Walker Nabhan
Suatu hari saya ke carboot dengan abang dan Nabhan. Mencari beberapa benda keperluan dan walker untuk Nabhan. Sebelum ni dah pernah cari dah tapi mahal dan besar tapaknya. Takut tak muat rumah. Rupanya walker di UK ni memang tapak dia besar2 supaya seimbang dan menjaga keselamatan bayi. Jadi kami jalan2 dan jumpa sau walker masih kelihatan baru dengan harga GBP 7. Not being used kata si penjual. Saya tanya kenapa not being used? Sebab mungkinkah ada kelemahan pada walker tu. Dia cakap bayi dia lebih suka berjalan by himself without the walker. Hmmm, boleh percaya. Memamng namak baru, bersih, cuma kotor sedikit kena lumpurpadang carboot yang becak. Saya minta tawar GBP5 dan dia terus bagi. Alhamdulilah.
Dipendekkan cerita, jalan2 lagi, saya jumpa pula walker yang pernh saya jumpa dulu dengan harga gbp15 kini dengan harga GBP5!. Mainan depan bayi tu banyak, dan bunyi2. Yang saya dah beli hanya ada 2 mainan di kiri kanan dan tray yang luas kat depan. Yang ini kalau lipat agak berbonggol sedikit berbanding yang pertama kelihatan lebih leper. Tapi yg ini kelihatan lebih menarik sebab keempat2 tayar dia boleh rolling around. Yang pertama 2 tayar belakang pusing ke depan sahaja.
Saya bincang dengan abang, mula terasa rugi beli yang pertama. Tapi kalau beli yang ini yg pertama nak bagi kat sapa pula? Hadiah kat orang. Org nak ke? Rasanya orang kat sini lebih suka cari sendiri ikut citarasa, bukan macam kat mesia sebab barang-barang mahal. Dapat hadiah sesuatu benda tu bersyukur sangat. Kat sini boleh beli barang dengan harga yang murah di carboot kalau rajin mengulang ke Errol (tpt carboot di sini) setiap minggu. Tapi saya tak selalu pergi pun.
Fikir punya fikir, saya kata pada abang, “tak pelah dah ini rezeki kita, mudahan ada kebaikannya”.
Balik rumah, saya cuci walker tu bersih-bersih dan jemur di ruang tamu. Bagi Nabhan duduk, dia sungguh gembira sambil menjerit-jerit riang menarik-narik mainan di atas tray. Kaki dia sampai sedikit sahaja di lantai untuk tahap yang paling rendah. Insya Allah nanti boleh la lonjak. Kalau ambil yang tadi rasanya lagi tinggi.Alhamdulillah.
Setelah lama bermain dengan permainan di tray tersebut, Nabhan dah boring. Lalu saya ambil pula mainan lain letak atas tray. Letaklah apa sahaja yang baru bagi dia, hanger, kepit kain, wayar dsb, dia akan belek2 dan hayun2 benda tu sambil cuba gigit.
Kesimpulannya, saya bersyukur sebab beli walker ini instead of yang kedua sebab kalau Nabhan dah boring mainan pada walker yang pertama tiada tempat untuk saya letakkan mainan lain depannya. Seterusnya dia mungkin tidak suka lagi duduk atas walker itu.
Saya menginsafi ayat Allah mafhumnya:
“Mudahan apa yang baik di sisi kamu itu, buruk di sisi Allah, dan apa yang buruk di sisi kamu itu baik pula di sisi Allah.”
Justeru, bersyukurlah dengan apa yang kalian miliki. Pasti ada hikmh Allah takdirkan kita memilikinya.
Yang pasti, for everything you face, look at the bright side.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home