Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, March 21, 2007

    Di ambang bayi baru

    Salji di Dundee
    Isnin lalu, salji turun membentuk lapisan nipis di atas padang rumput di belakang rumah dan di atas kereta yang berjujuran di tepi jalan. Indah pula pemandangan dalam mode sejuk begini. Salji kelihatan indah dan macam best kalau lihat dalam cerita2 jepun atau korea. Tapi sebenarnya kalau duk kat tempat tersebut, menyucuk2 sejuk hingga ke tulang hitam, Allah sahaja yang tahu. Jangan le nak tak pakai sarung tangan. Macam nak kejang jemari.

    Hujan batu
    Semalam, Selasa, pulang dari GP, saya jalan dengan Nabhan ke rumah Siti. Hujan batu turun sekejap, tak banyak, sikit sahaja, tapi sejuknya mencucuk tulang, Agaknya suhu, cam kita duduk dalam peti sejuk la. Kesian Nabhan, sejuk dia, say aterlupa bawa sarung tangan dia. Tapi dia sebagai budak tetap excited berlari2 anak di kaki lima jalan itu.

    Cek darah
    Hari ni saya ke Nines. Cek darah lagi. Minggu lepas kena ambil 2 pack venafair (tak tahu mcmn eja sebenar) iron. hemoglobin dalam darah rendah. Lepas hari kedua tu rasa bertenaga sikit. Larat la nak ke ALMI. Lepas tu saya lepak kat rumah baca buku sambil jaga Nabhan. Makin tak larat ni makin banyak pula ragam dia. Nak itu dan nak ini. Sabar aje lah. Sindrom kanak2 nak dapat adik...

    Nabhan baik
    Hari ini (Rabu) hantar Nabhan ke rumah Sajdah. Pagi tadi makan nasi dengan sup ekor lembu yang saya buat semalam. Habis semangkuk. Nabhan memang penggemar sup. Semasa hantar ke rumah Sajdah, dia baik pulak abang kata. Turun dari kereta salam dengan umi tak merengek macam biasa. Babai pun muka macam blur aje. Sampai di pintu rumah Sajdah abang kata dia masuk sendiri, tak menangis macam biasa. Saya harap dia baik2 main dengan Maarouf dan Muhammad hari ini. Mungkin hari ini hari terakhir dia ke rumah Sajdah.

    Mak abah sampai
    Hujung minggu ni mak dan abah sampai. Lagi sepuluh hari due bersalin saya. Perasaan bercampur2 di kala ini. Nak cepat bersalin, Tak nak cepat bersalin. Ntah la.

    Atok meninggal
    Sabtu lepas Atok belah abah meninggal. Inna lilahi wainna ilaihi rajiun. Mak dan abah tak jadi datang UK bersama kami tempohari sebab atok tengah tenat. Sekarang atok dah selamat di'simpan'. Mak dan abah insya Allah tak terkilan lagi kalau datang ke UK pun. Mak kata, alhamdulillah atok meninggal mudah dan elok. Pukul 1 pagi. Anak2 atok yang lelaki berkampung 3 malam di perkuburan baca Yasin. Itu pesan atok sebelum meninggal. Sebab ada kes orang curi mayat, gali mayat amik kapan dsb. Entahlah. Manusia ni, bukan orang hidup aje, nak dirompak, Orang mati pun dirompak juga.

    Appointment
    Appointment dengan Prof untuk bincang untuk ambil suspense sebab nak bersalin ditangguhkan dari hari Isnin lepas ke Jumaat ini. Mungkin sebab saya tak reply emaiil Annemarie tentang appointment tersebut. Saya tak boleh buka email institute di institute, dah balik ke rumah, lupa pula nak cek. Tak apa lah, Jumaat pun Jumaat la.

    Monday, March 12, 2007

    Da Vinci code - mengapa rasul2 tidak boleh dilukis dalam Islam

    Lukisan The Last Supper yang membayangkan satu majlis makan malam di mana (so called) Jesus makan bersama disciples(pengikut)nya sebelum beliau dibunuh, menjadi begitu hangat hingga membuka kepada kajian demi kajian dewasa ini dan sejak sebelumnya. Pelbagai teori telah timbul sehinggalah individu yang sebelum ini dikatakan sebagai lelaki, St john, yang duduk di kanan (so called) Jesus kini dianggap sebagai perempuan, Mary Magdalene. Lebih jauh dari itu, bentuk V yang terbentuk dari kedudukan Mary itu dengan Jesus menggambarkan Vagina, atau rahim, yang seterusnya menggambarkan code yang cuba disampaikan oleh Da vinci bahawa Mary Magdalene adalah isteri kepada Jesus. Mereka berkahwin dan mempunyai anak, keturunannya masih ada sampai sekarang. Kisah ini digambarkan dalam filem Da Vinci Code.
    Ada lagi filem2 lain yang dibuat berkait dengan kisah, kajian dan teori ini.

    reference: Da Vinci speak

    Komentar saya.
    Bagaimana suatu peristiwa yang bersejarah, berkaitan dengan akidah boleh diagak2 dan dikaji2 dengan teori manusia dan akal ke atas sebuah lukisan yang macam2 interpretasi boleh dibuat ke atasnya. Holy Grail (Kristian hari ini menggunakan cawan bentuk mangkuk yang berkaki untuk minum holy water) dianggap hilang dan menjadi suatu misteri apabila ia tidak kelihatan dalam gambar the last Supper tersebut. Sebaliknya terdapat 13 gelas kaca yang tidak berkaki. Siapa Leornado Da Vinci hingga lukisannya dilayan seperti kitab suci? Kenapa lukisannya dianggap maksum sehingga apa yang tiada padanya menjadi suatu misteri. Bukankan dia hanya pelukis, pasti ada mesej yang dapat dimasukkan ke dalamnya, dan ada juga mesej yang mungkin terlepas pandang oleh beliau.

    Di sini jelas kepada kita kenapa Islam tidak membenarkan gambar Rasul2 dilukis. Kerana di akhir nanti, penonton boleh mempertikaikan malah menganggap yang bukan2 kepada gambar tersebut, malah dianggap suci seperti mana yang berlaku kepada lukisan The last Supper ini. Islam tidak membenarkan lukisan para rasul. Tetapi Islam membenarkan penyebaran ilmu melalui lisan dan penulisan. “Iqra’” firman Allah dalam al-Quran.

    Da Vinci Code mengajar saya hikmah di sebalik hukum tidak membenarkan rupa para Rasul dilukis.

    Selain itu alasan yang saya dengar sebelum ini ialah, Jika lukisan tersebut dilukis malah diukir, tidak mustahil suatu masa ia akan disembah seperti Tuhan. Itu telah pun berlaku kepada The Last Supper yang dianggap suci dan dikaji hingga mencabar fakta dalam kitab suci mereka sendiri.

    Renungilah apa firman Allah Taala dalam surah Al-baqarah;

    [76] Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkan kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"


    [77] (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?

    [78] Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka) dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

    [79] Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.

    Saturday, March 03, 2007

    GERHANA BULAN

    rujukan: BBC
    Malam ini 3/3/07 berlaku gerhana bulan,
    "It is like Mars suddenly coming a thousand times closer and just hanging there in the sky above you "
    Robert Massey,Royal Astronomical Society



    UK akan mengalami gerhana penuh.


    KEY TIMES FOR ECLIPSE
    Moon enters penumbra: 2018
    Moon enters umbra: 2130
    Totality begins: 2244
    Mid-eclipse: 2321
    Totality ends: 2358
    Moon leave umbra: 0111
    Moon leaves penumbra: 0224
    (All times are in GMT)

    Definasi Kusuf dan Khusuf
    Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya.
    Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya.
    Ada juga ulama' yang berpendapat sebaliknya dan ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
    Hukum Solat Gerhana Matahari
    Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

    Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
    Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!
    Kaifiyat Solat Gerhana
    Niatnya : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala - (Jika solat seorang diri)
    Dan : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala - (Jika berimam)

    Pertama : Cara yang biasa
    Solat dua rakaat di mana setiap rakaat mestilah mempunyai 2 kali qiam(berdiri) , 2 kali membaca surah, 2 kali rukuk yang mana kesemuanya dilakukan secara biasa tanpa memanjangkannya.Jadi untuk 2 rakaat kita hendaklah mempunyai 4 qiam(berdiri), 4 kali membaca surah dan 4 kali rukuk kesemuanya.
    Sah juga dilkakukan solat sunat gerhana ini sebagaimana solat Jumaat atau solat sunat biasa dengan 2 rakaat, 2 qiam dan 2 rukuk tetapi ia telah meninggalkan fadhilat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

    Kedua : Cara yang paling lengkap atau afdhal
    Dilakukan dua rakaat dengan membaca surah yang panjang pada kedua-dua qiam bagi setiap rakaat seperti pada rakaat pertama dalam qiam pertama selepas surah Fatihah dibaca surah al-baqarah atau surah lain yang sama panjang dengannya. Pada qiam kedua dalam rakaat pertama pula dibaca apa sahaja ayat yang menyamai 200 ayat. Dalam qiam pertama untuk rakaat kedua selepas Fatihah dibaca sebanyak 150 ayat dan pada qiam kedua pula dibaca 100 ayat daripada mana-mana surah daripada al-Quran. Kemudian ketika rukuk dipanjangkan sehingga menyamai 100 ayat dan ketika rukuk kedua pula menyamai 80 ayat. Untuk rukuk ketiga iaitu pada rakaat kedua menyamai 70 ayat dan rukuk keempat menyamai 50 ayat. Inilah dia kaifiyat atau pun cara yang paling sempurna dan afdhal.

    Selepas selesai menunaikan sunat dua rakaat gerhana maka disunatkan untuk membaca dua khutbah sebagaimana khutbah Jumaat dari segi rukun dan syaratnya. Di dalamnya disentuh masalah taubat, melakukan kebaikan dan juga memberi amaran agar umat Islam menjauhkan diri daripada lalai dan lupa kepada Pencipta iaitu Allah.

    Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana
    Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap
    Hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.
    Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat
    Hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah : Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.
    Daripada kedua-dua hadis ini memberi kefahaman kepada kita bagaimana solat gerhana matahari dibaca perlahan kerana ia ditunaikan pada waktu siang.Manakala solat sunat gerhana bulan dilakukan pada waktu malam yang menyebabkan ia dibaca secara kuat.
    Mandi Sunat Gerhana
    Disunatkan kepada kita untuk mandi sebelum solat sunat gerhana sebagaimana hari Jumaat kerana kita mahu keluar untuk solat berjemaah.
    Biografi
    1. Al-Feqhul Minhaji, karangan Profesor Mustafa Al-Khan dan sahabatnya, Darul Qalam

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger