Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, April 06, 2005

    Nabhan meniarap

    Nabhan sudah boleh meniarap sejak 25 Mac yang lalu, beria abang memberi sokongan dan rangsangan agar Nabhan meneruskan usaha meniarap. Apa tak nya, sebulan lebih struggle meniarap. Tapi saya kagum dengan semangatnya berlatih dan terus berlatih. Mula-mula saya cuba balik2 dia untuk bagi dia idea bagaimana untuk pusing. Dia dah boleh pusing kepala, membentuk sudut tegak antara belakang kepala dan belakang badan, tapi punggung tertinggal di belakang. Seronok tengok dia terkial-kial. Kemudian dia dah boleh pusing punggung dia, tapi lengan pula menghalang. Kekadang dia menjerit-jerit bila usahanya untuk pusing gagal kerana tersekat dek lengan.

    Rakan seusianya MAM telah sejak sebulan lalu (di usia 4 bln 4 hari) boleh meniarap. Umminya dah tak boleh tinggal dia atas katil.

    Akhirnya di usia 4 bulan 10 hari Nabhan dapat meniarap. Masa tu saya tengah masak di dapur. Abang memanggil saya lihat Nabhan dan boleh meniarap. Saya cium dia dan tunjukkan wajah gembira serta sokongan kepadanya dengan kejayaannya. Dia senyum menampakkan gusi, gembira dengan pencapaiannya. Seolah menyatakan, ummi, Nabhan dan berjaya, alhamdulillah.

    Ternyata bayi sekecil dia telah mengerti erti perjuangan dan kejayaan. Subhanallah. Takkan sebesar saya tidak? Insaf…

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger