Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, June 22, 2006

    belajar tuang air dalam botol

    Suatu hari Nabhan tengok ummi tuang air dalam cerek ke dalam botol. Dia nak buat jugak. Ummi bawa Nabhan masuk bilik air, bagi botol kosong, corong dan sebaldi air. Kekok jg adia belajar masukkan air ke dalam botol awal2nya. Kemudian dia boleh kontrol tangan sendiri.

    belajar pakai kasut

    Nabhan belajar pakai kasut sendiri. Kasut ni ketat sikit sebab saiz agak kecil.



    cuba lagi hingga berjaya.

    Wednesday, June 21, 2006

    Summer Workshop di ALMI. Acik Mel tolong jgakan Nabhan. Jazakumullahu khairan kathira acik Mel. Acik Mel pandai betul jaga baby walaupun dia ada seorang aje adik.

    Ni balik dari rumah acik Mel jalan kaki sebab ummi tak larat nak dukung. Nabhan jalan dari jalan depan rumah hingga ke pintu. Ni first time naik tangga sendiri yang sampai ke atas.

    nabhan ke edinburgh castle


    dalam muzium


    Sedang mendengar audioguider. tekan nombor yang ada pada papan tanda di sesuatu tempat dan suara dalam guider tu akan ceritakan sejarah tempat tersebut. Sewa 3 pound satu. Saya nak dengar Nabhan sibuk tarik. Tak leh khusyuk nak dengar. Last2 bagi dia aje lah yang dengar. Tu yang khusyuk dia mendengar tu.

    Kemudian pergi makan tengahari di Queens Garden. Bihun goreng dan benjo saya. Maqlubah Rana. Sandwich K Asyi. Powel yang vegetarian pekena benjo saya ajelah.

    Banyak burung merpati tumpang mencari rezeki sama. Lepas makan, saya tabur sedikit makanan lebih atas tar. Berpuluh2 merpati datang mematuk makanan. Nabhan sungguh excited mengejar burung. Jinak pula tu. Nabhan hulurkan roti yang dimakannya kepada burung. Burung pun patuk.




    Berlari lepas kejar burung.

    Nabhan's development

    Dah agak lama saya tidak menulis di blog ini. Kesibukan harian menghambat masa saya.

    Nabhan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. Dia dah berusia setahun 7 bulan.

    Baru ni pergi hosp cek kesihatan. Berat 10.7 kg. Tinggi 76 cm. Ubun2 kepala belum tertutup dan yang menariknya, bila dia berdebar, ubun2 dia akan berdenyut dan rambut dia bergerak. Boleh dilihat dengan terang. Dr kata, dia boleh ukur nadi Nabhan hanya dengan melihat rambut dia. Hehe. Pasal tu jugalah Nabhan dipanjangkan ke pakar paediatric di hosp Ninewells oleh GP. Dan Dr mengesahkan ia normal. Ubun2 itu akan tertutup nanti menjelang usia 2 tahun. Dan rambut tu nampak jelas bergerak kerana RAmbut Nabhan agak lebat dan tercacak.

    Nabhan kelihatan telah faham banyak perkataan yang dituturkan. Di samping sudah boleh menyebut beberapa perkataan. mi, abah, Star, jatuh, nak, tanak dll.

    Dah boleh solat bersama umi dan abah bila kami berjemaah. "Aa..mbak" katanya sambil mengangkat takbir dan meletakkan 2 tangan ke perut. Kemudian takbir lagi dan meniarap (sujud la tu. Semalam ketika abang iqamah sejurus sebelum kami solat, Nabhan mengikut abahnya menyebut 'Muhammadarrasulullah'.

    Ketika menghidang makanan, Nabhan dah boleh diharap bawa makanan dari dapur (yang tak berkuah) ke ruang depan untuk dihidang.

    Kalau minta buang sampah ke dalam tong sampah pun, dah boleh buang. Dia tahu di mana tong sampah (di bawah kerusi).

    Kalau bagi plastik sampah hitam, dia akan bubuh dalam tong sampah besar yang telah dikosongkan sampahnya.

    Kalau minta ambilkan handfon kat bilik lain pun dia dah boleh ambilkan.
    Selain tu dah boleh suruh ambilkan surat kalau bunyi posmen masukkan surat kat pintu.

    Nabhan juga dah belajar makan sendiri. Walaupun comot, tapi saya biarkan dia belajar.




    Dia dah boleh manfaatkan toys dengan baik.
    Masukkan bongkah2 pelbagai bentuk melalui lubang2nya. Memasang lego.
    Baca buku sendiri sambil buat sound effect.
    Melukis di atas kertas. Melorek bentuk tangannya sendiri. Di atas kertas (walaupun tak de bentuk tangan pun).

    Dulu, waktu tidur selalu tak nak selimut. Tapi sekarang naik je katil terus dengan excitednya dia mausuk ke bawah duvet. Tapi bila dia dah tidur, dia akan tendang duvet tu.

    Dia dah cuba2 gosok gigi. Nabhan suka gosok gigi. Bila ajak gosok gigi, dia akan bergegas ke bilk air.



    Nabhan dah boleh pakai kasut sendiri, walaupun kengkadang terbalik. Kalau nak pergi jalan, biasanya ummi la yang pakaikan,sebab lambat sket la kalau nak tunggu dia pakai sendiri.
    Kalau nak pergi jalan, dia tahu aoa yang kena pakai. Kasut, baju sejuk, stoking. Jadi, kalau suruh dia ambilkan baju sejuk, dia boleh pergi ambil sendiri.

    Nabhan masih menyusu badan. Saya lebih yakin dengan khasiat yang dia terima, kerana kengkadang dia tak nak makan. Saya merancang nak susukan dia sampai 2 tahun.

    Sejak dia kecil dulu saya biasakan dia dengan orang lain. Jadi sampai sekarang dia tak takut orang. Bila ke majlis2 dia boleh pergi dengan sesiapa sahaja.

    Sekarang ini, saya cuba ajar dia untuk jaga adik pula. Saya tunjuk dia baby di TV. Tanya dia nak baby tak. Dia kata ‘nak’. Dia dah boleh sebut ‘biby’.
    Sabtu lepas, K Najah datang rumah, bawa Abbad, the 50-days-old baby. Saya riba Abbad dan Nabhan nak riba juga. Saya letak Abbad atas riba Nabhan. Dia pegang bawah Abbad sambil tangan kanan tepuk2 peha Abbad (gaya tidurkan). Nabhan senyum meleret, gembira dapat pegang baby. Tapi satu, dia bising. Bila saya angkat Abbad sebab dia dah mula terjaga dari tidur, Nabhan bising minta nak riba Abbad. Apa lagi kurang tenteramlah Abbad nak tidur. So, saya terpaksa bawa Abbad lari ke bilik.
    Saya harap pendedahan awal seperti ini bagus untuk Nabhan belajar menjadi seorang abang yang bertanggungjawab dan mengelakkan dia merasa kehadiran baby dalam hidup dia sebagai perampas kasih sayang ummi dan abah.

    Eh, Nabhan dah nak dapat adik ke? Belum lagi. Cuma just prepare Nabhan untuk tujuan tersebut.

    Alhamdulillah. Saya rasa sungguh bersyukur mendapat putera seperti Nabhan. Semoga Allah kurniakan lebih ramai lagi anak2 soleh dan solehah sebagai bekal di dunia dan di akhirat.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger