Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, July 05, 2005

    Bahasa Arab ammiyah ciptaan penjajah?

    Kenapa orang Arab di serata dunia menggunakan bahasa dialek arab tempat masing-masing? Sehingga ada di kalangan mereka yang berasa asing pula dan sukar memahami bahasa Arab fushah (al-Quran)

    Saya bersembang dengan seorang sahabat dari Egypt, tentang bahasa ammiyah (bahasa dialek). Sejak bila mereka menggunakan bahasa itu, adakah sejak nenek moyang dulu2 atau ia adalah baru. Dia memberitahu yang dulu2 mereka menggunakan bahasa fushah. Bahasa ammiyah tibmbul selepas penjajahan Perancis. Saya tidak memanjangkan perbincangan. Tapi ini membenarkan dakwaan senior saya ketika saya study di Egypt dulu, bahawa bahasa amiyah dicipta oleh penjajah untuk menjauhkan umat Islam dari memahami al-Quran dan melihat mukjizatnya.

    Sehingga dikisahkan ada seorang freshie datang ke Mesir, pergi ke kedai runcit dan berkata kepada tuan kedai, " Ana uriidu al-aruzza wal sukkara wal qamha " (dia menyatakan barang2 yang dia nak ini adalah contoh dari pihak saya sahaja). Habis bercakap, tuan kedai itu cakap "sodaqallahul azim..." Kenapa? Sebab dia ingatkan orang itu baca Al-Quran. Saya tak pasti kisah ini benar atau tidak. Walau bagaimanapun ada beberapa argument dalam kisah ini.

    Kontra:
    Setahu saya, orang mesir memang rapat dengan Al-Quran, hatta saya selalu melihat askar mereka naik bas sambil menghafal al_quran, tentu mereka tahu membezakan ayat Al-Quran dengan ayat biasa dalam bahasa fushah.

    Pro: Jika benar dia memang tak dapat membezakan antara ayat Al-Quran dan bahasa fushah, akibat tak tahu bahasa fushah (macam la kita orang melayu bila dibacakan syair bahasa arab, mana kita tahu tu bukan ayat Al-Quran) menunjukkan penerapan bahasa ammiyah telah berjaya memadamkan bahasa Al-Quran hatta dari dada orang-orang Arab.

    Pengajarannya:
    Dalamilah bahasa Arab agar kita dapat melihat keindahan Al-Quran, menguatkan iman dan mengeksplor ilmu2 di dalamnya.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger