Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, January 05, 2010

    boleh ke sambut krismas? raya, kena sedih ke kena gembira?


    usrah semalam membicarakan tentang hukum menyambut krismas. Kesimpulan, ada khilaf ulama dalam hukum menyambut ini.
    Mufti Arab Saudi kata haram.
    Ada ulama kata harus. (detail boleh google la.) harus di sini bukan sambut seperti kita sambut raya eid. tapi harus berinteraksi dengan mereka seperti beri kad, tak payah la ikut pergi gereja pulak, sekadar memenuhi hak berkawan.


    Uruf di Arab Saudi mungkin berbeza.
    Dalam sutiasi di UK ni, yang kita perlu berinteraksi dengan masyarakat majoriti menyambut krismas, harus memberi kad. tapi kalau boleh pilih kad yang tak de merry krismas. mungkin yang happy new year ke, atau season's greeting.

    Dan anak2 pula yang terdedah dengan aktiviti2 menyambut krismas di sekolah, tak boleh nak elak, tapi perlu diberi penerangan 2 perbezaan version kristian dan Islam. Ruang perbincangan ini adalah baik untuk mereka lebih memahami agama Islam.

    Di Uk, budaya memberi kad untuk event2 tertentu masih subur. apa sahaja, baik birthday, sakit, nak tukar kerja, dapat anak, pencen, apa sahaja...

    Nabhan balik rumah bawa banyak keping kad krismas dari kawan2.
    cikgu siap bagi list nama pelajar2 kat kelas tu sebab banyak kad kawan2 nabhan (parent mereka sebenarnya) eja nama salah. Cthnya Nabhan jadi Napan, hehe. Inisiatif yang baik dari guru bila dia menggalakkan student bagi kad dan suruh tulis sendiri. ia menjadi latihan menulis untuk kanak2. homework menulis kat rumah dah tak de seminggu dua sebelum krismas ni. mungkin digantikan dengan aktiviti lain seperti menulis kad, hehe..

    Banyak aktiviti dibuat kat sekolah untuk merayakan krismas ini. dan aktiviti itu secara langsung membantu dalam proses pembelajaran kanak2.
    cthnya: persembahan theater is there a baby in there? Theater tentang baby Jesus. Bila balik saya ceritakan semua tentang siapa Nabi Isa kepada Nabhan, peranan Nabi Isa kepada umatnya yang Allah turunkan seperti juga Nabi Muhammad kepada kita. Saya bacakan surah Al-Ikhlas yang Allah turunkan sebagai jawapan kepada orang2 nasrani yang mendakwa Jesus adalah anak tuhan.

    Kanak2 ini sebenarnya tak la percaya dalam hati sangat pasal Jesus tu tuhan, mereka amik cerita tu sebagai satu cerita seperti cerita2 snow white, cinderella dll. Cuma kita kena rajin cerita balik.
    Tertarik dengan drama bersiri astro Taubat, Omar yang membesarkan anaknya Fatihah, setiap malam bedtime story ialah cerita2 nabi. (boleh tgk kat youtube, by layarhidayahhazel).

    Ada rep sempena Krismas minggu depan, perarakan band gitu kat town, kanak2 sekolah akan dibawa enjoying the event. Perayaan krismas dah jadi more to cultural kat sini. aktiviti2 bagi kad, pokok krismas dan santa claus menurut seorang minister church yang saya jumpa bukan religious tapi more to cultural. begitu juga hidangan turkey pada petang krismas. yang betul2 religious ialah pergi church pagi krismas tu.

    Nabhan alhamdulillah sekarang nampak mula develop kefahaman boundary, mana yang kristian dan mana yang Islam.
    Kengkadang ada juga misunderstanding, tapi saya rasa OK, sebab dia masih belajar dan kita tak boleh dia expect dia automatik tahu semua.

    Suatu hari Nabhan kena bisul. dia asyik komplen kawan2 tepuk peha dia tempat kena bisul. Secara bergurau saya cadangkan nabhan tampal sticker kat seluar, "Beware! My bisul!". baru orang tahu dan tak langgar peha dia lg. Nabhan jawab: "Tapi orang Kristian tak tahu bisul. Orang islam aje tahu bisul", saya tergelak mendengar kata2nya. Mungkin dia faham Kristian tu English. Islam tu Melayu dan Arab. Saya perjelaskan lagi kepadanya perbezaan bahasa dan agama. Kanak2 sebenarnya boleh terima bila kita bawa berbincang. Kengkadang nampak macam kurang faham, tapi mereka bersedia absorb apa yang kita ceritakan. Justeru, daripada bedtime story yang ntah apa2 memang lebih baik bedtime story kisah2 nabi dan yang ada pengajaran...

    So, Resolusi tahun depan,
    1. mengadakan kad raya aidil fitri dan adha untuk diberikan kepada kawan2/ anak2 kawan2 di UK, untuk mereka turut merasa syiar sambutan kebesaran Islam. Kita kengkadang duk rasa buat apa bazir2 duit bagi kad kat derang, sedangkan mereka tak sambut pun raya kita. Lebih2 lagi, zaman IT ni orang bagi kad kot internet aje. tapi kita risau bila anak2 kiat hias meja kat bilik dia dengan kad2 krismas yang kawan2 dia bagi sebab seronok tgk kad berwarna warni tergantung meriah. Dan kita mula terfikir alangkah baiknya kalau kad tu kad raya Eid.

    Kita yang ignorance sebenarnya dari mewujudkan suasana kemeriahan tersebut. kita hanya sambut sesama kita. tapi kita tak share kemeriahan itu dengan kengkawan bukan islam lain. Lebih teruk bila kita hanya sambut dan merasai kemeriahan di kalangan orang dewasa dan kurang peka dengan keperluan anak2 untuk bergembira di hari raya. Mereka hanya beraya dengan baju raya kalau ada, dan makan2.

    action: boleh import kad raya dari malaysia ke. atau mesir, murah juga kos nya. cuma kalau boleh yang bertulisan rumi yang orang putih boleh baca.

    ada 2:
    a. beri kepada non-muslim
    - yg ni kita boleh usahakan dapatkan dari mana2.

    b. supaya non-muslim beri kepada muslim.
    - yg ni, kena usaha lebih sikit. mungkin boleh usahakan untuk bawa banyak2 dan jual untuk cover cost, mungkin tak payah mahal2 sangat supaya mereka tak susah nak beli untuk hadiahkan kepada kawan2 muslim.
    So, mungkin boleh buat business kad Eid online, hantar sample kad raya free ke rumah2 disertakan url untuk kalau mereka nak beli lebih banyak. boleh juga bagi link ke alamat2 yang jual kad raya di ebay, ke atau kedai2 online lain.
    korporat memang perlu mainkan peranan, sebab kemeriahan krismas di sini mahupun di malaysia atau negara2 lain sebenarnya banyak dimainkan oleh faktor korporat.

    Mungkin cdgn ini nampak cam ntah apa2. tapi saya rasa ini salah satu cara dakwah yang baik untuk membina jambatan untuk bukan islam mengenali Islam dalam cara yang peace and fun.

    saya dah tak de raya depan insha Allah kat dundee . sahabat2 yang masih ada kat sini boleh la teruskan inisiatif ini. saya boleh bantu apa2 yang patut. poskan kad raya dari malaysia ke.

    2. lagu raya untuk kanak2, dan aktiviti raya
    selain takbir, mungkin perlu diwujudkan dan digalakkan kanak2 buat persembahan kisah2 nabi dan, sirah rasulullah dalam suasana yang fun untuk menceritakan sejarah zaman nabi dahulu. part nabi boleh dikreatifkan mcmn nak buat supaya tak perlu berlakon jadi nabi. nasyid2 raya untuk kanak2 juga perlu direka untuk mereka enjoy the celebration. action: boleh contact Aura, atau grup nasyid kanak2 lain, seperti kumpulan Alif ke, cadangkan mereka ciptakan lagu raya, masukkan takbir raya sekali kat dalam tu, baru kanak2 jadi seronok takbir. kiat tak boleh buat semua perkara, so, yang perlukan kepakaran kita minta yang pakar buat.

    Takbir raya OK, cuba takbir raya versi malaysia very sad and not cheerful. Ia supposed to be cheerful sebab meraikan hari kemenangan umat Islam, tapi raya Melayu selalu disinonimkan dengan perkara2 sedih, anak tak balik kampung, anak derhaka, mak yang kesepian. lalu macam satu kemestian lak raya mesti nak kena sedih2, kalau tak sedih tak best.
    sedangkan psikologi anak2, gembira adalah lebh baik untuk perkembangan mereka.
    budaya ini berbeza dengan Arab yang merayakan Eid dengan aktivit yang menyeronokkan. selepas sembahyang raya di sini, saya lihat orang2 Arab bagi2 coklat, belon untuk kanak2. kanak2 suka dapat belon. ia simple tapi bermakna.


    Siapa Allah?

    Allah adalah tuhan Nasrani dan Yahudi juga, menafikannya hanya membina jurang dakwah kepada ahli kitab, dan menipu umat Islam sendiri. Daripada memperjuangkan perkataan itu supaya tidak digunakan oleh Nasrani, kenapa tidak memperhebatkan dakwah Islam menerangkan beza Allah menurut al-Quran dan Allah di mata Nasrani, dan bezakan perincian mana yang lebih layak untuk Tuhan yang Maha Esa.

    Nyatalah kepentingan membezakan Tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah dan Tauhid asma' wa sifat.

    Let say to them, your God and my God is Allah. Could you really accept that your God need to have son to reach the people that He created?

    Could you really accept that your god need to sacrifice himself to clean the people sins? If he really powerful, he could just clean their sin. Why he need to sacrifice himself?
    Is it fair a god sacrifice himself just to clean the people sins while the people keep on doing sins.
    That is the characteristic of worshipper, to sacrifice, not God who could do anything with just one word, 'kun'.
    Where is justice to other people who become the victim of those sins? Is that kind of god just? please open your eyes. Think with your mind.

    And for Muslims also, lets open our mind. lets know our God. Have we understand our Allah enough?

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger