Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, May 05, 2005

    ABAHKU SAYANG...

    Pulang mengunjungi abah yang sedang terlantar sakit sejak 2 tahun yang lalu. Sejak Ogos tahun lepas abah koma, tak mampu berbicara lagi. Mungkin ujian bagi yang sihat, mungkin juga ujian buat abah sendiri. Namun saya insaf dengan keadaan abah. Jika saya anak abah tak mampu menjaga abah hari ini, mungkinkah anak2 saya mampu menjaga saya di hari tua saya nanti? Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepadaku dalam taabud kepadaMu.

    Pulang saya tengahari itu ke rumah, abah masih lena. Seketika kemudian, suara abah batuk2 kedengaran. Saya segera meluru ke katil abah. Saya mengusap kepala abah. Dahi abah berpeluh-peluh. Panas cuasa di tanahair sekarang ini. Kipas yang berputar tidak cukup untuk menyejukkan kerana angin yang diputar juga panas. Abang saya memasang aircond di bilik kecil tempat abah berehat.

    “Abah, Mah balik ni,” ujar saya sambil mengelap dahi abah dan mengusap rambut putihnya mesra. Abah membuka matanya dengan luas. Mulutnya terkial-kial bersuara seolah2 menyebut “Mah…”
    Abah inilah yang telah banyak berjasa kepada saya. Sepanjang hidup saya terhutang budi kepada abah yang inilah. Ya Allah selamatkanlah abahku di dunia dan akhirat.

    Abah tak mampu makan seperti biasa lagi. Abah hanya diberi minum susu melalui wayar di hidungnya 8 kali sehari. Pun begitu, ummi tidak tega melihat abah begitu. Ummi suapkan juga nasi lumat ke mulut abah. Pelan-pelan abah telan. Terkadang abah tak mampu kawal lalu terbatuk-batuk kasar. Perit kelihatan. Kasihan di sudut hati. Tapi memang begitu.

    Saya sempat membantu ummi dan K M mandikan abah. Berat, bau, menjadi tegal biasa. Saya sebagai anak harus hadapi. Terngiang-ngiang di benak saya kisah yang berlaku di zaman Rasulullah dahulu,

    Seorag pemuda di kunjungi Saidina Umar. Setelah melayani beliau sebagai tetamu pemuda itu meminta diri untuk menguruskan sesuatu. Beliau melihat pemuda itu mendukung 2 ekor babi lalu dimandikan, dilap, dipeluk cium dan diberi makan. Peristiwa ganjil itu ditanya oleh beliau kepada pemuda itu kerana babi adalah haram dibela. Pemuda itu menjelaskan bahawa babi itu adalah kedua ibubapanya yang telah bertukar rupa kerana dosa yang dilakukan. Tetapi kerana pemuda itu anak soleh, tanggungjawabnya terhadap kedua ibubapanya tetap ditunaikan.

    Subhanallah. Itu ibu bapanya yang telah bertukar rupa. Ibu bapa saya manusia. Malah sepanjang hayatnya beribadah kepada Allah. Abah saya pencinta Al-Quran. Hingga hujung usia sihatnya dia sering mengulang-ulang ayat al-Quran yng dihafalnya. Sangat perlulah saya anaknya menjaga dan kebajikannya di hujung usianya ini. Namun…. Saya tak boleh lama, cuti saya hanya tiga minggu.

    Saya mohon maaf kepada ummi. Saya tahu saya tak mampu berbuat apa. Saya tak mampu menyembuhkan abah. Cuma saya harap kepulangan saya kali ini, dapat saya berkhidmat kalaupun buat yang terakhir buat abah tercinta. Abah, mohon maaf atas segala kesalahan anakmu selama ini….

    Pesanan buat semua pembaca, hargailah kedua ibu bapa kita. Tanpa mereka siapalah kita. Jika tiba usia tua mereka, peliharalah mereka dengan penuh KESABARAN kerana ujian cukup besar di kala itu.

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Assalamualaykum wbt kak fa, Moga sabar dengan ujianNya.. moga diberikan syifa' dan taqdir yang baik untuk abah kak fa.. wassalam.

    5:56 pm  
    Blogger didie said...

    Terima kasih anamuslimah

    11:50 am  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger