RESEPI: Satay ayam
(anggaran 4-5 org, sila gandakan mengikut kesesuaian)
500g isi ayam dan sedikit kulit, dihiris kepingan memanjang
½ camt garam
30g gula pasir
lidi sate secukupnya, direndam dlm air biasa semalaman supaya tidak mudah terbakar
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Dikisar halus:
4 biji bawang merah
2 biji buah keras
2cm kunyit
1cm lengkuas
½ camb ketumbar, disangai
½ camt jintan manis, disangai
½ camt jintan putih, disangai
1-2 camb air asam jawa cair
3-4 camb santan pekat, jika suka
Perap ayam dengan garam, gula dan bahan kisar selama 3 jam. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak hingga sate masak. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
KUAH KACANG
100 ml minyak
750 ml santan cair*
1-2 camb air asam jawa pekat
2 camb gula
garam secukupnya
180 ml santan pekat*
220g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
Bahan Rempah (dikisar halus)
10 biji bawang merah, dikisar halus
1 batang serai
1 camb serbuk cili
2 cili merah
2 cm lengkuas
1 ulas bawang putih
2 biji buah keras
½ camt serbuk kunyit
1 camt serbuk jintan manis
1 camt serbuk jintan putih
1 camb serbuk ketumbar
*santan adalah dari 2 biji kelapa
Panaskan minyak, tumis bahan rempah hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan ¼ santan cair, kacau lagi hingga naik minyak. Tambah ¼ santan, kacau lagi hingga terbit bau. Tuangkan semua santan cair, santan pekat, air asam, gula dan garam. Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk. Bila mendidih, tutupkan api. Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi. Jika inginkan kuah yg lebih pekat, renihkan kuahnya lebih lama.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home