Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Sunday, May 22, 2005

    Al-Latif - Lembut, seni yang Maha Kuasa

    Catatan sahabat...
    Pagi tadi saya sempat ke kuliah pagi jumaat TG Nik Aziz di Kota Bharu. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah disampaikan oleh TG. Satu ilmu baru yang belum didengar sebelum ini. Berkaitan terjemahan salah satu daripada sifat Allah iaitu AL-LATIF. AL-LATIF biasanya diterjemahkan kepada LEMAH LEMBUT. Bila disebut LEMAH LEMBUT, secara automatik akan terbayang di dalam minda kita seorang yang mempunyai perwatakan lemah lembut, orang yang 'berjalan pijak semut pun tak mati' atau seorang perempuan yang lembut, bersopan, tidak bercakap kasar dll.... Tetapi AL-LATIF juga bermaksud lebih SENI, HALUS. Misalnya Minyak (petroleum), menurut TG lebih 'seni' (lebih LATIF) kejadiannya daripada Arang Batu, Eletrik lebih 'LATIF' kejadiannya (struktur dan saiznya) daripada Minyak, Atom lebih 'LATIF' kejadiannya daripada Eletrik.
    Namun dalam sains, semakin 'LATIF' kejadian maka semakin tinggi KUASA yang akan dihasilkan. Minyak menghasilkan KUASA lebih tinggi daripada Arang Batu, Eletrik lebih tinggi KUASA yang dihasilkan beranding Minyak dan Atom mempunyai KUASA yang paling tinggi kerana ke'LATIF'annya melebihi daripada yang lain. Kuasa atom boleh menghancurkan sebuah negeri. Amat ngeri dan dahsyat sekali kuasa yang dimiliki atom.Namun, di dalam banyak-banyak kejadian di alam ini, ALLAH memiliki ke'LATIF'an yang mutlak mengatasi ke'LATIF'an struktur atom yang paling LATIF. Oleh itu KUASA ALLAH adalah yang paling hebat, yang paling tinggi dan yang paling berKUASA. Terjemahan ini memberikan saya satu paradigma yang baru dalam memahami dan menghayati sifat AL-LATIF. AL-LATIF bukan sahaja bermaksud LEMAH LEMBUT tetapi juga HALUS DAN SENI bahkan ianya adalah KUASA!!!. ALLAHU AKBAR!!! Wassalam

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger