Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, February 03, 2005

    Smoking ban in UK.

    Tengok berita beberapa hari lalu, beberapa 'negeri' di UK telah mengambil pendekatan mem'ban' smoking. Dalam kata lain mengharamkan smoking.
    Ireland dah agak lama ban. Birmingham juga telah ban. Temuramah wartawan Skynews dengan pengusaha bar arak, bagaimana masa depan barnya dengan pendekatan smoking ban yang diambil. Kata tokey itu, usaha kea rah ban smoking telah diambil sejak lama dulu dengan menjadikan sebahagian kawasan dalam barnya sebagai 'free smoking area'. Dari 10% naik ke 25%, kemudian 50% dan sekarang seluruh barnya adalah free smoking area.
    Maknanya, sesiapa yang nak merokok kena keluar dulu dari barnya, dan menurutnya pelanggan akur dengan peraturan yang dikenakan.

    Wartawan bertanya, kenapa ban smoking sahaja, kenapa tak ban alcohol (arak) sekali, sedangkan arak juga dilihat banyak membawa keburukan, rentetan banyak kes kesihatan, jenayah, kemlangan, pergaduhan berlaku terutama malam minggu apabila ramai keluar mabuk. Saya tertarik untuk melihat reaksi pengusaha bar itu. Tentulah dia akan menafikan, kerana asas kedainya adalah arak. Kalau tak ada arak mana nak ada kedai itu? Atau dia akan tukar kedai arak jadi warung kopi? Begitu detik hati kecil saya.

    Dia menjawab dengan selamba. Bancian yang dibuat menunjukkan 90 % rakyat menyokong 'smoking ban' tapi hanya sebahagian sahaja yang menyokong untuk bankan arak. Justeru hasil bancian itu masih belum mencapai tahap untuk mengharamkan arak. Justeru kedainya akan teruskan operasi menjual arak.

    Saya termangu. Dalam kehidupan secular di sini, manusia mengharamkan sesuatu berdasarkan kemahuan manusia umum. Hatta mereka pun sudah tidak menjadikan kristian sebagai kayu ukur dalam membuat keputusan. Wajarlah kalau mungkin mereka melihat ajaran agama mereka kurang sesuai dengan kehidupan, memang sebab itupun Allah menurunkan Al-Quran untuk mengembalikan kehidupan manusia kepada ajaran tauhid, setelah kandungan kitab-kitab terdahulu dipesong dan di selewengkan.

    Cuma saya rasa sedih andai di Negara-negara umat Islam juga menjadikan kehendak umum manusia untuk menghalalkan dan mengharamkan sesuatu.
    Padahal jelas arak itu banyak keburukan, sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah Taala dalam Al-Quran.
    Lebih malang di negara kita yang mengaku Islam, maish cuba mengaburi mata rakyat, dengan menyatakan arak adalah keperluan nonmuslim. Sedangkan kalau ditanya, anak isteri mereka, mereka juga tidak suka suami dan bapa balik mabuk-mabuk. Apatah lagi perasaan ibu bapa melihat anak gadis dan anak teruna pulang malam mabuk-mabuk. Lebih malang lagi, ini bukan berlaku di kalangan bukan Islam sahaja, malah turut tempias kepada orang Islam. Kalau tidak masakan sampai 100 orang Islam tertangkap berkeliaran di kelab malam dalam keadaan berpakaian tidak senonoh dan mabuk. Astaghfirullahal azim.

    Lalu saya teringat lagi, kata-kata seorang sahabat di institut. "Cara untuk menutup kesalahan sendiri adalah dengan menuding kesalahan kepada orang lain". Itulah yang berlaku. Apabila mereka tertangkap bersalah, mereka menuding jari kepada pegawai JAWI yang melakukan kesalahan, lalu, perkara-perkara kecil dibesar-besarkan.
    Mana lebih besar kesalahan, mengambil gambar wanita berpakaian tidak senonoh (yang memang sengaja berpakaian begitu, bukan dipaksa) untuk bukti, dengan perbuatan berkeliaran di kelab malam dengan pakaiana yang tidak senonoh, sesiapan pun boleh memandang, dan sesiapa pun boleh mengambil gambar dengan aksi yang mungkin lebih tidak senonoh lagi apabila mereka mabuk.

    Mana lebih besar kesalahan, kencing dalam bilik tahanan, dengan meneguk air kencing syaitan (arak)? Tiada siapa yang memaksa, tapi kenapa susah payah pergi ke bar, membayar mahal-mahal, hanya untuk meneguk AIR KENCING SYAITAN? Tak rasa bersalah ke?

    Dan kita lagilah sepatutnya bersalah, andai kita merasakan yang mereka ini sepatutnya dibela lantaran diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama JAWI. Dunia benar-benar telah terbalik. Bila menteri menjawab bahawa kes moral tidak perlukan polis, cukuplah ibu bapa yang mengawalnya, saya merasa cukup risau kerana nanti saya akan balik dan membesarkan anak di sebuah negara yang dihidang begitu banyak sumber maksiat. Tiada siapa di luar sana yang boleh diharap untuk mengawal anak-anak saya. Segala-galanya diletakkan di atas kepala saya kalau anak saya DIJERUMUSKAN ke perkara-perkara yang tidak diingini, walia'uzubillah.

    Lagi ini menunjukkan betapa masyarakat akan kucar kacir apabila tanggungjawab amar makruf nahi mungkar yang terpundak paling tinggi kepada mereka yang punya kuasa (siapa lagi yang lebih tinggi dari pemimpin dalam sebuah negara) dinafikan, dalam keadaan pemimpin yang itu terbalik pula, menyediakan begitu banyak amar mungkar (konsert-konsert yang taqrabu al-zina, mendorong kearah maksiat, lagha, arak yang berleluasa)dan nahi makruf (menghalang orang yang menyeru kebaikan, menegah kemungkaran, gam ulama', ISA pendakwah dll)

    Sesekali, terasa teruk berada di negara bukan Islam ini, teruk lagi di Negara sendiri yang bertopengkan Islam, mengaku mengambil cara dari Negara barat, tetapi ambil sikit. Mengaku ambil cara dari Islam, tapi ambil sikit, jadilah cara itu sebenarnya hanya untuk menjaga kepentingan diri pihak-pihak tertentu dan menhancurkan hidup rakyat umumnya.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger