Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, August 12, 2004

    Amerika ugut ulama jangan sokong jihad

    WASHINGTON: Amerika Syarikat akan mewujudkan rangkaian militia pro-Washington di seluruh dunia dengan alasan menangani ancaman umat Islam radikal dan memberi amaran kepada semua ulama agar tidak menghalalkan jihad kumpulan berkenaan.

    Washington turut menggesa kawalan lebih ketat ke atas rangkaian komunikasi antarabangsa, termasuk internet.

    Timbalan Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz, perancang utama serangan Amerika ke atas Iraq memberitahu Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, kempen antipengganas itu perlu diperluaskan lagi dengan menjadikan ulama radikal sebagai sasaran utama yang didakwanya berperanan sebagai pelindung ideologi keganasan.

    “Ulama ini memberi perlindungan dengan menghalalkan tindakan merekrut anggota baru serta mengecam ulama lebih sederhana yang menentang mereka. Oleh itu, sekutu utama kita dalam kempen antipengganas ini adalah umat Islam yang mahu mendapatkan kebebasan dan menentang fahaman pelampau,” tegasnya.

    Wolfowitz bagaimanapun, tidak menyebut nama ulama Syiah Iraq, Muqtada al-Sadr yang mengetuai kebangkitan anti-Amerika di Najaf, ketika ini.

    “Tidak harus ada sebarang ruang di dunia bagi mana-mana kerajaan yang melindungi keganasan, termasuk di kawasan tidak berkerajaan yang boleh menjadi syurga kumpulan militan bergerak bebas dan merancang kegiatan mereka.

    “Pengganas ini juga tidak harus dibenarkan menyalahgunakan kebebasan hidup bermasyarakat, kebebasan ideologi atau mengeksploitasi teknologi komunikasi bagi rancangan jahat mereka.

    Sehubungan itu, Pentagon menggesa Kongres meluluskan peruntukan AS$500 juta (RM1.9b) bagi mewujudkan rangkaian kumpulan militia yang bersahabat dengannya di seluruh dunia.

    Wolfowitz berkata, peruntukan itu perlu bagi tujuan latihan dan menyediakan kelengkapan pasukan keselamatan tempatan selain tentera bagi menangani keganasan dan pemberontakan.

    “Andai diluluskan sebahagian daripada rang undang-undang pertahanan, pakej itu akan memberikan keselamatan dalam negeri yang lebih terjamin atau menjadi syurga kumpulan radikal.”

    Biarpun tidak menamakan lokasi tumpuan rancangan itu, pegawai Washington pernah menyuarakan kebimbangan di membabitkan kawasan luas di sepanjang sempadan Afghanistan-Pakistan, Iraq, wilayah Kavkaz, negara Afrika Timur dan beberapa kepulauan di Filipina.

    Pegawai pertahanan yang enggan dikenali pula berkata, Pentagon merancang melantik pendatang asing sebagai ‘penasihat pelbagai budaya’ di kawasan asing buat Washington selain melaksanakan projek termasuk bantuan ekonomi.

    Sementara itu, beberapa pakar ketenteraan Amerika berkata strategi itu sudah pun dicuba di Afghanistan yang menyaksikan kejayaan Washington mewujudkan kerjasama dengan panglima perang tempatan yang menjadi alat menggulingkan kerajaan Taliban pada 2001.

    Kenyataan Wolfowitz itu timbul ketika Pentagon dan pegawai kanan pentadbiran Presiden George W Bush menggesa Washington mewujudkan kempen ketenteraan yang lebih berkesan ke atas kubu kumpulan radikal kecil tanpa memerlukan kerahan pasukan besar tentera Amerika ke seluruh ceruk dunia.

    Minggu lalu, Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld membangkitkan keperluan Pentagon menyesuaikan diri dengan realiti baru untuk tidak perlu berdepan musuh negara asing yang besar sebagaimana ditekankan dalam latihan selama ini.

    “Ancaman sedemikian sudah tidak banyak ketika ini, tetapi kita tetap meneruskan pemburuan,” katanya.

    Beliau tidak menyatakan langkah tambahan lain yang perlu diambil Washington bagi mengekang kumpulan pengganas mengeksploitasi kebebasan di Amerika.

    Akta Patriot Amerika yang diluluskan Kongres selepas kejadian 11 September 2001, memberi kuasa tambahan memantau dan siasatan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan agensi penguatkuasaan lain. – AFP


    - Hanya Islam dikategorikan sebagai pengganas. Mengapa tidak Yahudi yang membunuh jutaan Palestin? Mengapa tidak Kristian yang menyembelih muslim di tanah air mereka? Mengapa tidak Hindu yang juga menyembelih muslim dalam masjid2 mereka? Sedangkan rangkaian militia itu yang melakukan keganasan kepada penduduk awam, hatta bayi2 yang tidak bersalah dihalalkan... Jika mereka boleh bersatu atas nama "menentang keganasan". Kenapa umat Islam diporak perandakan dari bersatu membela nasib agama, diri dan dan masyarakat? Kita tidak mengganggu mereka kalau kita tidak diganggu. Kita juga tidak menyerang mereka kalau mereka tidak menyerang. Tetapi merekalah yang mencari-cari pasal untuk bergaduh dan kemudian berselindung di sebalik tindakan mereka atas nama keamanan. Padahal, merekalah pencetus peperangan!!!
    Kenapa umat Islam masih alpa? Kenapa pemimpin Islam masih tunduk kepada kuasa mereka? Kenapa masih bertelagah sesama Islam untuk menolak agama sendiri hanya kerana mengikut telunjuk kafir durjana ini?

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger