Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, December 29, 2006

    SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA




    Ucapan salam pengganti diri,
    Hari raya menyapa lagi,
    Ibadah korban menyuci insani
    Menaut ukhuwah hati ke hati,

    Aidil adha membuka lebaran,
    Semangat pengorbanan meresap perasaan,
    Maaf Zahir batin dipohonkan,
    Semoga ukhuwah berpanjangan,

    Wednesday, December 27, 2006

    audio book

    Hari ini, saya ke library council kat simpang Blackness Avenue ke perth road, dengan niat untuk study di situ. Komputer hanya boleh guna 2 jam sekali booking untuk membolehkan lebih ramai orag menggunakannya jika ramai orang, nanti, kalau tak de orang, saya boleh renew balik.
    Saya jumpa iklan pinjaman audio book.

    Rest your eyes, treat your ears, listen to a good book while .. sunbathing, driving, cycling, in the gym, jogging, ironing, cooking etc.

    Pendekatan yang bagus untuk mengisi masa lapang dan memaksimumkan penggunaan masa. But kerja lain sambil mendengar buku. (bukan membaca buku, tapi mendengar buku). Ada orang lain yang tolong bacakan dan kita dengar sahaja. Konsep ini juga digunakan dalam pengiklanan. Secara kita tak sedar, info atau maklumat itu masuk ke otak kita, tanpa kita bersusah payah mengerjakan mata untuk menterjemah baris2 huruf dan perkataan untuk memahami maksud penulis. Dengan bacaan dan intonasi pembaca, membantu kita lebih memahami dan menghayati apa yang nak disampaikan dalam sesuatu buku.

    Hmm. Idea yang menarik untuk convertkan buku2 ilmu agama ke dalam audio book!!! Jadi boleh DENGAR buku sambil buat kerja2 lain… menarik bukan!! Tiada alasan lagi tak cukup masa nak baca buku dan menimba ilmu Allah. Manfaatkan teknologi untuk efektifkan amal kita.

    Monday, December 18, 2006

    fakta ttg snow

    Winter tahun ni datang agak lambat, awal Disember, pepohon masih berdaun hijau.
    Saya check weather forecast. snow masih belum menunjukkan diri.

    mari tgk sdikit fakta berkaitan snow.

    What is Snow?
    Snow is not frozen rain. Snowflakes are created inside clouds by tiny ice crystals colliding and sticking together. Most snowflakes melt on their way to the ground and fall as rain. Only when the air near the ground is cold enough will snowflakes fall as snow. All snow crystals are six-sided (hexagonal) and no two snow crystals have ever been found to be identical. Some snowflakes can grow to be 5-7 cm (2-3 in) across. When fresh snow is moist enough to stick together, snowrollers may form on hillsides or in large fields. A ‘snowroller' is like a cylindrical snowball in shape and is blown by winds of more than 32 km/h (20 mph) until it grows too large to travel any farther. Snowrollers can reach nearly 1.5 m (4 ft) in diameter. Snow can be Wet or Dry
    When it is very cold, "dry" snow falls - the ice crystals do not stick together easily and the snow is fine and powdery - in very cold dry conditions ‘diamond dust' ice crystals may fall. At less cold temperatures near freezing point, "wet" snow falls and large snowflakes form, especially if there is no wind. There are lots of different types of snow, as skiers know only too well. The Inuit people of the Arctic have lots of different words for snow as they live among it all year round and so understand it extremely well.

    Wednesday, December 13, 2006

    Monolog seorang researcher

    Wahai diri…

    Ingatlah tatkala kau ingin keluar rumah setiap pagi, Nabhan menangis2 mengiringi pemergianmu. Meronta2 dia ingin mengikutimu. Besarnya pengorbanan seorang anak melepaskanmu pergi. Nabhan perlu bersabar setiap hari menunggu kepulanganmu. Nabhan anak yang baik sanggup menukar cara hidupnya, tidur siang dan berjaga malam kerana ingin bersama mu. Pukul 3.30 pagi dia akan bangun dan ingin bersam mu walaupun sekadar makan dan menonton TV. Tidak kah kau mengerti betapa seorang anak kecil itu mendambakan kasih saying dan belaianmu?



    Tidak kah kau fikirkan pengorbanan yang Syahida berikan dengan meninggalkan kampung halaman dan datang membantumu menjaga anakmu. Ketepikan segala hal2 yang telah dilakukannya, tapi dengan keberadaannya di sini, telah memberikanmu ruang yang banyak untuk study dengan selesa. Sepatutnya kau menggunakan waktu itu semaksima mungkin untuk studymu.



    Tidakkah kau mengerti pengorbanan suamimu yang sanggup bekerja sebagai customer servis kerana menunggumu study di sini. Kalau dia mementingkan dirinya, dia boleh balik ke Malaysia dan memulakan kariernya sebagai pensyarah yang menjanjikan carier development yang lebih baik. Tapi dia sanggup bersama mu di sini untuk memberi sokongan dan dorongan kepada mu.



    Tidakkah kau ingat betapa banyak Allah telah memberikan nikmat dan kemudahan kepadamu untuk meneruskan hidup ini. Banyak nusrah telah Allah berikan. Justeru, teruskan ibadah dan munajat kepada Allah sebagaimana yang pernah kau lakukan suatu waktu dulu. Dan tingkatkan usahamu di waktu yang masih tersisa ini. Untuk kau capai yang terbaik dalam pengajianmu.



    Ingatlah. Kau masih ada 3 bulan sebelum bayi mu yang kedua lahir, yang akan membutuhkan perhatianmu yang lebih. Dia juga akan memerlukan perhatian, kasih sayang, sentuhan, pendidikan dan belaian mu, sebagaimana juga Nabhan. Justeru, manfaatkan 100 hari yang masih tersisa ini sebaiknya….



    Ya Allah, permudahkanlah pengajianku.
    Kurniakanlah aku idea2 yang bernas dalam menempuhi kajianku. Kurniakanlah aku dan sahabat2ku kejayaan yang cemerlang dalam pengajian kami. Lancarkanlah kajian kami. Sucikanlah niat kami membuat kajian ini hanya untuk meraih ilmumu Ya Allah…
    Rabbbana zidna ilma, rabbana zidna ilma, rabbana zidna ilma….


    Ameen Ya Rabb..

    Monday, December 11, 2006

    Kismas dan Eid - mana yang meriah?

    Semalam, saya ke Taza bersama Shd dan Nabhan. Meraikan adik2 yang buat majlis. Semasa menunggu bas di kepala Peddie Street, saya bertanyakan dua wanita di situ (seorang tua dan seorang pertengahan usia) tentang tempat yang sepatutnya saya turun dan harga tambang. (Saya jarang naik bas)

    Setelah mendapat info yang berkaitan, saya berbual2 dengan mereka tentang persiapan Krismas yang bakal mereka rayakan. Kedua2 wanita ini sangat friendly dan baik. Itu sifat majority orang2 Scottish. Sentiasa tersenyum dan bersedia membantu. Wanita 1 malah menawarkan kepada saya untuk turun bersama beliau di tempat yang saya nak pergi dan tunjukkan tempatnya.

    Saya: How’s your preparation for the Cristmas?” (Agak saya mestilah mereka gembira)
    Wanita 1 (tua) : Ooo.. horrible. It’s a nightmare.
    Saya agak terkejut
    Saya: You must feel excited because the Chrismas is gettiong nearer.
    Wanita 1 (tua): Oooh, I felt excited when I was small like this (tunjuk pada Nabhan). But now, I feel terrible. I need to prepare the present for the youngs and every thing. Its better if it will never be Cristmas every year. Do you celebrate Cristmas?
    Saya: No, I celebrate Eid. It’s a kind of celebration like Chrismast for Muslim. (senyum)
    My cousin is very excited to see the decoration they have for the Christmast, the X-mas tree, lights, balls, etc. (saya saja memuji sambutan xmas diorang untuk mencungkil cerita)
    Wanita 1: Ooh, that’s only fake. They used to bring the oroginal trees from [somewhere].
    Saya: You are lucky because you celebrate Christmas in winter here so, you might have snow, you call it white Christmas isn’t it? They who live in south like Australia celebrate Xmas in summer, so they had to make fake snow on their tress.
    Wanita 1: Yeah, White Chrismas. But I hate snow. It is so cold. I’d preferred warm.
    Saya: (Hmm tak sangka lak depa tak suka. Yang kita ni excited sangat dengan salji)
    So, how you celebrate your Xmas? Do you have your family gather at your place or your friends visit you?
    Wanita1: On the Xmas day I just celebrate with my husband. I use to go abroad to celebrate in Spain or [somewjere else in other warmer country]. But this year we just celebrate it here. So it will be very dull.
    Saya: Oooh, what about the second day? Are you going to visit your friends?
    Wanita1: Yeah, yeah, (acuh tak acuh). What about you how you celebrate your eid?
    Saya: We usually very excited when the Eid is coming. We will prepare a lot of foods before the Eid, because on the day, our friends and families will visit us and we will go to their places.

    Wanita1: Ooo, (senyum)
    (Chatting berlanjutan)

    Tapi dari perbualan itu, saya rasa bersyukur menjadi Muslim. Walaupun dari segi advertisement, Krismas kelihatan lebih meriah, dengan Santa Klaus, dengan hiasan2 pokok krismas, lampu2, snow flake yang bentuk macam bintang tu, dll, sedangkan kita tidak begitu menitik beratkan sangat kepada hiasan2 ini. Cuma adalah sikit2 kalau raya, ganti langsir, hias la rumah dengan kad2 raya, gantung ketupat, pelita raya kat halaman rumah dll, tu kalau kat Malaysia la.

    Dan kalau pasal raya kita pula, selalu disiarkan kat iklan tentang golongan2 susah, anak2 yatim yang tiada ayah. Orang2 tua yang terbiar. Raya mereka tidak sepertinya. Tiada baju raya dll. Biasanya ditonjolkan kesedihan. Sedangkan dalam filem2 Krismas, ditonjolkan kegembiraan, mendapat hadiah dari Santa Klaus, dll.

    Tapi sebenarnya jauh dalam jiwa, raya kita lebih bermakna. Raya kita bererti dengan pengabdian dan ibadah kepada Allah. Kita bertakbir, suasana takbir itu meriah. Kita beramai2 ke masjid di pagi raya untuk menunaikan solat sunat dua rakaat. Kita berpakaian serba baru, yang paling baru dan elok kalau pun tak de baju yang belum dipakai. Kita sediakan makanan dan juadah untuk menyambut keluarga dan rakan2 datang ke rumah. Kita mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan di rumah mereka. Anak2 kecil menerima duit raya (hadiah).

    Di pagi raya, kita bersalaman dengan ahli keluarga sambil memohon maaf atas segala dosa dan keterlanjuran yang pernah dibuat.
    Sungguh , raya kita meriah. Dan kita tak perlu berbelanja besar untuk merasai kemeriahan itu sebenarnya.

    Raya kita layak diraikan oleh semua orang. Tapi Krismas hanya dapat dinikmati kemeriahannya oleh orang2 kaya. Orang2 yang kurang berada seperti wanita itu (saya agak dia tak kaya sangat, sebab kawasan tu adalah rumah council tempat tinggal orang2 tua ) tidak merasakan kenikmatannya meraikan Krismas. Malah Krismas adalah bebanan. Terpaksa sediakan hadiah2 yang menjadi wajib bagi mereka lantaran dongeng Santa Klaus pemberi hadiah yang mereka wujudkan. Setiap tahun, setiap org kena sediakan hadiah. Tapi hadiah2 ini kengkadang berakhir dengan mereka tidak memerlukannya dan banyak yang saya lihat di carboot atau di ebay, barang2 yang dijual murah2 sebagai ‘new, unused, unwanted gift’. Bermakna, hadiah bagi mereka tidak lah begitu bererti lagi. Tidak seperti kita yang kalau mendapat hadiah, terasa sangat seronok dan akan simpan sebagai kenangan, seterusnya merapatkan ukhuwah yang terjalin.

    Rasulullah s.a.w pun menggalakkan kita saling memberi hadiah. “Tahaduu, tahabuu”(Berilah hadiah, dan kamu berkasih sayanglah). Rasulullah pernah menerima hadiah 3 biji limau masam. Rasulullah makan di hadapan sahabat2nya hingga habis ketiga2 biji limau itu seperti sangat enak. Sahabat merasa hairan kenapa Rasulullah tidak mempelawa mereka makan sama. Kemudian, setelah pemberi hadiah berlalu, Rasulullah menjelaskan bahawa limau itu sangat masam. Tapi Rasulullah ingin menghargai pemberian si pemberi, maka Rasulullah makan hingga habis. (Kalau sahabat lain makan, mungkin muka mereka akan berkerut2). Jadi begitulah Rasulullah mengajar kita agar menghargai pemberian orang. Jangan pula dicela atau dikomen pemberian orang di hadapan tuannya yang akan mengecil hati beliau. Bagaimana agaknya akhlak kita dalam menerima hadiah orang? Pernahkah kita komen pemberian orang kalau ia sesuatu yang kita tak suka, atau paling kurang menunjukkan wajah tidak gembira?

    Jadi, kembali kepada budaya perayaan Krismas tadi. Orang yang kaya akan mampu menyediakan hiasan2 yang ‘palsu’ tersebut di rumah2 mereka untuk menimbulkan kemeriahan. Tapi orang2 miskin, akan merasakan Krismas mereka tidak bercahaya. Sedang kita dengan zakat fitrah yang dikutip dari setiap individu akan diagih2kan kepada fakir miskin untuk membolehkan mereka semua menikmati kemeriahan hari raya seperti orang lain juga. Bayangkan bagaimana perasaan mereka mendapat pemberian dalam keadaan mereka sangat memerlukan dan kekurangan. Bukankah itu suatu kegembiraan?
    Bila dijemput pula beraya di rumah2 orang, mereka juga tidak ada bezanya dengan orang lain yang mampu beraya. Mereka juga boleh meraikan orang yang datang berkunjung ke rumah mereka, tak perlu membazir2 dengan hiasan2 yang tidak boleh dimakan, cukup kalau mereka mampu mengangkat air sejuk atau biskut kering ketika tetamu datang beraya di rumah, tapi kunjung mengunjung ziarah itu sangat bererti dan meriah dalam hari raya kita.

    Justeru, kembali kepada budaya ziarah kita yang dah makin kurang di tanahair. Saya kata di tanah air, sebab kalau di luar Negara, kita masih ada budaya itu yang di pupuk oleh badan kebajikan pelajar. Kita lebih rapat sebab berada di perantauan. Rumah terbuka, sambutan hari raya beramai2 dsb. Hari raya pun tak ada siaran2 istimewa di televisyen.

    Tapi di tanahair kita kengkadang, pada hari raya pertama remaja terutamanya, gemar menghabiskan hari raya mereka di depan televisyen menonton rancangan2 yang ‘seronok’ katanya. Lalu berlalulah hari raya dengan mengorbankan pahalaberganda2 yang sepatutnya dapat dikutip dengan berziarah ke rumah orang lain.

    Begitulah. Hari raya Aidilfitri dan Krismas. Kita kengkadang tidak menghargai apa yang ada pada diri kita. Tapi bila menjenguk hakikat yang orang lain ada, kita sesungguhnya patut bersyukur…

    Wednesday, December 06, 2006

    Graduation abang

    Alhamdulillah, Abang telah berjaya dalam pengajian PhD beliau, tinggallah saya pula untuk mengharungi jalan yang penuh duri ini. Bagaimana? Wallahu a'lam. Yang pasti saya tak mampu mengikuti caranya yang memang tak dapat saya ikuti. Abg baca buku tak payah catat.

    Kepalanya boleh ingat fakta2 yang dibaca walaupun tak hafal. Dia hanya perlu lipat pages buku yang mengandungi info2 yang diperlukan sedangkan saya perlu menanda dengan pensel mana ayat yang mengandungi info2. Allah beri kelebihan kepada Abang. Alhamdulillah...

    Abang kuat ingatan, sedangkan saya agak lemah. Begitulah Allah menyediakan jodoh kita yang saling lengkap melengkapi. Bila kengkadang ada rasa tak enak dalam rumah tangga, saya segera insaf bahawa rumah tangga ini saya bina, bukan atas dasar kerana dia apa2. Tapi semata2 kerana saya yakin jodoh kami adalah ketentuan Allah, Allah memberikan yang terbaik buat saya. Justeru, kenapa saya tidak mahu meyakini dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini?


    gambar dalam dewan graduation


    Jumaat yang lalu graduation PhD abang. Saya masih ingat pengalaman pertama kali bergraduation masa abang mendapat master dulu. Habis abang saya make-up dan siapkan pakaian. Hehe, tapi kali ini, abang kena bersiap sendiri, kerana saya perlu siapkan diri saya sendiri dan si kecil. Tak pe lah.


    bergambar bersama graduan lain di taman


    Abang adalah anatara 4 orang yang menerima ijazah kedoktoran (PhD) dalam majlis tersebut. Selain itu ada 5 orang lagi yang menerima ijazah sarjana (MLitt).

    dalam bilik majlis bersama tenaga pengajar

    Tahniah abang, doakan saya untuk mengikuti jejak langkah abang dalam menimba ilmu Allah di maya pada ini...


    Malamnya,graduates diraikan dengan jamuan makan malam di restoran Matka Masala. Nabhan pun ikut sekali tetapi dia dah penat benar dan mengantuk, sebelum starter sampai, dia dah mengambil tempat untuk tidur hingga lah, majlis makan selesai. Alhamdulillah, bagus juga. Senang ummi nak makan. :)



Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger