Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, July 19, 2005

    Jalan2 summer

    8 Month review
    Pergi GP (General Practitioner) untuk 8 month review Nabhan. Baby kelahiran sini akan di check pada tarikh2 tertentu untuk memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik. Setelah ditimbang, Nabhan dah berat 8.12 kg, dan tinggi 67 cm. Midwife cek kebolehan Nabhan pegang benda. Dia bagi blok kayu dan rice crisp untuk Nabhan pegang. Lulus. Dia buaikan loceng bertali depan Nabhan, Nabhan tangkap guna tangan. Lulus. Dia bagi berus gigi dan ubat gigi, serta sebuah beg berisi buku untuk kanak2 percuma. Dia pesan supaya mula gosok gusi Nabhan dengan berus dan ubat gigi itu untuk rangsang pertumbuhan gigi. Dr cek dada, mata, telinga, kelangkang, badan dan belakang Nabhan. Alhamdulillah semua baik.

    Strawberry picking
    Pitgomerry PYO
    Pelbagai berries ada, redberry, strawberry, blackberry, redcurrant, dll. Kami pergi kutip strawberry dan redberry sahaja. Yang lain masam. Pokok strawberry rendah tak macam pokok berri yang lain. Nabhan turut excited melihat buah strawberri yang berkilat2 disinari cahaya matahari.



    Library St Andrews U
    Hantar buku, ambil kad dan pinjam beberapa buku.

    Alanhill Farm
    Petik buah strawberry juga. Buah kat sini besar2. Ada yang sebesar buah epal. Jenis lain kot. Manis juga, tapi kurang sket dari yang tadi. Kalau kena petik, ada juga yang sangat manis.

    Ladang Alanhill luas. Macam2 dia tanam. Gandum pun ada. Starwberi di bawah bumbung plastik pun ada. Habis round sambil ambil gambar, kami singgah dipondok utama. Pelbagai sayuran juga dijual dan produk ALanhill. Ada kek. Ada madu dari Alanhill Farm. Kat belakang kedai tu ada kilang gandum. Lagi best kat sebelah kilang tu ada rumah mereka. So, tak payah drive jauh2 untuk ke tempat kerja. Rezeki depan mata dengan nikmat tanah yang Allah bagi.


    Kedai aiskrim di St Andrews,
    Apa lagi, aiskrim kegemaran kami, Ferrero Rocher la. Beli satu kon dan 1/4 liter cup. Nabhan merengek2 dalam carseat minta diriba tengok saya pegang aiskrim. Dia pun nak!. Bagi dia rasa, ingatkan sejuk dia tak nak. Makin minta pula. Lepas makan aiskrim, dia meniarap atas baju saya. Rupanya muntah. Waaa.... Habis baju ummi.

    Wednesday, July 13, 2005

    Nabhan boleh duduk

    Hari ni, Nabhan dah boleh duduk sendiri. Tpagi tadi, saya panggang ikan makan dengan roti nan. Mengadap roti dalam dulang bersama abang, saya suap Nabhan cebisan roti kecil. Sopan je dia duduk tepi dulang. Tak kacau pun alhamdulillah. Bila roti dalam mulut habis, dia bersuara (bahasa baby) minta makan.
    Tetiba say arasa something special melihat kedudukan dia sebegitu. Saya ambil foto dengan cameraphone abang. Rupanya baru saya sedar Nabhan dah boleh duduk. Patutla dia ampak comel sangat. Dari kedudukan merangkak, dia rest letak punggung, dan menopang dengan kedua tangan, tegakkan badan.. dan dia dak boleh duduk sendiri. Alhamdulillah.

    Hihi, kelakar kan, mungkin orang lain baca cam biasa aje, tapi jiwa ibu melihat perkembangan anaknya memang excited. Alhamdulillah.

    Beberapa hari lalu dia dah boleh berdiri pegang benda. Tapi belum boleh balance. Kemungkinan tumbang maish tinggi.
    Nabhan dah boleh pegang cup bertangkai sendiri dan suap ke mulut.

    Tuesday, July 05, 2005

    Bahasa Arab ammiyah ciptaan penjajah?

    Kenapa orang Arab di serata dunia menggunakan bahasa dialek arab tempat masing-masing? Sehingga ada di kalangan mereka yang berasa asing pula dan sukar memahami bahasa Arab fushah (al-Quran)

    Saya bersembang dengan seorang sahabat dari Egypt, tentang bahasa ammiyah (bahasa dialek). Sejak bila mereka menggunakan bahasa itu, adakah sejak nenek moyang dulu2 atau ia adalah baru. Dia memberitahu yang dulu2 mereka menggunakan bahasa fushah. Bahasa ammiyah tibmbul selepas penjajahan Perancis. Saya tidak memanjangkan perbincangan. Tapi ini membenarkan dakwaan senior saya ketika saya study di Egypt dulu, bahawa bahasa amiyah dicipta oleh penjajah untuk menjauhkan umat Islam dari memahami al-Quran dan melihat mukjizatnya.

    Sehingga dikisahkan ada seorang freshie datang ke Mesir, pergi ke kedai runcit dan berkata kepada tuan kedai, " Ana uriidu al-aruzza wal sukkara wal qamha " (dia menyatakan barang2 yang dia nak ini adalah contoh dari pihak saya sahaja). Habis bercakap, tuan kedai itu cakap "sodaqallahul azim..." Kenapa? Sebab dia ingatkan orang itu baca Al-Quran. Saya tak pasti kisah ini benar atau tidak. Walau bagaimanapun ada beberapa argument dalam kisah ini.

    Kontra:
    Setahu saya, orang mesir memang rapat dengan Al-Quran, hatta saya selalu melihat askar mereka naik bas sambil menghafal al_quran, tentu mereka tahu membezakan ayat Al-Quran dengan ayat biasa dalam bahasa fushah.

    Pro: Jika benar dia memang tak dapat membezakan antara ayat Al-Quran dan bahasa fushah, akibat tak tahu bahasa fushah (macam la kita orang melayu bila dibacakan syair bahasa arab, mana kita tahu tu bukan ayat Al-Quran) menunjukkan penerapan bahasa ammiyah telah berjaya memadamkan bahasa Al-Quran hatta dari dada orang-orang Arab.

    Pengajarannya:
    Dalamilah bahasa Arab agar kita dapat melihat keindahan Al-Quran, menguatkan iman dan mengeksplor ilmu2 di dalamnya.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger