Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, January 05, 2007

    bertafakur di central library - kenangan abah

    Hari ini, saya ke central library untuk study. Sedang saya mengadap laptop di kerusi di tepi ruangan lapang (tempat tu boleh makan sambil2), lalu seorang lelaki tua berkaca mata tebal dengan kerusi roda. Niat saya awalnya ingin membantu dia ke mana dia nak pergi, sebab dia kelihatan agak kesukaran menolak2 lantai dengan kakinya untuk menggerakkan kerusi rodanya.

    Saya bertanya dia, awak nak ke mana? Dia kata nak masuk ke dalam library. Dia cakap dia tak boleh jalan sebab kena stroke. Saya mempelawa untuk menolaknya ke dalam. Dia menolak dengan sopan. Dia tanya saya, apa khabar. Saya jawab baik. Seorang yang sakit sepertinya masih sudi tanya khabar saya. Dia tanya saya dari mana. Saya jawab Malaysia. Cakapnya kurang jelas. Mungkin kerana stroke yang dialaminya.

    Tetiba telefon saya berbunyi. Suami saya menelefon. Ketika menjawab telefon tersebut, dia berlalu dengan menolak2 lantai dengan kakinya. Seperti tadi, kerusi rodanya bergerak arah ke belakang.

    Setelah habis bercakap, saya kembali menatap skrin laptop. Lelaki itu datang lagi. Dia berkata sesuatu yang saya tidak fahami. Setelah berusaha memahami dia, saya rasa dia megucapkan selamat tinggal, sebab dia nak balik dulu. Sungguh bersopan dia. Masya Allah.

    Ada dua perkara yang menyentuh hati saya. Pertama budi bahasa seorang lelaki tua yang lemah dan sakit seperti dia, tapi masih mengambil berat terhadap orang lain, serta berusaha sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk membantu. Padahal, kalau dia nak balik, boleh aje dia balik terus, tapi dia boleh singgah sekejap dekat saya dan mengucap selamat tinggal.

    Kedua, seorang yang sakit stroke seperti beliau masih sudi menziarahi library untuk mencari bahan bacaan, sudah tentu dia bersusah payah dari rumah beliau ke city centre ini untuk ke library. Mungkin terpaksa naik bas. Sedangkan dalam masyarakat kita, bukan kata nak pergi ke library, nak ke masjid pun jarang jumpa yang sanggup bersusah payah.

    Saya terkenang abah saya yang kini telah 2 tahun setengah terlantar di atas katil, koma. Masa sihatnya memang dia sering ke masjid. Hatta masa dah kena stroke pun, dia suruh orang angkat dia untuk ke masjid dan surau Hj Daud, terutama semasa bulan Ramadhan.

    Bila dapat tahu tahun lepas Wan Ripin bgth ummi yang dia nampak abah di masjid sedang duduk diam di tepi dinding berzikir membilang tasbih, dan dia menyapa abah bertanya khabar, tapi abah diam sahaja, saya telefon ummi. Ummi kata, hanya Allah yang tahu. Kita tak tahu, sebab masa sihat beliau, abah memang selalu ke masjid atau surau. Masa sakitnya pun, mungkin hatinya di masjid. Jadi siapa tahu, kalau Allah izinkan dalam terbaring beliau tu, Allah jalankan roh beliau untuk bersama2 jemaah ke masjid. Wallahu a’lam.

    Pada saya, abah terlantar di atas katil ada hikmahnya. Abah seorang yang panas baran, dia anak ketiga, unsur api. Tapi masa beliau sihat, beliau boleh kawal dengan iman dan ilmu. Bila sakit, bercampur dengan simptom penyakit darah tinggi, baran abah makin menjadi2. Susah orang nak jaga beliau, sebab terpaksa banyak bersabar.

    Masa abah kena stroke waktu saya tingkatan 5 dulu, saya setia di sisi abah di wad membacakan Yasin. Ketika abah separuh sedar, beliau kesukaran bernafas. Dia tarik nafas, tapi lidahnya menyekat saluran. Sungguh siksa saya lihat. Saya doa pada Allah, kalau sihat dan sembuh itu baik untuk abah, maka segerakanlah abah sembuh. Tapi kalau pulang ke sisi Allah itu lebih baik untuknya, maka jemputlah beliau dengan baik.

    Alhamdulilah, doa saya makbul. Abah kembali sembuh, sedar, dan bercerita, ketika dia koma 16 hari di wad, beliau melalui suatu pengembaraan. Beliau berjalan di suatu kawasan yang berupa liang2 lahad. Tiada org di situ. Kemudian, abah bertemu seorang berjubah putih. Dia tanya, nak ke mana? Abah jawab, nak ke depan sana. Orang itu jawab. Tak payah pergilah, tak de orang di sana. Di dunia, dah banyak buat amal ke? Abah jawab, adalah sikit2, solat, mengaji Quran. Orang tua itu ajar abah supaya amalkan Ayat2 lazim, dan ajarkan surah Yasin kepada anak2 kecil.

    Selepas sembuh, abah bersungguh amal ayat2 lazim yang telah beliau hafal, tapi dilazimi lagi menjadi zikir. Cucu abah, abah panggil dan ajar surah Yasin. (Mungkinkah ini yang dikatakan harta yang berterusan selepas anak adam itu mati? Ilmu yang diajar, dan doa serta amalan anak2 yang soleh.)

    Selepas saya balik dari Mesir, abah diserang stroke lagi, dan baran abah memang menguji kesabaran. Kasihan saya tengok umi menghadapi situasi itu. Bukan abah yang minta jadi begitu. Bukan juga umi yang minta jadi begitu. Tapi orang yang kena darah tinggi, lebih2 lagi stroke memang mengalaminya. Lagi la situasi menjaga orang tua yang lanjut usia memang diperingatkan oleh Allah dalam Al-Quran supaya anak2 banyak bersabar.

    Anak2 abah balik selalu, ingin berbakti kepada abah. Marah2 abah pun, kami balik juga. Ada juga yang makan hati dengan tindakan abah. Tapi saya faham situasi abah. Bagi saya, selepas abah sakit kali ini, saya makin rapat dengan abah. Saya dah boleh bergurau senda dengan abah, geletek abah, hiburkan abah seperti anak2 kecil, sesuatu yang tak berani saya buat ketika abah sihat dulu.

    Kalau bab2 hukum, abah percaya cakap saya. Mungkin sebab saya lepasan Mesir. Universiti yang abah sendiri mahu saya sambung pengajian ke sana. Ketika berhujah dengan abah, saya akan keluarkan ayat al-Quran atau hadīth nabi sebagai dalil hujah saya. Biasanya abah akan terdiam dan menerima. Maknanya dalam keadaan abah yang separuh waras itu, iman abah pada Al-Quran dan Al-Sunnah masih sangat tinggi dan bersedia menukar pandangannya andai bercanggah dengan ayat Allah itu.

    Saya doa lagi pada Allah, semoga Allah menentukan yang terbaik buat abah. Kalau sihat dan sembuh itu yang terbaik buat abah, maka sembuhkanlah dia. Tapi kalau pulang kepada Allah itu lebih baik, maka jemputlah abah dengan baik. Hanya itu yang saya minta, tapi Allah bagi yang lebih baik dari itu.

    Umur abah masih panjang, usia dan ajal itu telah Allah tetapkan. Belum masanya untuk Allah jemput abah. Tapi kalau abah sembuh pun, orang2 di sekelilingnya mungkin tak dapat bertahan menghadapi tindakan abah yang kadang2 betul2 menguji kesabaran. Jadi keadaan abah sekarang adalah yang terbaik untuk anak2 dan umi jaga abah. Hanya perlu jaga makan pakai, mandi dan bersuci abah. Abah dah tak wājib solat sebab abah dah tak sedar. Masa saya jaga abah dulu, kerja tetap saya adalah mengambilkan wudhuk untuk abah dan memandu abah solat supaya cukup rukun2nya. Abah setia dengan solat. Abah minta jam dinding di letakkan di birai katilnya supaya dia tahu waktu solat dah masuk.

    Umur abah masih panjang. Allah nak bagi peluang anak2 berbakti lagi kepada abah pada sisa usia yang masih tinggal. Saya yakin, walaupun abah kelihatan seperti tidak sedar, siapa tahu, kalau kita bercakap2 di tepinya, abah masih boleh dengar dan faham. Cuma abah tak boleh menjawab. Umi selalu baca Al-Quran di tepi abah. Saya ingin berpesan kepada adik beradik yang di Malaysia supaya menyampaikan salam kemaafan saya buat abah. Saya ingin pulang, tapi jarak dan kewangan tidak mengizinkan.

    Bagi adik beradik yang masih di Malaysia, terima kasih kerana tolong menjaga abah hingga ke saat ini. Abang Pi yang setiap bulan berulang alik ke Terengganu. K Ti, yang setia membantu setiap petang pulang dari sekolah dengan diri pun sibuk dengan keluarga dan anak2. K Bah, yang berusaha juga pulang walau jauh dari KL. K Yah yang setia membantu umi di rumah menguruskan abah. K Mar, yang dengan 6 orang anaknya yang masih kecil2, tidak mudah nak berulang alik ke Dungun, tapi tetap pulang untuk menziarahi dan berkhidmat untuk abah. Manfatkanlah masa yang ada ini untuk kita berkhidmat buat abah yang tercinta.

    Saya merenung lagi betapa Allah memelihara abah di usianya yang tua ini. Abah kuat beramal ketika sihatnya. Stiap pagi abah bangun sebelum masuk waktu subuh untuk bertahajud. Abah menitik beratkan solat berjemaah, menjauhi perkara lagha, abah tak bagi kami tgk TV melainkan rancangan2 yang baik2 sahaja. Lagu2 jauh sekali nak pasang. Masa lapang abah habiskan dengan baca kitab agama dan Al-Quran. Abah hambakan diri kepada Al-Quran, belajar dan mengajar. Walaupun anak2 nampak abah garang, tapi itu tak menjarakkan anak2 dengan abah. Bila abah sakit, anak2 jadi makin rapat. Subahanallah. Itulah petanda Allah jaga abah. Banyak kes yang saya perhatikan, ibu bapa yang baik2, manjakan dan rapat dengan anak2 ketika sihat, tapi bila sakit, anak2 meninggalkan mereka dan tidak menjaga mereka. Tinggallah mereka tidak terjaga kebajikannya.

    Harapan saya, Ya Allah, berilah saya kesempatan untuk berbakti lagi kepada abah, andai saya punya peluang pulang ke Malaysia nanti, insya Allah. Ameen, ya Rabbal alameen.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger