Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Sunday, February 27, 2005

    10 Wasiat Imam Hassan al-Banna

    1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah bersembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
    2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
    3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.
    4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun, kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
    5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah Taala itu sentiasa tenang lagi tenteram.
    6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
    7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakitkan hati orang.
    8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberikan kebajikan.
    9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
    10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanalah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

    Monday, February 21, 2005

    KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM...




    MENTERI Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menekan butang sebagai simbolik kepada perasmian pelancaran Kota Bharu Bandaraya Islam di Dewan Jubli Perak MPB di Kota Bharu hari ini (20 Febuari). Majlis bersejarah itu disaksikan Timbalan Menteri Besar, Ustaz Ahmad Yakob, Speaker DUN Kelantan, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota-anggota Exco serta ribuan orang ramai yang hadir. Manakala pemasyhuran secara rasmi MPKB Bandar Raya Islam oleh Sultan Kelantan dijangka diadakan Julai depan.

    summber: akhbar

    Isu :- IRC : Majlis Antara Agama

    IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini?
    Wednesday, February 16 @ 13:31:05 MYT
    Oleh UMAR ZIYAD

    Suruhanjaya Antara Agama (IRC) serta rang undang-undang mengenainya akan dilancarkan pada 24 dan 25 Februari ini. Seperti dijelaskan dalam beberapa artikel terdahulu, IRC (nama asalnya Majlis Antara Agama) adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama-agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam. (Sila rujuk dua artikel di bawah: "IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama" dan "Majlis Peguam juarai hak untuk murtad")

    Penganjur kini berusaha keras bagi mendapat "restu" pemimpin utama kerajaan untuk melancarkan IRC, termasuk daripada Perdana Menteri sendiri, selepas menyedari tentangan berterusan daripada umat Islam negara ini. Atau setidak-tidaknya tiada kata celaan terhadap inisiatif mereka itu.

    Menghina Islam
    Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai Islam, malah pernah secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters in Islam.

    Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh orang Islam.

    Presiden MCCBCHS, V Harcharan Singh, secara terus terang dalam wawancara The Sun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal sensitif ini, termasuk keperluan orang Islam diberi hak murtad. Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripada memorendum "anti-Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya mencetuskan idea penubuhan IRC.

    Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada keluarga dan individu sahaja.

    Dibimbangi sikap campur tangan dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan hak mereka untuk menganuti agama masing-masing itu semakin menjolok mata. Selain boleh mengancam keharmonian agama di negara ini, ia dianggap tindakan "biadab" dan mesti dihentikan.

    IRC yang dicadang itu -- seperti dimaklum penganjurnya, Malek Imtiaz Sarwar -- bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau tidak.

    Peranan Konrad Adenauer Foundation

    Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu.

    Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam, tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk setiap agama. Kini jelas beliau tidak bercakap benar!

    Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global, yang merupakan satu konsep sekular, bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika. Beliau mengambil ajaran-ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan.

    Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia An Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan.

    Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia.

    Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.

    II

    IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama

    Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional akan diadakan Februari depan. Penganjur giat melobi untuk mendapat sokongan kerajaan.

    Kerajaan diharap tidak terperangkap kerana ia boleh memusnahkan keharmonian kehidupan antara penganut berlainan agama di Malaysia. Ini kerana ia sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam.

    Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism - MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia dijuarai Majlis Peguam sendiri.

    Agama dalam kad pengenalan

    Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21 Ogos 2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah:

    Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad -- sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan -- bagi orang Islam. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan.

    Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.

    MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa:

    Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.

    Mereka sebagai bukan Islam tidak berhak menimbulkan hak kebebasan beragama orang Islam. Bagi mereka, Perkara 11 yang memberi hak kebebasan agama, juga memberi hak kepada orang Islam untuk keluar agama, seolah-olah Perlembagaan mengatasi ajaran Islam. Tetapi bagi Muslim, hak kebebasan agama hendaklah ditafsir menurut ajaran Islam dan bukan melanggarnya.

    Sebagai pemimpin agama bukan Islam, hak mereka adalah mengenai agama mereka sahaja. Mereka tidak boleh campurtangan atau mendesak ajaran agama-agama lain diubah untuk kepentingan mereka. Kalau sempadan ini dicerobohi, maka penganut mana-mana agama boleh menyentuh ajaran agama lain, dan ini boleh menimbulkan rasa marah.

    Suhakam sudah mencukupi

    IRC tidak diperlukan kerana Suhakam sudah mencukupi. Bukan Islam yang merasakan hak mereka mempraktikkan agama disekat boleh membuat aduan ke sana.

    Golongan ini juga menggunakan `khilaf' atau beberapaperbezaan tafsiran dalam ajaran Islam untuk menimbulkan keraguan tentang isu murtad. Sedangkan tujuan mereka hanya untuk menguntungkan bukan Islam tertentu, dan memberi hak kepada orang Islam untuk murtad.

    Sedangkan, bukan dalam Islam saja yang ada `khilaf',agama-agama lain pun sama, misalnya perbezaan dalam Kristian. Dan mereka sendiri tidak dapat mendirikan satu badan untuk mengharmonikan semua perbezaan itu.

    Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.

    Penaja IRC telah dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?

    Ini satu usaha berbahaya kepada orang Islam kerana ia begitu ketara menentang ajaran Islam. Beberapa pihak menentang hebat, antaranya peguam-peguam Islam yang menganggotai jawatankuasa kecil syariah dalam Persatuan Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim dan juga ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs).

    ACCIN terdiri dari 14 badan Islam, iaitu Al-Hidayah, Belia Perkim, Gepima, Islamic Information and Services, Islamic Outreach Abim, Jim, Macma, Al-Hunafa, Darul Fitrah, PUM, Ricoi, Saba Islamic Media dan Wamy.

    Berselindung atas nama kemanusiaan

    Memo itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka, ramai yang menganut Islam secara terpaksa -- kerana mahu berkahwin --apabila gagal dalam perkahwinan menghadapi masalah besar untuk kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan.

    Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain juga akan didesak untuk diterima. Golongan tertentu dalam Kristian dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama-agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi Kristian.

    Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka.

    Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam. Islam menafikan Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai?

    Begitu juga berkaitan Sikh, yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain?

    III

    Majlis Peguam juarai hak untuk murtad?

    Beberapa anggota Majlis Peguam, yang diketuai Khutubul Zaman Bukhari dan jawatankuasa kecil hak asasi manusia yang didokong Malik Imtiaz Ghulam Sarwar adalah tonggak kepada IRC (Majlis Antara Agama), satu badan yang memperjuangkan hak orang Islam untuk keluar agama.

    Anti-Islam

    Sebenarnya IRC adalah badan yang didokong kepentingan bukan Islam, yang bertujuan menentang Islam dalam beberapa aspek, seperti dijelaskan dalam idea asalnya, melalui surat Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS), bertarikh 1 Ogos 2001, kepada Majlis Peguam:

    Orang Islam hendaklah diberi hak murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil -- dan bukan badan berkuasa syariah -- yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.

    IRC berkuasa mahkamah

    Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.

    Penaja IRC dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?

    Jawatankuasa kecil Syariah

    Jawatankuasa tersebut di bawah Majlis Peguam berulangkali melalui beberapa surat memberitahu Majlis Peguam dan juga jawatankuasa kecil hak asasi manusia:

    IRC yang dicadangkan itu bersifat anti-Islam.
    Oleh itu, mereka menentangnya.. Tidak mahu terbabit dengan IRC.

    Memandangkan Persatuan Peguam adalah badan yang dianggotai peguam Islam dan bukan Islam -- seperti dikehendaki undang-undang untuk menjadi peguam bela dan peguamcara – maka ia tidak sesuaimenjuarai mana-mana pihak yang bertentangan dengan pihak lain, sebab kedua-duanya menganggotai Persatuan Peguam. Apa pun, Majlis Peguam tidak mempedulikan pendirian peguam-peguam Muslim dan terus bersikap "membujur lalu melintang patah": AJK Syariah yang menentang IRC tidak dilantik semula dan digantikan dengan Sham Haris Fadhilah yang lantang menjuarai hak orang Islam untuk murtad. Kedua, semua AJK Syariah diserap dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

    Pengaruh MCCBCHS dalam Majlis Peguam amat bertentangan dengan Seksyen 46A Akta Profesion Peguam yang melarang peguam-peguam yang memegang jawatan dalam badan lain menganggotai Majlis Peguam. Tujuan peruntukan ini supaya peguam boleh bertindak bebas dan tidak dikongkong badan-badan lain.

    Namun Majlis Peguam tidak menghiraukannya apabila membenarkan MCCBCHS mempengaruhinya, sekali gus mengetepikan kepentingan dan sensitiviti anggota Islam Persatuan Peguam.

    Aktiviti Promosi IRC

    Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama.

    Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.

    Ketiga, pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini.

    Keempat, dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad.

    Akhir Februari ini, mereka merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC. Deraf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun persidangan ini.

    Tipu helah

    Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam.

    Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka.

    Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad(diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).

    Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah kepada Islam.

    Monday, February 14, 2005

    Hari Valentine 14 Februari : Pendirian Islam

    Sepintas lalu

    Tanggal 14 Februari setiap tahun, seluruh penduduk dunia khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan hari Valentine, suatu hari ‘rasmi’ untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan ‘greeting card’ dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan diakhirnya kedapatan yang menghadiahkan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing.

    Pendirian Islam

    1. Islam menyatakan penegasannya kepada umat Islam agar berhati-hati dengan perancangan halus Nasrani (dan Yahudi) yang mahu memalingkan mereka dari millah Islam.

    “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti millah (cara hidup) mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (al Baqarah :120)

    "Tidak akan berlaku kiamat sebelum umatku mengikuti apa-apa yang dilakukan bangsa-bangsa terdahulu, selangkah demi selangkah, sehasta demi sehasta". Diantara para sahabat ada yang bertanya "Ya, Rasululah apakah kamu maksudkan bangsa-bangsa Yahudi dan Nasrani ?" Rasulullah menjawab "Siapa lagi (kalau bukan mereka)”. (hadis riwayat Bukhori)

    2. Islam menyatakan amaran kepada umat Islam bahawa Allah Taala akan menimpakan musibah kepada mereka jika mengikuti hawa nafsu orang-orang kafir dan tatkala musibah diturunkan, Allah tidak akan menjadi pelindung dan penolong ke atas mereka.

    “Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik”. (Al Maidah : 49)

    3. Islam menyatakan bahawa setiap perbuatan umat Islam ada hukum syariatnya (kaedah syara’ : “Al-Aslu Fil Af’aal At-Taqaiyyud Bil-Hukmi Asy-Syar’ie”).

    Apa jua perayaan yang mahu disambut oleh umat Islam mestilah dikenalpasti asal-usulnya dan unsur-unsurnya sama ada terkandung di dalamnya usul dan unsur haram atau tidak. Firman Allah Taala : “ Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36). Islam juga apabila mengharamkan sesuatu, pasti ada hikmah di sebaliknya, sama ada berjaya dibuktikan kajian saintifik-medik mahupun belum dibuktikan. Pada setiap amalan jahiliyah yang diharamkan, Islam sentiasa mendatangkan alternatif yang jauh lebih baik.

    “Satu ketika Rasulullah datang ke Madinah dia melihat penduduk Madinah bersuka ria dalam dua hari. Kemudian Rasulullah bertanya: “Apakah dua hari ini? ”. Pada sahabat menjawab: “Dua hari tadi adalah hari dimana kami bermain-main dan bersuka cita di masa jahiliyah!”. Maka bersabdalah Rasulullah: “Sesungguhnya Allah telah mengganti dua hari itu dengan dua hari yang lebih baik bagi kalian: ‘Idul Adha dan ‘Idul Fithri.” (Hadis riwayat Abu Daud)


    4. Islam menyatakan bahawa menyerupai peradaban dan cara hidup orang kafir (tasyabuh) adalah bererti menjadi sebahagian dari mereka.

    · “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia termasuk dari golongan mereka" (hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar).

    · "Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golongan umat ku (umat Islam)" (Hadis riwayat At-Tirmidzi dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya).

    5. Berdasarkan The World Book Encyclopedia 1998, dijelaskan bahawa hari kasih sayang sebenarnya adalah budaya bangsa Rom Kuno (ancient Roman) yang diadakan setiap 13 hingga 18 Februari untuk menghormati Dewi Cinta (Juno) iaitu Ratu Dewa Dewi bangsa Romawi

    Acara ini bermula pada 13 Februari, iaitu setiap gadis akan menuliskan namanya pada sehelai kertas dan memasukkannya ke dalam sebuah kotak. Kemudian pada 14 Februari setiap pemuda akan memilih satu lipatan kertas dalam kotak itu. Mereka akan hidup bersama perempuan yang ada namanya dalam lipatan kertas itu selama satu tahun. Jika dalam masa itu mereka menganggap diri masing-masing sesuai antara satu sama lain dan saling mencintai, maka kedua-duanya akan dinikahkan. Upacara ini dikenali sebagai Lupercalia, sebuah upacara pensucian serta memohon perlindungan kepada Dewa Lupercalia dari gangguan serigala dan gangguan-gangguan lainnya.. Selepas agama Kristian memasuki Rom, maka mereka mengambil dan mewarnai upacara tradisi ini dengan unsur Kristian serta menjadikannya sebahagian daripada ajaran agama mereka

    Ken Sweiger dalam artikel "Should Biblical Christian Observe It?" mengatakan bahwa kata "Valentine" adalah berasal dari kata Latin yang memiliki arti : "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa" yang ditujukan kepada Tuhan orang Romawi yaitu Nimrod dan Lupercus.


    6. Menurut Encyclopedia Britanica, pada 496 Masihi, Gelasius I menjadikan upacara menghormati Dewi Juno satu bentuk daripada perayaan gereja dan menukar Lupercalia kepada Valentine's Day. Ia untuk menghormati St Valentine, iaitu seorang yang dianggap suci dalam agama Kristian yang kebetulan dihukum mati pada 14 Februari 296 M.

    · The Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa ada tiga orang suci (saint) dalam agama Kristian yang mempunyai nama Valentine. Mereka ialah orang yang dianggap memiliki jasa besar terhadap agama itu. Antara mereka ialah St Valentine yang hidup pada zaman Claudius II.

    · Valentine mengabdikan dirinya sebagai pendeta pada masa pemerintahan Kaisar Claudius. Claudius II, Maharaja Kerajaan Romawi. Namun kemudian Kaisar memenjarakannya karena dia menentang Kaisar. Penentangan ini bermula pada saat Kaisar mahu membentuk tentera dalam jumlah yang besar demi meneruskan agenda penaklukannya terhadap kerajaan-kerajaan dunia yang lain. Kemudian didapati ramai kaum lelaki muda tidak menyertainya kerana tidak mahu berpisah dengan isteri mereka atau kehilangan anak-anak serta kaum keluarga mereka. Lantas Kaisar mengharamkan perkahwinan kerana baginya hanya cara itu sahaja boleh mengerahkan semua lelaki muda di Rom bergabung menjadi tenteranya. Namun paderi Valentine menentang secara rahsia arahan tersebut dan meneruskan tanggungjawabnya menikahkan mana-mana pasangan yang mahu berkahwin walau secara rahsia. Akhirnya tindakannya diketahui dan dia dipenjara dan dijatuhkan hukuman pancung di akhirnya oleh Claudius Kaisar Romawi II

    · Sumber-sumber menyatakan juga, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan “From your valentine” (daripada Valentinemu).

    · Justeru pengorbanan yang begitu besar, paderi Valentino diberi gelaran St atau kedudukannya sama dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh pengikut-pengikutnya. Bagi mengingati St. Valentino, maka pada tahun 350M, sebuah gereja dibina berhampiran perkuburan beliau.

    · Untuk mengagungkan St. Valentine juga, yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati tarikh kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'. Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

    · Adat mengirim surat pada Hari Valentine dimulakan oleh The Duke of Orleans yang dipenjara di Tower of London pada 1415. Pada setiap 14 Februari, dia akan mengirimkan surat berupa puisi kasih sayang kepada isterinya di rumah. Perbuatan ini kemudian ditiru oleh masyarakat Barat.

    · Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan, terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari.
    “Sejarah asal hari Valentine ini mempunyai hubungan dengan pemujaan berhala dan patung dalam masyarakat orang Rom sebelum 17 abad yang lalu. Perayaan ini pada mulanya diperkenalkan dalam masyarakat mereka sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan. Sesungguhnya amalan memuja patung dan berhala dalam Islam adalah salah dan berdosa besar. Dosanya tidak diampuni Allah, kecuali dengan taubat yang suci dan bersih.”- Dr. Abdul Hayei Abdul Shukor, Bekas Pensyarah Jabatan Quran dan Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (Utusan Malaysia, 10 Februari 2002)

    Antara legenda yang tersebar di kalangan orang Rom dan kemudiannya dipercayai penganut agama Kristian, kononnya Romelios datuk bandar Rom, pernah disusuli seekor binatang ganjil. Sejak itu ia mendapat kekuatan tenaga dan fikiran yang luar biasa.
    Orang Rom menjadikan peristiwa yang berlaku pada tarikh 14 Februari itu, sebagai sejarah bagi perayaan tahunan mereka yang diadakan secara besar-besaran. Antara upacara rasmi pada hari itu ialah menyembelih anjing dan kambing betina, kemudian darahnya dilumur pada badan dua pemuda, kemudian dibasuh dengan susu, sebelum mereka diarak di tengah-tengah kota Rom. Ketika perarakan berlangsung, kedua-dua pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing yang disembelih dan masih berlumuran darah, mereka mencalit darah itu kepada siapa sahaja yang sempat dicalit. Anak-anak gadis bangsa Rom sangat suka jika badan mereka sempat dicalit darah oleh dua pemuda itu, kerana dipercayai mereka mampu mengandung dan tidak akan mandul lagi.
    “Ramai penganut Kristian sendiri meragui kesahihan St. Valentine mempunyai hubungan dengan amalan pemujaan patung dan berhala. Jika sumber-sumber Kristian meragui kebenarannya, maka orang Islam lebih wajar menolak perayaan itu, kerana ajaran hendaklah berasaskan berita yang sahih dan benar. perayaan ini pernah diharam oleh paderi-paderi Kristian di Itali pada suatu ketika dahulu, dengan alasan ia banyak merosakkan akhlak muda mudi mereka. Umat Islam sepatutnya tidak mengambil apa yang buruk dan diakui keburukan oleh pengamal-pengamalnya sendiri” – Dr. Abdul Hayei

    Berdasarkan satu sumber sejarah juga, Valentine adalah hari meraikan kejayaan tentera paderi St Valentino menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia, Sepanyol pada 14 Februari
    Menurut Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali dan Peguam Zulkifli Nordin, Valentine berasal dari nama Pedro Saint.Valentino, seorang paderi Katolik paling berpengaruh di Cordova dan mendapat tempat kedua di sisi masyarakar Eropah selepas Pope, hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. St. Valentino antara orang terpenting yang bertanggungjawab menzalimi umat Islam Cordova (Sepanyol) dan mengerahkan bala tenteranya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari 1492.

    7. Konsep kasih sayang dalam Islam

    Kasih sayang dalam Islam adalah Al-Hubb yang berlandaskan aqidah Islamiyah dan berkonsepkan ‘fillah’ (kerana Allah), dan tidak kerana kepentingan duniawi. Kasih sayang dalam Islam adalah adalah pertemuan dan perpisahan kerana Allah, kasih dan murka kerana Allah. Semua umat Islam adalah bersaudara dan Islam telah mewajibkan ukhuwwah dan mahabbah ke atas sesama mereka.

    Nabi SAW bersabda : "Tidak beriman antara kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (hadis riwayat Bukhari)

    "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya melebihi tiga hari" (hadis riwayat Muslim)

    "Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut, maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu sehingga tidak melenakan tidur (insomnia) dan demam (panas dingin)”. (hadis riwayat Muslim).

    "Tidak akan masuk surga kecuali orang yang penyayang" (hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Anas r.a.)

    Kasih sayang dalam Islam tidak ‘berhari’ dengan hari-hari tertentu dan ‘bermusim’ dan batasannya tidak bernoktah melainkan apa yang telah dizahirkan batasannya oleh hukum Allah. Kasih sayang dalam Islam adalah sebagaimana kasih sayang Muhajirin dan Ansar yang dimanifestasikan dengan pengorbanan harta benda termasuk isteri-isteri mereka. Kasih sayang kepada makhluk dalam Islam adalah kasih sayang yang mendaulatkan kasih sayang kepada Rasulullah mengatasi segala kasih sayang kepada selain baginda. Rasulullah adalah lebih awla diingati dan dijadikan ‘kekasih’ kerana bagi baginda, umatnya adalah kekasihnya (ummati…ummati…ummati…).

    7. Kasih sayang antara lelaki dan perempuan dalam Islam pula adalah kasih saying yang menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perzinaan. Kasih saying dalam Islam adalah hubungan secara syar’ie antara mukmin dan mukminah yang menjuruskan kepada matlamat perkahwinan yang syarie, bukan semata-mata bertujuan mut’ah atau keseronokan sementara yang mempertuhankan hawa nafsu.

    "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (al-Israa' : 32).

    Penutup

    Sesungguhnya para ulama Islam sepakat memfatwakan haram bagi masyarakat Islam ikut serta merayakan Hari Kekasih, menyambut ucapan dan melakukan perbuatan yang menjadi syiar hari itu, seperti menghadiah bunga ros, meniup belon merah, memakai blaus merah dan sebagainya. Antara ulama yang memfatwakan haram menyertai perayaan ini ialah Dr. Saud Salleh dari Universiti Azhar, Syeikh Uthaimin dari Majlis Fatwa Saudi Arabia, Syeikh Jabrin dan lain-lain. Kesimpulannya, Islam tidak mengiktiraf sama sekali hari Valentine 14 Februari kerana usul dan unsurnya. Usulnya yang mempunyai rekod sejarah yang ‘berbahaya’ kepada aqidah dan sejarah Islam, dan unsurnya yang menaja khalwat dan perzinaan. Islam telah mempunyai ‘Hari Kasih Sayang’ nya yang tersendiri iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (rujuk Sahih al-Bukhari 952, Muslim 18920).

    Islam tidak pernah mengharamkan manusia menunaikan permintaan fitrah yang dianugerahkan Allah kepadanya seperti makan, minum, mencari rezeki, dan termasuk berkasih sayang. Tetapi Islam ‘mengawal’ fitrah ini dari sifat keterlaluan (meremeh dan melampaui batasan syara’) dan sikap menentangnya (rahbaniah atau kependetaan).

    Seharusnya umat Islam hari ini khususnya di Malaysia yang kerap kelihatan turut sama meraikan hari Valentine 14 Februari setiap tahun ini, menjadikan tragedi Tsunami 26 Disember 2004 yang lalu sebagai sebaik-baik peringatan Allah Taala bahawa setiap amal kemaksiatan dan kerosakan di atas muka bumi Allah bisa sahaja dibalas Allah lebih awal di atas dunia ini.

    Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia selepas ini berterusan menjadi 14 Februari sebagai hari ‘percintaan rasmi’ mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan 14 Februari sebagai hari bersatunya ukhuwwah mukminin sesama mukminin dan mukminat sesama mukminat dengan memperkukuh ikatan ukhuwwah, kasih sayang dan “al-Hubb Fillah’ mereka, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan perzinaan tajaan Yahudi dan Nasrani zaman berzaman.

    Wednesday, February 09, 2005

    Buah hati ummi dan abah

    Nabhan sungguh baik hari ini. Alhamdulillah, hanya itu yang mampu saya ucapkan. Betapa syukur dikurniakan seorang anak yang baik dan memahami.

    Pagi tadi waktu abahnya ke institut, dia menemani umminya study. Merengek2 kecil minta di riba, hingga tertidur dalam pangkuan saya depan komputer. Dekat pukul 2 petang dia dah mengantuk, saya masukkan ke dalam buai. Tidur hingga Wani datang. Kami bincang-bincang sikit utk meeting esok. Abang balik, Nabhan masih tidur. Lepas solat asar, sambung perbincangan sikit sebelum Wani beredar.

    Saya berangkat ke institut sebelum maghrib tiba. Prof ada meeting dengan beberapa orang Scottish. Saya menunggu di luar pejabatnya hinggalah Allison terpaksa meminta saya menunggu di bawah kerana dia terpaksa mengunci pejabat untuk ke klinik. Tangannya terkena eczema.

    Saya solat maghrib di musolla muslimat. Selesai solat, Prof telah menunggu di pejabatnya. Kami ada Perbincangan menarik berjalan. Bermula dari point antara Islamic concept atau muslim concept hinggalah perkara-perkara lain.

    Jam menunjukkan 6.30 ptg. Saya meminta diri setelah menerima beberapa nasihat berguna. Setelah berjanji untuk kembali menemui Prof selaku supervisor saya dalam sebulan lagi, saya menapak menuruni tangga pejabat.

    Kereta merah saya hidupkan, lalu meluncuri jalan ke rumah.

    Tiba di rumah abang menyambut di muka pintu. Nabhan masih tidur. Lena sungguh saya tengok. Kedua-dua tangannya kelihatan sungguh comel terkeluar dari selimut. Bayi kelihatan sungguh comel, sebab tangannya pendek. Kalau diangkat tangannya, hujung jari hanya lebih sikit dari kepala. Tapi kalau orang dewasa, siku dah sampai ke atas kepala.

    Saya bincang-bincang dengan abang beberapa perkara. Agak lama kemudian Nabhan mula bergerak-gerak dan berbunyi. Matanya dah bulat. Abang angkat letak atas katil, Nabhan tersenyum lebar. Comel sungguh.
    Kemudian merengek-rengek manja lapar.

    Setelah menyusu, Nabhan kelihatan bertenaga dan ceria. Nabhan merenung mata saya dengan penuh kasih sayang. Sungguh perasaan sayang itu menjalar ke segenap sanubari saya. Pandangannya bagai terkandung kata-kata Ummi, ummilah insan yang paling Nabhan sayang. Ummi terlalu bererti buat Nabhan. Begitu rasanya. Kalau Nabhan tengok abahnya pun begitu juga. Saya boleh baca pandangannya terkandung perasaan yang sangat mengagumi lelaki itu. Dia merenung abahnya lama-lama, kemudian senyum lebar menampakkan gusi yang comel.

    Setelah bermain-main seketika, Nabhan kembali mengantuk, saya menemaninya masuk dalam duvet double. Nabhan menyuap tangannya ke dalam mulut dan mula menghisap. Saya cari soother dan suap ke mulutnya yang mungil.

    Sama-sama masuk ke bawah duvet, Nahan tenggelam dalam duvet yang besar. Tapi dia tidak meronta. Sekejap kemudian, dia terlena.

    Nabhan, buah hati ummi dan abah. Membesar sebagai insan bertaqwa, insya Allah.


    Tuesday, February 08, 2005

    Superwoman

    "Kita perlu menjadi "superwomen", bila sudah bergelar ibu", kata-kata itu bermain-main di benak saya.

    Betul, kena kreatif mencari jalan untuk melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan tanpa menjadikan anak sebagai penghalang.

    Abang belikan Nabhan bouncer di carboot, dapat 7 pound dari 16 pound. Masih kelihatan baru. Alhamdulillah. Balik umah try pasangkan dekat pintu bilik. Letak Nabhan, tapi kepalanya masih belum boleh tegak betul, baru 2 bulan setengah. Pelekat pada bouncer tu menyatakan sesuai untuk bayi 3 bulan ke atas.

    Saya cabut tali bouncer, gantikan dengan kain pelekat abang. ikat kiri kanan. Taruk bantal. Ha, jadi buai. Masukkan Nabhan, Luas matanya tengok siling. Diam sahaja bila saya henjut buaian tu. Lama juga baru dia mula lali dan tidur.

    Sejak ada buaian, Nabhan tidur lebih lena dalam buaiannya. Saya pula ikat tali pada tengkuk buai, dan tambat pada lutut. Sambil menaip di laptop, lutut turut membuai Nabhan si kecil.

    Tapi saya tak ajar dia tidur dalam buaian sepanjang masa. Malam-malam tidur sebelah ummi. Senang nak tepuk kalau terjaga. Apa pun, Nabhan fleksibel. Dia tak mengamuk tak tentu arah, alhamdulilah. Dia menangis kalau lapar dan nak cebok. Selebihnya, dia nak orang ada dekat dia. Ya Allah jadikan anakku anak soleh.

    Ameen ya rabbal alamin.


    Monday, February 07, 2005

    INSPIRASI PEJUANG

    Dasawarsa mutakhir kini
    Begitu menggamit kehadiran kalian
    Selaku stimulus pemupukan ummah
    Yang kian sirna kegemilangannya
    Lantaran itu
    Imej yang perlu didukung
    Identiti yang perlu dijunjung
    Adalah seumpama bias peribadi Rasulullah SAW
    Yang melatari global dirinya
    Di atas kekudusan landasan perjuangan
    Daripada unsur fitnah dan kekeliruan
    Biasan itu bukan sekadar idola
    untuk diagung-agungkan
    Malah sahamnya ditunas kembangkan
    Untuk pemahaman yang jitu dan
    Penghayatan yang padu terhadap wahyu Ilahi
    Sahabat, usah sematkan di dadamu
    Biar sekelumit noktah-noktah perjuangan
    Dan satukan jiwa ragamu
    Biar merah pekat darah mengalir
    Mengiringi gerak langkah kalian
    Namun kejayaan dan kesepaduan
    Milik kita bersama
    AY,
    KISAS
    1995

    Berpakaian jarang diharam cium bau syurga

    Oleh Wan Aminurrashid

    MANUSIA memerlukan pakaian bagi membalut atau menutupi tubuhnya. Pakaian adalah nikmat Allah yang penting kepada manusia.
    Allah menyuruh manusia, khususnya umat Islam supaya memakai pakaian, seperti firman-Nya bermaksud: "Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian yang indah apabila pergi ke tempat ibadah, seperti mengerjakan sembahyang atau pun memasuki masjid, makan dan minumlah, jangan melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka orang yang melampaui batas."(Surah al-A'raaf, ayat 31).
    Pada masa ini, ramai berpakaian bagi melambangkan personaliti dan melindungi tubuh daripada cuaca panas atau sejuk.
    Oleh kerana masa atau zaman berubah begitu pantas, maka rekaan dan corak pakaian pun sentiasa bertukar dan semakin canggih. Oleh itu, tidak hairan jika hari ini lahir pelbagai jenis rekaan pakaian yang tidak lagi mementingkan aspek akhlak dan moral.
    Islam sebenarnya tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian tertentu untuk dipakai, baik ketika beribadah atau luar ibadah. Islam menetapkan pakaian itu mesti menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.
    Pakaian itu tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pemakai dan yang melihatnya.
    Antara adab berpakaian yang diatur oleh Islam ialah:-
    • Hendaklah menutup aurat.
      Aurat lelaki menurut ahli hukum Islam ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya.
      Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Hadis riwayat Imam Bukhari).

    • Pakaian tidak jarang supaya tidak menampakkan tubuh.
      Pakaian yang jarang menampakkan aurat dan tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampakkan warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
      Nabi bersabda bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia, dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liuk badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk. Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Hadis riwayat Muslim)

    • Pakailah pakaian yang tidak ketat supaya tidak kelihatan bentuk tubuh. Lagi pun pakaian yang ketat menyusahkan pergerakan pemakainya.

    • Memakai pakaian yang tidak menimbulkan rasa sombong di hati pemakainya. Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat."
      Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud: "Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

    • Tidak menyerupai pakaian golongan bukan Islam kerana dibimbangi orang Islam akan meninggalkan keperibadian Muslim sendiri.
      Nabi bersabda bermaksud: "Sesiapa meniru atau menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan mereka." (Hadis riwayat Abu Daud)

    • Pakaian lelaki mesti berbeza daripada pakaian wanita. Maksudnya, pakaian yang khusus untuk kaum lelaki tidak boleh dipakai oleh kaum wanita, begitu juga sebaliknya.
      Rasulullah mengingatkan hal ini dengan keras menerusi sabdanya bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
      Nabi juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." (Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim).

    • Pakaian lelaki tidak boleh diperbuat daripada sutera kerana diharamkan kaum lelaki memakai sutera.
      Nabi bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Hadis riwayat Muttafaq 'alaih)

    • Muslimah perlu melabuhkan pakaian hingga menutupi kaki (wajib). Pakailah tudung/mini telekung yang sesuai bagi menutupi kepala/rambut, tengkuk, leher dan dada.
      Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka menghulurkan jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (Surah al-Ahzab, ayat 59)

    • Memilih pakaian berwarna putih kerana ia adalah yang terbaik untuk dipakai (Sunat). Putih adalah warna yang sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah. Ia juga melambangkan kesucian.
      Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih suci dan lebih baik, dan kafankan mayat-mayat kamu dengannya." (Hadis riwayat An-Nasa'iy dan Al-Hakim).
      Berdasarkan berita yang sahih, baginda memakai baju hijau dan serban hitam. Hijau adalah warna kesukaan Nabi.

    • Lelaki Islam tidak dibolehkan memakai cincin emas (haram). Nabi bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

    • Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan (sunat). Apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri. Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakanlah dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Hadis riwayat Imam Muslim)

    • Apabila memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakanlah juga dengan sebelah kanan (sunat). Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."

    • Apabila memakai pakaian yang baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi (bermaksud): "Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakaikannya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya, Demikian itu telah datang daripada Rasulullah."

    • Berdoa setiap kali memakai dan menanggalkan pakaian supaya memperoleh keberkatan. Ketika memakai pakaian, lafazkanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia."
      Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya. Sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah imej seorang Muslim.

    Sunday, February 06, 2005

    ILMU oh ILMU

    MENUNTUT ILMU SEPANJANG ZAMAN

    "Menuntut ilmu dari buaian hingga liang lahad" demikian mafhum hadis Rasulullah s.a.w."Sampaikan dariku walau sepotong ayat" sabda baginda dalam hadis lain.
    Memperlihatkan kepada kita akan kepentingan menuntut ilmu dan penyampaiannya kepada orang lain dalam usaha menggapai tujuan sebenar Allah menjadikan manusia di dunia ini iaitu KHALIFATULLAH.
    Menuntut ilmu suatu hal. Memerlukan kaedah yang smart agar ilmu yang dituntut akan terbias ke seluruh kerja buat dan akhlak laku. Ilmu itu nur. Menyampaikan ilmu suatu hal lagi. Tanpa kemahiran penyampaian ilmu, ilmu tak sampai ke hati pendengar/ penerima.

    ILMU ADALAH KEBENARAN

    Berbeza dengan konsep nonmuslim, ilmu dalam Islam adalah KEBENARAN. Ilmu akan membawa manusia dari kegelapan kepada cahaya. Ilmu akan menyelamatkan manusia dari bahaya.
    Tetapi bagi bukan Islam, apa2 sahaja adalah ilmu. Asal sahaja ia baru, kreatif, baik buruk, betul salah, ia adalah ilmu. Justeru ia juga wajar disebarkan. Kerana itu, penemuan Darwin bahawa manusia berasal dari beruk dikira ilmu yang sangat HEBAT!

    Ulama di zaman silam sangat tawadhu' kepada Allah Taala dalam menuntut ilmu. Dalam Islam ilmu hadir seiring dengan iman. Kerana itu, para ulama' zaman dahulu solat taubat dan solat hajat, hatta ulama' hadis solat istikharah untuk menulis hadis dalam kitab-kitab mereka. Betapa pasrahnya mereka kepada Maha Pemilik Ilmu yang Agung. Mereka memohon agar Allah mengurniakan ilmu yang benar kepada mereka. Kerana itu kita dianjurkan untuk berdoa sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran:"Allahumma arinal haqqa haqqan warzuqnat tiba'ah, wa arinal batila batilan warzuqnat tiba'ah". (Mafhumnya: Ya Allah, tunjukkanlah kami yang benar itu sebagai benar dan kurniakanlah kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kami yang batil/ salah itu salah dan kurniakanlah kami untuk menjauhinya) Mudahan tiada kekaburan antara yang hak dan batil.

    bersambung...

    Thursday, February 03, 2005

    HEALTH VISITOR

    Nabhan sudah 75 hari. Margaret (health visitor) datang siang tadi bagi penerangan tentang 'weaning'. Makanan pejal awal bayi. Dia bagi pamphlet penerangan tentang cara pemberian makanan bayi. Makanan apa yang boleh diberikan, step by step, dari yang betul2 likat, hingga ke puri sayuran dan buah, kemudian nasi dan sayur lecek. Siap bagi resepi lagi untu ksediakan makanan bayi. Di muka surat akhir booklet tu diberi maklumat tentang peralatan yang diperlukan untuk menyediakan makanan bayi, dari yang paling murah, penapis besi dan sudu hinggalah blender yang boleh kisar makanan sampai lumat atau hanya hancur. Bandingan harga, juga advantage dan disadvantage setiap peralatan.

    Saya tunjukkan Nabhan, Margaret cek kulitnya yang saya sapu krim Doublebase kerana agak kering. Kelihatan kulitnya sesuai menggunakan Doublebase. Margaret membuat prescription untuk sebotol Doublebase yang lebih besar, 500ml. Sekeluarga boleh pakai. Ubatan untuk baby dan ibu mengandung di sini free, asal sahaja ada prescription dari GP/ health visitor. Saya rasa kalau ubatan untuk saya sekarang ni pun masih lagi free sebab dikira rawatan postnatal.

    Selepas bersalin dulu, pulang dari wad, midwife dating berkunjung ke rumah setiap hari sehingga bayi berusia sepuluh hari, kemudian healh visitor akan dating pula selepas itu mengikut kekerapan yg perlu. Memberi penerangan2 yg perlu ttg penjagaan bayi dan ibu lepas bersalin. Sekira-kira segala ilmu tentang penjagaan diberikan melaui pamplet yang diberikan. Sekiranya tak faham, kita boleh tanya.

    Di tanahair, biasanya ibu (nenek bayi) lah yang akan memberi 'kursus' kepada si ibu tentang penjagaan bayi. Seorang sahabat di Malaysia yang bersalin dan ibunya tiada di sisi, membesarkan bayinya mengikut apa yang dia tahu. Malah dia memberi bayinya nestum sejak sebulan! Sahabat yang lain pula, tak pandai membedung bayi kerana tiada orang yang ajar.

    Bersambung……

    Smoking ban in UK.

    Tengok berita beberapa hari lalu, beberapa 'negeri' di UK telah mengambil pendekatan mem'ban' smoking. Dalam kata lain mengharamkan smoking.
    Ireland dah agak lama ban. Birmingham juga telah ban. Temuramah wartawan Skynews dengan pengusaha bar arak, bagaimana masa depan barnya dengan pendekatan smoking ban yang diambil. Kata tokey itu, usaha kea rah ban smoking telah diambil sejak lama dulu dengan menjadikan sebahagian kawasan dalam barnya sebagai 'free smoking area'. Dari 10% naik ke 25%, kemudian 50% dan sekarang seluruh barnya adalah free smoking area.
    Maknanya, sesiapa yang nak merokok kena keluar dulu dari barnya, dan menurutnya pelanggan akur dengan peraturan yang dikenakan.

    Wartawan bertanya, kenapa ban smoking sahaja, kenapa tak ban alcohol (arak) sekali, sedangkan arak juga dilihat banyak membawa keburukan, rentetan banyak kes kesihatan, jenayah, kemlangan, pergaduhan berlaku terutama malam minggu apabila ramai keluar mabuk. Saya tertarik untuk melihat reaksi pengusaha bar itu. Tentulah dia akan menafikan, kerana asas kedainya adalah arak. Kalau tak ada arak mana nak ada kedai itu? Atau dia akan tukar kedai arak jadi warung kopi? Begitu detik hati kecil saya.

    Dia menjawab dengan selamba. Bancian yang dibuat menunjukkan 90 % rakyat menyokong 'smoking ban' tapi hanya sebahagian sahaja yang menyokong untuk bankan arak. Justeru hasil bancian itu masih belum mencapai tahap untuk mengharamkan arak. Justeru kedainya akan teruskan operasi menjual arak.

    Saya termangu. Dalam kehidupan secular di sini, manusia mengharamkan sesuatu berdasarkan kemahuan manusia umum. Hatta mereka pun sudah tidak menjadikan kristian sebagai kayu ukur dalam membuat keputusan. Wajarlah kalau mungkin mereka melihat ajaran agama mereka kurang sesuai dengan kehidupan, memang sebab itupun Allah menurunkan Al-Quran untuk mengembalikan kehidupan manusia kepada ajaran tauhid, setelah kandungan kitab-kitab terdahulu dipesong dan di selewengkan.

    Cuma saya rasa sedih andai di Negara-negara umat Islam juga menjadikan kehendak umum manusia untuk menghalalkan dan mengharamkan sesuatu.
    Padahal jelas arak itu banyak keburukan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran.
    Lebih malang di negara kita yang mengaku Islam, maish cuba mengaburi mata rakyat, dengan menyatakan arak adalah keperluan nonmuslim. Sedangkan kalau ditanya, anak isteri mereka, mereka juga tidak suka suami dan bapa balik mabuk-mabuk. Apatah lagi perasaan ibu bapa melihat anak gadis dan anak teruna pulang malam mabuk-mabuk. Lebih malang lagi, ini bukan berlaku di kalangan bukan Islam sahaja, malah turut tempias kepada orang Islam. Kalau tidak masakan sampai 100 orang Islam tertangkap berkeliaran di kelab malam dalam keadaan berpakaian tidak senonoh dan mabuk. Astaghfirullahal azim.

    Lalu saya teringat lagi, kata-kata seorang sahabat di institut. "Cara untuk menutup kesalahan sendiri adalah dengan menuding kesalahan kepada orang lain". Itulah yang berlaku. Apabila mereka tertangkap bersalah, mereka menuding jari kepada pegawai JAWI yang melakukan kesalahan, lalu, perkara-perkara kecil dibesar-besarkan.
    Mana lebih besar kesalahan, mengambil gambar wanita berpakaian tidak senonoh (yang memang sengaja berpakaian begitu, bukan dipaksa) untuk bukti, dengan perbuatan berkeliaran di kelab malam dengan pakaiana yang tidak senonoh, sesiapan pun boleh memandang, dan sesiapa pun boleh mengambil gambar dengan aksi yang mungkin lebih tidak senonoh lagi apabila mereka mabuk.

    Mana lebih besar kesalahan, kencing dalam bilik tahanan, dengan meneguk air kencing syaitan (arak)? Tiada siapa yang memaksa, tapi kenapa susah payah pergi ke bar, membayar mahal-mahal, hanya untuk meneguk AIR KENCING SYAITAN? Tak rasa bersalah ke?

    Dan kita lagilah sepatutnya bersalah, andai kita merasakan yang mereka ini sepatutnya dibela lantaran diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama JAWI. Dunia benar-benar telah terbalik. Bila menteri menjawab bahawa kes moral tidak perlukan polis, cukuplah ibu bapa yang mengawalnya, saya merasa cukup risau kerana nanti saya akan balik dan membesarkan anak di sebuah negara yang dihidang begitu banyak sumber maksiat. Tiada siapa di luar sana yang boleh diharap untuk mengawal anak-anak saya. Segala-galanya diletakkan di atas kepala saya kalau anak saya DIJERUMUSKAN ke perkara-perkara yang tidak diingini, walia'uzubillah.

    Lagi ini menunjukkan betapa masyarakat akan kucar kacir apabila tanggungjawab amar makruf nahi mungkar yang terpundak paling tinggi kepada mereka yang punya kuasa (siapa lagi yang lebih tinggi dari pemimpin dalam sebuah negara) dinafikan, dalam keadaan pemimpin yang itu terbalik pula, menyediakan begitu banyak amar mungkar (konsert-konsert yang taqrabu al-zina, mendorong kearah maksiat, lagha, arak yang berleluasa)dan nahi makruf (menghalang orang yang menyeru kebaikan, menegah kemungkaran, gam ulama', ISA pendakwah dll)

    Sesekali, terasa teruk berada di negara bukan Islam ini, teruk lagi di Negara sendiri yang bertopengkan Islam, mengaku mengambil cara dari Negara barat, tetapi ambil sikit. Mengaku ambil cara dari Islam, tapi ambil sikit, jadilah cara itu sebenarnya hanya untuk menjaga kepentingan diri pihak-pihak tertentu dan menhancurkan hidup rakyat umumnya.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger