Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, January 17, 2008

    Polis dan tentera

    Saya menonton Balamory. Rancangan kanak2 di Scotland ini.

    PC Plum, watak police adalah seorang yang tak bermisai. Wataknya sangat peramah dan friendly. Tugasnya membantu dan menjaga keselamatan orang. Saya rasa watak PC Plum dibuat sebegitu rupa supaya kanak2 tahu peranan polis adalah untuk menjaga keselamatan mereka yang mereka tidak takut untuk meminta bantuan dari polis jika memerlukan.

    Polis di Malaysia, wataknya mesti bermisai tebal. Lagi tebal lagi bagus. Siapa yang tak de misai, jadi polis kena simpan misai. Supaya orang rasa takut dekat polis. Watak polis di Malaysia bukan sebagai penjag akeselamatan, tapi adalah orang yang akan mendenda orang jika buat kesalahan. Jadi, watak polis di Malaysia adalah seorang yang menakutkan. Bukan orang yang didekati untuk meminta bantuan.

    Minta bantuan, belum tentu dapat bantuan, cthnya hilang barang. Silap hari bulan kita pula yang kena cekup.
    Peranan polis dalam domonstrasi. Kalau di sini polis menjaga keselamatan orang yang berdemonstrasi. Di Malaysia Polis menghuru harakan orang yang berdemonstrasi. Bila polis menganggapi orang yang berdemonstrasi sebagai musuh, maka polis telah hilang peranan nya yang sebenar sebagai penjaga keselamatan dalam Negara.
    Ibarat kata Schneier,
    “The police protect citizens. The military attacks the enemy. When you start giving police powers to the military, citizens start looking like the enemy.”

    Jadi, di Malaysia, polils telah diberikan kuasa tentera. Kerjanya memerangi, bukan menjaga keselamatan. Siapa yang menyuarakan haknya, akan dianggap musuh kepada negara.

    Hanya kerajaan yang tidak menjaga hak rakyat sahaja dan mementingkan kepentingan diri sendiri dan kroni sahaja yang bertindak sebegini.

    Agaknya kalau PC Plum datang ke Malaysia, apa dia akan kata kepada polis Malaysia…

    Friday, January 04, 2008

    hadi suci diri

    hadis 2083 sahih muslim,
    3 bani israel yang diuji, sopak, botak dan buta, allah uji dengan kekayaan dan rupaparas yang cantik,
    tapi lupa diri,

    derma untuk dog charity?

    Suatu hari seorang lelaki tempatan datang ke rumah. Kutip derma untuk dog charity. Saya serba salah untuk memberikan derma. PElbagai perkara bermain difikiran. Anjing, bla bla bla.
    Hari ini, ketika membaca kitab hadis sahih muslim, saya menemui satu hadis berkenaan menolong binatang.

    Abu Hurairah meriwayatkan dari Rasulullah s.a.w.bersabda:
    Ketika seorang lelaki sedang berjalan, dia merasa dahaga dan truun ke dalam satu telaga dan minum air darinya. Ketika memanjat keluar, dia melihat seekor anjing menjilat dan makan Lumpur kerana kehausan. Lelaki itu berkata, “ Anjing ini menderita sama seperti yang aku hadapi,” Jadi dia pun turun semula ke dlaam telaga dan mencedok air dengan kasutnya, menggigit kasut itu dengan giginya, memanjat keluar dan memberi anjing itu minum. Allah mengganjari perbuatan baiknya dan mengampunkan dosanya. Orang2 bertanya,” Ya Rasulullah, Ada pahala untuk menolong binatang?,” Baginda menjawab,” Ya, ada pahala untuk menolong apa2 sahaja benda hidup.” (Hadis Bukhari 2363, Muslim 2244.)

    Justeru persoalan tempohari terjawab kini, sepatutnya saya beri sahaja derma. Anjing juga adalah makhluk Allah. Dog charity tersebut telah melakukan kerja mulia kerana menyelamatkan anjing2 yang bukan sahaja kehausan, malah tidak ada perlindungan, kelaparan. Justeru, derma kepada dog charity tentulah sama dengan perbuatan lelaki tadi yang memberi anjing itu minum.
    Itu dog charity. Kalau ada cat charity dll, tentulah di sana juga besar ganjarannya.

    Kita kengkadang sensitive tak bertempat bila menyentuh tentang anjing. Saya pun masih takut2 nak pegang anjing. Bukan apa, sebenarnya takut kena gigit, geli kena jilat, dan malas nak samak.

    Tapi dalam kes lelaki tadi. Setelah anjing tu jilat kasutnya, dia boleh terus basuh kasut dia dengan air tanah yang ada berhampiran telaga itu. Justeru, samak bukan lah suatu yang susah. Ia ibarat membasuh dengan sabun. Bezanya sabun tadi diganti dengan tanah.

    Itulah, kita kata kita orang Islam. Tapi sedalam mana kita tahu pasal Islam? Sedalam mana kita tahu pasal Nabi Muhammad s.a.w.?

    Wallahu a’lam.

    Ya Allah, Faqqihna fiddin wa allimna ta’wil wahdina ila siratika al-mustaqim.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger