beri kepercayaan kepada anak anda
Bayi 8 bulan ke atas telah mula belajar dan mengikuti gerak geri ibu bapanya atau orang di sekelilingnya. Mereka mudah belajar dari perbuatan berbanding lisan. Mereka suka cuba buat sendiri. Makan sendiri, minum sendiri, jalan sendiri, pakai sendiri dan segala-galanya sendiri walaupun mereka tak berjaya. Memberi kepercayaan kepada mereka akan menambah inkuiri untuk mencuba sendiri dan membina keyakinan diri kepada mereka untuk terus belajar.
Nabhan dah boleh diharap menolak troli berisi pinggan mangkuk ke ruang tamu untuk diisi dalam almari. Dia tolak dan saya kawal kepala troli agar tidak melanggar dinding dan pintu. Dia gembira dapat membantu umminya. Ditambah pujian2 yang kita berikan, sengihnya semakin melebar dan jelas kepuasan di wajahnya dpaat membentu ummi menolak troli.
Step by step. Bermula dengan tolak troli. Kemudian saya minta Nabhan ambil cawan-cawan dari troli bawah bagi kepada saya dan saya susunkan dalam almari. Kemudian, Nabhan nak susun sendiri, jadi saya bagi dia susun atas rak paling bawah. Saya Bantu lengkapkan susunan, tapi tak cuba mengangkatcawan2 itu ke rak atas supaya dia dapat lhat hasil kerjanya. Selepas berjaya susun semua cawan di situ, jelas kepuasan di wajahnya. Senyum meleret menerima pujian dari saya.
Sebagai ibu, kita boleh sertakan bayi kita dalam apa jua yang kita buat. Mereka gembira dan rasa dipercayai.
Nabhan bantu ummi masukkan kain dalam mesin basuh, menarik keluar kain dari mesin untuk dijemur, menolak bakul berisi kain ke tempat jemuran. Semuanya dibuat bersama umminya. Puji-pujian tidak lekang di bibir umminya untuk memberi dorongan dan rangsangan kepadanya.
Yelah, takkan kita nak biar dia buat sendiri. Kita buat juga, tapi sertakan dia sekali.
Bila posmen hantar surat di pintu, dia akan bergegas ke pintu. Kekadang dia ambilkan surat bagi pada ummi atau abah. Kadang-kadang dia biar saja.
Ketika saya masak di dapur dia suka juga ‘mengemaskan’ barang-barang dalam almari. Bawa keluar dan main. Saya biarkan sahaja. Mudahan dia dapat membina kreativiti dengan alat-alat yang digunanya itu. Dia buat gendang. Dia kacau senduk dalam periuk sebagaimana dia tengok ummi buat.
Kita hanya perlu kawal dengan mata sahaja. Kalau ada yang merbahaya seperti pisau, benda2 panas, elektrik dsb. Kita perlu larang. Jelaskan kepadanya bahawa itu bahaya, dan kenapa ia bahaya. Buat wajah cemas dan ngeri. Mungkin mula-mula dia tak faham. Tapi lama2 dia akan belajar sendiri. Dan turut belajar vocab yang kita tuturkan kepadanya. Ini lebih baik dari kita hanya memarahinya dan berkata JANGAN.
Anak2 yang membesar dengan perkataan jangan semata dari ibu bapa tidak faham kenapa perkara itu JANGAN.
Perkenalkan juga benda-benda bahaya. Dia akan belajar. Kalau dia nampak beria sangat nak pegang periuk panas. Bagi dia rasa sikit. Sekali rasa sakit, dia akan tahu periuk itu bahaya.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home