pernah bermain seperti itu sebelum ini.

    Ya Allah, tarbiyahlah anakku ke arah jalanMu....

    maryam, ibu kepada 3 syuhada'

    Pening kepala saya semalam masih belum kebah benar. Nabhan masuk ke bilik membawa buku. Abahnya menyusul sambil bersuara, “Salah seorang yang menang bertanding HAMAS, seorang wanita, ibu kepada 3 anak yang syahid. Dia mendorong anak2nya untuk syahid. Dia melahirkan anak untuk mati syahid.” Saya terpegun. Subhanallah.

    Islamicjerusalem, Land of Ribat and steadfastness. Teringat saya tajuk dalam workshop waktu saya mengambil MLitt dulu. Jiwa orang-orang di Islamicjerusalem (Bayt Al-Maqdis) tidak sama dengan di tempat lain. Latarnya berbeza. Tapi bukankah semua umat Islam boleh membina keimanan sebegitu. Hidup di dunia untuk ke akhirat. Melahirkan anak untuk bekal ke akhirat. Bekerja mencari wang untuk bekal ke akhirat. Membina rumah, tanya membeli kereta, semuanya untuk jadikan bekal ke akhirat. …

    “Nabhan nak jadi syahid?” Abang bertanya Nabhan, Nabhan angguk pantas, sungguh-sungguh. Saya tersenyum, hati saya tersentuh. Mungkin Nabhan belum faham apa syahid. Dia akan mengangguk bila orang tanyakan apa-apa. Tapi alangkah… alangkah indahnya jika jiwa syuhada’ itu terpupuk dalam tubuh kecil itu…

    Maryam Farahat, bakal menjadi ahli parlimen di Palestin. Setiap 4 calon yang dihantar, seorang mesti perempuan. Begitu syarat pertandingan di Palestin. TV barat, Israel sibuk membongkar latarbelakang calon2 HAMAS yang menang. Untuk menggambarkan betapa negatifnya masa depan Palestin, kerana mereka semua kononnya ‘terrorist’.

    Maryam, berkata kepada anaknya Mohamad, “jangan kau pulang ke rumah kecuali bergelar syahid.” Dan apabila berita syahid anaknya tiba ke pendengarannya, beliau betakbir “Allahu akbar!” dan menyediakan manis-manisan dibahagikan kepada rakan-rakan anak2nya untuk meraikan kejayaan tersebut.

    Pastinya situasi ini pelik bagi orang-orang kafir. Tapi bagi yang beriman kepada Allah, seharusnya insaf. Betapa kerdilnya kita dan betapa sedikit pengorbanan yang telah kita lakukan, betapa sedikit bekal yang telah kita buat untuk dibawa ke akhirat….

    Nabhan, … ingin syahid?

    Wednesday, January 18, 2006

    Cbeebies


    Nabhan sedang menonton channel Cbeebies. Antara rancangan kegemarannya adalah Teletubbies. Bagi saya, rancangan2 dalam Cbeebies banyak mengajar unsur baik. Malah langsung tak ada unsur pergaduhan, perebutan dan sebagainya. Selain tidak menutup aurat dan muzik2 yang biasa untuk kanak2 mereka. Cara belajar yang fun banyak mendedahkan kanak2 kepada alam sekitar mereka dan kemahiran-kemahiran untuk hidup seperti membaca, mengira, memasak, mengemas dan lain-lain.

    Saya perasan, rancangan kanak-kanak di Malaysia banyak menyiarkan kartun-kartun yang banyak unsur2 buli. Lihat sahaja Bugs Bunny, WoodyWood Pecker, dan lain-lain kartun yang tak de suara (ditujukan untuk kanak-kanak yang belum boleh bercakap sebenarnya) banyak menunjukkan aksi-aksi buli yang dianggap lawak. Sedar atau tidak, unsur-unsur buli ini didedahkan kepada anak-anak kita sejak kecil lagi. Kerana itu apabila mereka bermain dengan kawan-kawan, mereka akan mengaplikasikan aksi-aksi buli tersebut. Sedar tak sedar juga sebenarnya rancangan-rancangan ini datang dari Amerika.
    Popeye, Ultraman, dan lain-lain lagi, selain dari Jepun.
    Pingu, kartun plastesin dari Jerman kalau tak silap saya, turut memaparkan telatah nakal kanak-kanak Penguin, Pingu yang tinggal bersama ibu bapanya dan seorang adik. Bapanya yang garang tapi penyayang, sering memarahi Pingu (dengan tujuan mendidik). Pingu pula sering membuat aksi nakal. Secara tak langsung, rancangan ini menunjukkan teladan yang kurang baik kepada kanak-kanak.

    Apabila mula disiarkan di Cbeebies, saya terasa perbezaan rancangan ini dengan rancangan-rancangan lain sebelumnya. Rancangan lain tiada unsur pergaduhan. Hatta pernah saya tonton Teletubbies, apabila Pooh bermain dengan skooternya, kemudian Lala turut ingin bermain hingga kedua-duanya berebut, suara latar mengajar mereka supaya share dan take turn untuk bermain, hingga mereka boleh menyelesaikan masalah mereka untuk bermain bersama-sama. Kanak2 juga diajar supaya slaing syaang menyayangi sesama kawan-kawan apabila 4 teletubbies gemar bighug (berdakapan) apabila berjumpa. Ketawa mengekek sambil melompat2 bermain bersama2. Mengucap eh-oh (hello) setiap kali bertemu, dan Bye bye apabila berpisah.

    Berbalik kepada Pingu tadi, saya terasa lain rancangan itu dari sudut banyak memaparkan unsur negatif kepada kanak-kanak. Masa di Malaysia dulu, saya pernah jug amenonton Pingu, tapi tak terasa begitu sebab tipikal program kanak-kanak memang begitu, kononnya unsur lawak.
    Rancangan Pingu oleh kerana setiap babak 5 minit, selalunya dirangkap 3 babak. Kemudian diulang 3 kali setiap hari. Sebulan kemudian, saya mendapati, rancangan Pingu hanya disiarkan 1 babak setiap kali dan 3 babak berlainan setiap hari. Mungkin juga untuk mengurangkan unsur negatif dipaparkan kepada kanak-kanak di sini. Sedangkan program lain, seperti Big Cook Little Cook (rancangan memasak untu kanak-kanak), Story Maker (rancangan makhluk ajaib yang tinggal dalam perpustakaan membuat buku cerita setiap malam), diulang 3 kali setiap hari walaupun ceritanya sama.

    Kalau buka digital TV (saya menggunakan telewest), akan diterangkan matlamat dan visi pendidikan kanak-kanak dari kecil, nurseri, pra sekolah, hinggalah sekolah rendah, apa yang mereka rancang perlu diberikan. Kemas. Maknanya rancangan TV yang dibuat bukan sekadar hiburan, malah ia adalah TV pendidikan, seperti rancangan ke sekolah di Malaysia, tapi penuh dengan hiburan mendidik. Kerana itu juga sasarannya mengambil kira semua kategori kanak-kanak. Untuk kanak-kanak disable (pekak/ bisu) ada rancangan Something Special. Mengajar bahasa isyarat. Malah mereka menyanyi menggunakan bahasa isyarat tersebut. Penat betul saya tengok. Tapi itulah usaha mereka untuk memberi tempat kepada kanak-kanak istimewa ini. Untuk belajar mengenai bunyi pula, ada Razzle Dazzle. Bob the Builder, menunjukkan semangat kerja berpasukan, optimis, dan yakin boleh!. Andy Pandy kartun anak patung terdiri dari Andy Pandy (lelaki), Looby Loo (perempuan) dan Teddy (beruang) memaparkan semangat setiakawan, saling menghargai, menyayangi dan tolong menolong.

    Jika anda berminat untuk melihat rancangan-rancangan yang ada, boleh rujuk ke laman web http://www.bbc.co.uk/cbeebies/ laman web interaktif.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger