Oh anakku
Semalam bawa Nabhan ke klinik, batuknya makin tebal. GP bagi antibiotik makan tiga kali sehari. Hari ini, Nabhan asyik nak duduk dekat saya, beriba seharian. Agaknya dia rasa kurang selesa dengan hidung dan saluran pernafasannya. Penat berbaring dan meniarap dia saya bubuh dalam bouncer. Seronok dia melompat2 girang, tapi masih tidak mahu ditinggalkan. Bila saya pergi berwudhu' pun dia menangis. Jadi, kenalah saya solat dekat dengan buainya.

Yang kelakarnya, dia tak boleh dengar saya berdehem atau batuk, mesti dia menangis, ingat saya marah dia sebab suara cam kuat. Jenuhla saya yang turut dijangkiti batuk dari beliau ni nak berdehem.
p123
p124
p125


0 Comments:
Post a Comment
<< Home