Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, April 06, 2005

    Nabhan meniarap

    Nabhan sudah boleh meniarap sejak 25 Mac yang lalu, beria abang memberi sokongan dan rangsangan agar Nabhan meneruskan usaha meniarap. Apa tak nya, sebulan lebih struggle meniarap. Tapi saya kagum dengan semangatnya berlatih dan terus berlatih. Mula-mula saya cuba balik2 dia untuk bagi dia idea bagaimana untuk pusing. Dia dah boleh pusing kepala, membentuk sudut tegak antara belakang kepala dan belakang badan, tapi punggung tertinggal di belakang. Seronok tengok dia terkial-kial. Kemudian dia dah boleh pusing punggung dia, tapi lengan pula menghalang. Kekadang dia menjerit-jerit bila usahanya untuk pusing gagal kerana tersekat dek lengan.

    Rakan seusianya MAM telah sejak sebulan lalu (di usia 4 bln 4 hari) boleh meniarap. Umminya dah tak boleh tinggal dia atas katil.

    Akhirnya di usia 4 bulan 10 hari Nabhan dapat meniarap. Masa tu saya tengah masak di dapur. Abang memanggil saya lihat Nabhan dan boleh meniarap. Saya cium dia dan tunjukkan wajah gembira serta sokongan kepadanya dengan kejayaannya. Dia senyum menampakkan gusi, gembira dengan pencapaiannya. Seolah menyatakan, ummi, Nabhan dan berjaya, alhamdulillah.

    Ternyata bayi sekecil dia telah mengerti erti perjuangan dan kejayaan. Subhanallah. Takkan sebesar saya tidak? Insaf…

    5 asas kecemerlangan

    PERTAMA- berusaha atas kerelaan dira, bukan paksaan
    Dimana ada kemahuan,
    disitu ada "A" one


    KEDUA – belajar mesti berpandukan matlamat
    belajar tanpa matlamat ibarat
    menembak tanpa sasaran


    KETIGA – bersedia lebih awal
    Berusaha sementara ada kesempatan,
    jangan tunggu hingga kesempitan


    KEEMPAT – bersikap positif
    Pelajar positif sentiasa mencari jalan
    TETAPI pelajar negatif selalu mencari alasan


    KELIMA – berusaha bersungguh-sungguh dan belajar berterusan
    Peluang lazimnya tersembunyi dalam bentuk 'kerja kuat'.
    Sebab itulah ramai orang tidak mengambilnya seterusnya
    gagal merebut peluang berkenaan

    Sunday, April 03, 2005

    Sebat atasi ketagih arak


    MOSCOW: Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak.

    Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan.Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.

    Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. – AgensiAhli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana.

    Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa. – Agensi

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger