kisah pasal mengumpat
Kisah ini berlaku suatu masa dulu yang cukup panjang....
-------------------------------
Saya merenung panjang.. Apa yang saya katakan dan bincangkan beberapa hari lepas benar2 terjadi. Dan saya makin yakin sekarang dan insaf....
Beberapa hari lalu, saya sembang2 dengan seorang sahabat. Sahabat seorang ini, sangat suka bercerita pasal orang lain, terutama keburukan. (i.e, mengumpat)
Saya kata kat dia, kalau hari ini kita mengumpat orang. Kita kan diumpat orang nanti. Kalau kita ingin diri kita diumpat, so, tegalah untuk mengumpat hari ini.
Mengumpat ni, semua orang tahu sebagai dosa. Tapi ramai juga yang tidak segan silu dan ringan mulut aje buat. Alasannya, perkara2 yang diharuskan mengumpat... Tanpa sedar atau sengaja kita melanggar batas2 harus yang ditetapkan.
Cth:
1. Kalau tujuan nak amik pengajaran, jangan sebut nama org yang terlibat. Kerana itu akan jadi mengumpat. Elakkan menyebut sebarang perkara yang menyebabkan orang kenal beliau.
2. Kalau tujuannya nak membetulkan keadaan, kita kena amik tindakan, bukan sekadar cakap2 buka2 aib orang kemudian sekadar itu sahaja. Tidak berani pula untuk menegur secara berdepan, melalui saluran yang wajar dll.
Apa yang menginsafkan saya ialah, sahabat yang seorang ini cukup suka bercakap pasal hal orang. Saya sebutkan kepadanya saya takut dah nak mengumpat ni, sebab kalau kita mengumpat orang hari ini, tengok la, esok lusa, adalah org mengumpat kita pula (tu kat dunia la, kat akhirat semua org tahu kan, tapi buat2 tak takut aje...)
Beberapa minggu selepas itu, hari ini, saya mendengar satu siri umpatan yang orang lakukan kepada sahabat tadi. Rupanya di luar pengetahuan saya, sekampung orang tak sukakannya kerana sikap beliau yang demikian dan demikian. Saya tahu itu, kerana saya juga pernah mengalaminya, cuma saya banyak berlapang dada. Tak sangka org lain juga menghadapinya dan mereka meluahkannya bagai gunung berapi meletus, setelah memendamnya begitu lama.
Pertama terlintas difikiran saya, benarlah, kalau hari ni, kita mengumpat orang, orang akan mengumpat pula kita nanti. Lebih dahsyat lagi...
Saya yang menginsafi limit antara mengumpat dan bercerita untuk membetulkan keadaan tadi, bercadang untuk mengambil tindakan menegur sahabat tadi, supaya tak jadi pula mengumpat yang kedua, jika kita tak berbuat apa2. Saya tahu, pelbagai perkara mungkin terjadi, dia mungkin akan membenci saya. Dia mungkin tak nak kawan saya lepas ni. Mungkin dia kan perli2 saya dll. Tapi kalau saya biarkan, tidak akan ada sesiapa pun berani nak menegur dia sebab nak jaga hati dia, dan yg lebih buruk dia akan berterusan begitu.
Dan orang2 yang telah terjerumus ke dalam dosa mengumpat ini juga akan diumpat oleh orang lain nanti. Lalu kawasan tempat saya tinggal ini akan hilang keamanannya. Hilanglah peace and stability..
Tapi ada pula yang menghalang saya, jangan tegur dia, nanti jadi perkara yang lebih buruk, biar aje lah perkara itu berlalu begitu...Dah lah mengumpat, tak nak tegur pula. Hmm... sah sah mengumpat.
Justeru bicara hati saya:
(bg saya bicara hati ialah mentol lampu yang akan memberi peringatan spontan setiap kali kita nak buat sesuatu, tanpa perlu fikir panjang).
1. Jika kita nak buat perkara buruk kepada org lain, bersedialah untuk orang buat perkara buruk kepada kita nanti.
Jika kita nak marah orang, orang lain akan marah kita nanti
Formulanya: Jika kita nak X orang, Allah akan balas di dunia dengan orang lain akan X kita nanti.
Sila gantikan X dengan apa2 benda. Fitnah, kutuk, tak nak kawan, buat jahat.
2. Kalau bercakap pasal orang, bayangkan orang tu ada depan kita, mudahan cakap kita tadi akan tertapis dari perkara2 yang menjerumus kepada dosa mengumpat.
3. Kalau ada orang buat buruk kepada kita hari ini, renunglah sejenak, ada tak kita buat buruk begitu kepada orang lain sebelum ini. Kalau ada bertaubatlah dan minta maaf.
4. Kalau orang buat buruk kepada kita dan kita memang tak de buat buruk seperti itu kepada orang sebelum ini, tak perlu kita melenting2 balas kat dia balik. Sebab Allah akan balas dia, orang lain akan buat yang sama kepada dia nanti. Dan untuk kita, walaupun tak dapat kepuasan membalas perkara buruk yang dia buat, kita akan dapat pahala yang banyak, dan meraih kasih sayang Allah. Tak pelah orang tu nak benci kita kerana busuk hati dia, Allah sayang kita is everything we need. Nanti ramai lagi orang akan sayang kita insya Allah.
INGAT! ORANG YANG KUAT IALAH ORANG YANG DAPAT MENAHAN MARAHNYA.

