Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Sunday, April 30, 2006

    nabhan study


    Gambar ini sebenarnya dah agak lama. Waktu Nabhan 15 bulan.

    Suatu hari kami ke carboot. Jumpa tent kecil dengan meja kecil. Belikan untuk Nabhan. Dia dah minat menulis dan membaca sekarang. Kesian duk meniarap atas lantai menulis.

    Balik rumah, saya susun tepi bilik. Nabhan sungguh excited. Dia masuk dalam khemah dan menulis di atas meja. Rajin dia study.



    tengah study sebelah khemah


    sambung study lepas break


    Saya tambah 4 keping kusyen dalam khemah, cadarkan dan taruk bantal serta duvet kecil. Bilik kecil untuk Nabhan. Mungkin telah sampai masa untuk pisahkan Nabhan tidur dari saya.

    2-3 malam dia tidur dalam tu. Kemudian, balik asal, sebab musim masih winter. Tepi dinding tu agak sejuk. Malam2 dia akan terjaga dan menangis. Mungkin masuk spring nanti boleh cuba lagi.

    Nak tidurkan kenalah saya masuk sama, sebab dia menyusu sebelum tidur. Muat pulak saya tidur dalam khemah kecil tu dengan dia. Bukan sahaja saya muat. Abah dia pun muat! Kecil-kecil cili api. Macam Tardis dalam cerita Doctor Who. Kecil di luar, besar di dalam.

    Wednesday, April 26, 2006

    beri kepercayaan kepada anak anda

    Bayi 8 bulan ke atas telah mula belajar dan mengikuti gerak geri ibu bapanya atau orang di sekelilingnya. Mereka mudah belajar dari perbuatan berbanding lisan. Mereka suka cuba buat sendiri. Makan sendiri, minum sendiri, jalan sendiri, pakai sendiri dan segala-galanya sendiri walaupun mereka tak berjaya. Memberi kepercayaan kepada mereka akan menambah inkuiri untuk mencuba sendiri dan membina keyakinan diri kepada mereka untuk terus belajar.

    Nabhan dah boleh diharap menolak troli berisi pinggan mangkuk ke ruang tamu untuk diisi dalam almari. Dia tolak dan saya kawal kepala troli agar tidak melanggar dinding dan pintu. Dia gembira dapat membantu umminya. Ditambah pujian2 yang kita berikan, sengihnya semakin melebar dan jelas kepuasan di wajahnya dpaat membentu ummi menolak troli.

    Step by step. Bermula dengan tolak troli. Kemudian saya minta Nabhan ambil cawan-cawan dari troli bawah bagi kepada saya dan saya susunkan dalam almari. Kemudian, Nabhan nak susun sendiri, jadi saya bagi dia susun atas rak paling bawah. Saya Bantu lengkapkan susunan, tapi tak cuba mengangkatcawan2 itu ke rak atas supaya dia dapat lhat hasil kerjanya. Selepas berjaya susun semua cawan di situ, jelas kepuasan di wajahnya. Senyum meleret menerima pujian dari saya.

    Sebagai ibu, kita boleh sertakan bayi kita dalam apa jua yang kita buat. Mereka gembira dan rasa dipercayai.



    Nabhan bantu ummi masukkan kain dalam mesin basuh, menarik keluar kain dari mesin untuk dijemur, menolak bakul berisi kain ke tempat jemuran. Semuanya dibuat bersama umminya. Puji-pujian tidak lekang di bibir umminya untuk memberi dorongan dan rangsangan kepadanya.

    Yelah, takkan kita nak biar dia buat sendiri. Kita buat juga, tapi sertakan dia sekali.

    Bila posmen hantar surat di pintu, dia akan bergegas ke pintu. Kekadang dia ambilkan surat bagi pada ummi atau abah. Kadang-kadang dia biar saja.

    Ketika saya masak di dapur dia suka juga ‘mengemaskan’ barang-barang dalam almari. Bawa keluar dan main. Saya biarkan sahaja. Mudahan dia dapat membina kreativiti dengan alat-alat yang digunanya itu. Dia buat gendang. Dia kacau senduk dalam periuk sebagaimana dia tengok ummi buat.

    Kita hanya perlu kawal dengan mata sahaja. Kalau ada yang merbahaya seperti pisau, benda2 panas, elektrik dsb. Kita perlu larang. Jelaskan kepadanya bahawa itu bahaya, dan kenapa ia bahaya. Buat wajah cemas dan ngeri. Mungkin mula-mula dia tak faham. Tapi lama2 dia akan belajar sendiri. Dan turut belajar vocab yang kita tuturkan kepadanya. Ini lebih baik dari kita hanya memarahinya dan berkata JANGAN.

    Anak2 yang membesar dengan perkataan jangan semata dari ibu bapa tidak faham kenapa perkara itu JANGAN.
    Perkenalkan juga benda-benda bahaya. Dia akan belajar. Kalau dia nampak beria sangat nak pegang periuk panas. Bagi dia rasa sikit. Sekali rasa sakit, dia akan tahu periuk itu bahaya.

    Friday, April 21, 2006

    post-khitan

    Hari ini saya makin lemah. Tapi saya dah janji dengan K A untuk jemput keluarganya untuk dating lunch di rumah. Jadi gagahkan diri juga masak apa2 yang patut. Goreng keropok. Buat agar2. Goreng ikan salmon dan siram sambal merah. Ayam Kung Pao. Stim sayur. Boleh la.

    Allison datang berdua. Setelah cek Nabhan, dia tanya saya apa2 yang saya risau tentang Nabhan. Saya rasa tak ada apa yang dirisaukan. Hari ini Nabhan sungguh aktif dan ceria. Mungkin sebab dirinya dah ‘suci’. Dah boleh jadi imam, dah boleh kahwin, kata abahnya. Hehe. Setelah menghirup jus oren yang saya hidang, dan berbual-bual seketika. Allison dan temannya mengundur diri.

    Benar. Wajah Nabhan nampak makin manis hari ini. Dia asyik tersenyum aje menampakkan baris giginya yang putih. Sungguh ceria….

    Tapi malam ni badannya panas. Lepas susu tadi muntah. Lepas bagi ubat pun muntah. Nabhan kelihatan lemah. Saya tidurkan dia dan masukkan dalam buai. Kedengaran dia batuk-batuk kecil.

    Nabhan berkhitan

    Semalam Nabhan berkhitan di Ninewells Hospital.

    Sehari sebelum itu saya diminta untuk menelefon ke hosp untuk sedikit makluman tentang apa yang patut dibuat pada hari tersebut. Nabhan kena puasa. Makan sebelum 7 pagi. Susu sebelum 8 pagi. Minum air atau jus sebelum 10 pagi. Hadir ke hosp pukul 11 pagi.

    Dua pelajar perubatan datang buat pemeriksaan ke atas Nabhan. Mungkin yang ambil paediatric agaknya. Kemudian, nurse bubuh krim di kedua2 belakang tangan Nabhan dan tampal plastic atasnya supaya belakang tangannya kebas untuk proses memasukkan jarum ubat nanti untuk general anaesthetic.

    Seorang nurse datang bawakan menu untuk makan petang itu, supaya saya pilihkan makanan yang dikehendaki. Kami pilih yang vegetarian.

    Giliran Nabhan ke empat. Lima orang semuanya. Seorang budak inggeris, dalam 10 tahun gitu kot umurnya. 3 orang muslim termasuk Nabhan, Abdul Aziz, 7 bulan, dan Farhan. Seorang lagi bayi inggeris, Samuel, 12 bulan, rasanya bukan Muslim.

    Bukan sahaja Muslim yang buat circumcision kat sini, bukan muslim pun dah mengambil langkah untuk menyunatkan anak mereka menyedari kebaikan dari sudut kesihatan yang diperolehi.

    Saya teringat bagaimana isu sunat dijadikan bahan untuk menakut2kan orang untuk masuk Islam suatu masa dulu di Malaysia. Sedangkan banyak kebaikannya bersunat ni.

    Jam telah pukul 12.30. Lagi 2 jam menunggu giliran Nabhan. Saya pula berat mata dan badan sebab pagi tadi makan ubat sakit kepala. Ingat nak balik boleh baring2 kejap. Bgth nurse boleh tak nak balik. Di amungkin perasan saya dah agak boring. Seketika kemuidan, datang seorang nurse ajak kami bersembang. Bgth apa2 yang patut tentang circumcision tersebut. Tanya asal kami, dan lain. he main point ialah mengelakkan kami rasa boring. Hmm.. mantap perkhidmatan mereka.
    Nabhan pula sungguh seronok bermain dengan toys yang disediakan di bilik menunggu. Dia suka main kereta mainan besar yang boleh dipandu kat tepi dinding. Selain itu dia suka explore bilik2 kat ward tersebut. Tu yang jenuh sikit nak kena kejar dia. Pukul 1.30 Nabhan menangis mengamuk2 dan berguling2 atas lantai. Tak pernah dia buat begitu sebelum ni. Rupanya lapar. Bila saya dukung dan riba, dia tarik2 dan masuk bawah tudung. Baru saya tahu yang dia lapar. Nak buat camne. Nak kena puasa la jugak. Cuba calm kan dia.

    Saya solat zohor kat tepi katil ward tersebut.

    Kemudian tolak2 dia atas kereta mainan sambil alunkan zikir. Dia masih menangis. Abdul Aziz yang telah keluar dari theatre menangis2. Nabhan terdiam seketika melihat Abdul Aziz. Ibunya kata Dr terpaksa masukkan wayar melalui kerongkongnya ketika membuat operasi. Nurse ke hulu ke hilir cuba membantu. Bawakan susu, makanan. Dia masih menangis. Nurse bawakan DVD player. Abdul Aziz diam menonton DVD. Hehe. Kelakar campur kagum pulak melihat kesungguhan nurse2 untuk meraikan pesakit. DVD player pun ada!.
    Giliran Farhan pula masuk theatre. Ibu bapanya menunggu di sisi katil kosong. Guar terlukis di wajah.

    Nabhan yang duduk dalam kereta mainan terlentok2. Dah mengantuk. Saya angkat dan riba. Kasihan dia. Saya yang dah makin penat bersandar sambil cuba melelapkan mata seketika sebelum anaesthetist datang dan meminta saya bawa Nabhan ke bilik Anaesthetic.

    Bila dia nak masukkan topeng gas pelali Nabhan terjaga dan menangis. Sekejap Cuma kemudian terus terkulai setelah menyedut gas tersebut. Nabhan saya baringkan atas katil untuk proses seterusnya, Anaesthetist tersebut suruh saya beri good bye kiss. Sedih pulak rasanya nak tinggalkan dia di situ. Ibu bapa tak boleh masuk sekali sebab biik theatre tersebut di steril dan bebas dari kuman. Nurse pun tak boleh masuk. Hanya yang terlibat sahaja berada di dalam.

    Tunggu punya tunggu, abang pun datang. Sepatutnya abang menghadiri seminar in Multiculturalisme di Institut hari ini. Tapi saya agak risau bila Abdul Aziz tadi menangis2 bila keluar dan saya minta abang dating, in case kalau ada apa2 berlaku nanti.

    Farhan pun merengek2 atas katil bersama ibunya. Mungkin kurang selesa. Sakit dsb.
    Lebih kurang setengah jam. Anasthetist tadi datang sambil mendukung Nabhan. Nabhan tidur sungguh lena. Apabila saya menyambutnya dari tangan Anaesthetist tadi, ada bau gas pelali dari mulutnya ketika bernafas. Dia tidur sungguh lena. Saya letakkan atas katil pun tak terjaga. Ingat nak bagi susu. Dah dia tidur. Tunggu la dia bangun dulu.

    Giliran Samuel pula masuk theatre.

    Agak lama tidur, Nabhan terjaga. Terus bangun dan pandang sekeliling. Bulat mata memerhati persekitaran. Tak menangis. “Dah!” Suaranya kuat melihat abahnya di depan katil. Alahmdulillah, dia tidak kelihatan sakit. Saya hulurkan toys yang telah tersedia atas katil supaya dia main. Dia boleh duduk tapi kemudian tumbang. Mungkin punggungnya masih kebas. Dia nak turun dari katil tapi saya tak bagi, sebab dia masih belum boleh jalan betul. Asyik terjatuh2 aje. Kebas masih ada.

    Anaesthetist tadi dan Dr Kazmi(Muslim) yang menjalankan operasi ke atas Nabhan dan lain-lain datang menjenguk dan bertanya khabar. Sungguh baik dan ramah.

    Nurse datang bawakan makanan. Roti Sandwich dengan keju cheddar. Nabhan makan dengan begitu selera sekali. Lapar betul dia. Dia menyedut air sejuk dengan straw. Kemudian Nurse bahagian hidangan datang bawakan makanan. Vegetable risotto, baked potato, baked bean, vegetable soup, apricot crumble dan custard. Saya yang turut lapar makan sama. Sedap…

    Kanak2 yang sebelum Nabhan telah pulang. Tinggal Nabhan dengan Samuel sahaja. Nurse datang test pulse dan oksigen di kaki Nabhan. Nabhan yang dah boleh berjalan dah tak nak duduk atas katil. Nak berjalan. Dukung pun tak nak. Nurse datang bawakan ubat dan gel untuk kebaskan bahagian operasi. Esok nurse nama Allison akan datang ke rumah melihat perkembangan Nabhan. Kami pun pulang ke rumah.

    Tips membaca tulisan arab/ jawi dalam emel.

    Pernah melihat tulisan Arab dalam emel anda menjadi ulat2? Bagaimana membaca tulisan Arab dalam emel anda?

    pergi ke menu atas kat firefox,
    >view
    >character encoding
    >arabic(windows-1256).

    dalam internet explorer pun lebih kurang sama je

    Monday, April 03, 2006

    Anak itu harta...

    Bagaimana mendidik anak2 menjadi taat kepada ibu bapa?

    Bersyukurlah dengan anugerah anak yang dikurniakan Allah...

    Anak itu harta di dunia dan di akhirat. Usah menghadkan kelahiran anak2... Setiap anak yang lahir Allah tentukan rezeki untuk mereka.

    Anak lahir ibarat kain putih. Kitalah yang mencorakkannya...

    Buat anak2...Syurga di bawah tapak kaki ibu...

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger