Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, September 26, 2007

    Yusuf Abu Bakar , pemergianmu suatu kehilangan.

    Yusuf bin Abu Bakar, anak kenalan rapat saya Allison/Zainab Abdullah. Beliau baru berumur 12 tahun ketika pergi menemui Allah petang Isnin ketika sedang berlatih bola sepak. Almarhum dikatakan berhenti bernafas dan terus jatuh. Ambulan dipanggil, tapi almarhum pergi sebelum sempat sampai ke Hospital (atau meninggal serta merta di padang?). Post mortem yang dijalankan mendapati tiada apa2 faktor yang menyebabkan kematian beliau. Sudden death.
    Pemergiannya suatu kehilangan kepada warga Dundee. Beliau yang masih lagi kanak2 umpama bunga di masjid. Keramahannya, sikapnya yang suka membantu, dalam aktiviti2 di masjid, dia sering di sana memberi tangan. Walaupun dia seorang anak kepada kakitangan di ALMI, tapi beliau turut memberi sumbangan dalam aktiviti2 di ALMI sebelum ini. Kerana itu, pemergian beliau adalah seperti kehilangan salah satu anggota ALMI.

    Siapa sangka khidmat Yusuf di Dundee Mosque Open Day Ahad lepas adalah yang terakhir untuk beliau di masjid. Dan selepas itu beliau ke masjid untuk disembahyangkan. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. (Moralnya: kita tak tahu bila kita pula akan dijemput Allah, justeru tunaikan lah tanggungjawab kita sebagai muslim sebelum terlambat)
    Kelmarin (Ahad), kami menerima saudara baru yang mengucapkan syahadah dalam DOD. Hari ni, seorang saudara, born in Islam and devote himself to Islam pergi menemui Tuhannya.

    Saya lampirkan sebahagian ucapan takziah dari warga ALMI sebagai gambaran betapa istimewanya Yusuf kepada semua.

    ---
    Dear all,

    On behalf of Sara, me and El-Awaisi Family, I want to express my deepest condolences not just to Mr Abubaker and his family but to all of us for this great loss.

    Frankly, I have nothing to say except that I knew Yusuf for 2 years and I was amazed with his politeness and for his sociability which are things hard to be found in kids these days. I am sure that it is a tough time for all of us and especially for Abubaker’ s family, but I am sure that what eases the pain is our certainty that Yusuf is now in a better place as he really deserves it.

    Raed

    ---
    A MESSAGE FROM THE ACTING PRINCIPAL


    I am sure all staff and students would wish to join me in paying tribute to Yusuf Abubaker, the son of Abubaker Gaber Abubaker, who as you are probably aware died suddenly last night.

    One thoughts and prayers go out to Yusuf’s family, and we wish them well to face their sad loss. As a mark of respect to Yusuf and his family, the Institute flags have been lowered to half mast, and flowers were sent to the Abubaker family on behalf of all at the Institute. The Institute will also be closed earlier this afternoon at 5pm, to allow any who wish to pay their respects.

    Malory Nye


    Professor Malory Nye

    ---
    Dear all,

    On behalf of the Department and on my own behalf, I register my deepest condolences to Mr Abubaker and his family for the passing of their son. May the deceased rest in perfect peace and harmony and may the bereaved family be granted consolation. We remember Yusuf well and will continue to remember him for his tenderness, affection, politeness and sociability. May God shower him with mercy and compassion?

    Regards,

    Alhagi.

    ----

    Isnin 11.45
    Saya menerima sms dari Sajdah yang dia tak dapat jaga anak saya esok kerana ada emergency. Saya call beliau dan bersetuju. Kemudian, dapat sms lagi minta saya call beliau segera dan beliau memaklumkan yang Yusuf meninggal petang tadi.

    Hati saya meronta untuk ke rumah Allison/ Zainab malam itu juga, tapi anak2 semua dah tidur. Waktu pun dah lewat malam, hampir jam 12.

    Setelah berbincang dengan abang, saya akan ziarah beliau esok mewakili abang yang kerja.

    Selasa 6.00 a.m.
    Call K Maziah nak maklumkan pasal Yusuf. Tak berangkat. SMS. Terus dapat call balik, K Maziah sungguh terkejut. Kami plan nak gi ziarah. Dapat alamat rumah, cari lokasi kat google map.
    10. 45 Kami berangkat. Alhamdulillah tak sesat, terus sampai rumah beliau.
    Irfan di sekolah. Petang beliau akan join.
    Ramai yang hadir. Mata masing2 merah. Benar, Yusuf memang bunga di hati semua orang. Allah memilih yang terbaik dari anak2 Allison untuk diambil dan menanti mereka di syurga. Jaminan kehidupan yang lebih kekal abadi.

    12.00 tgh
    Orang semakin ramai. Hanan dah tidur dan dah bangun semula. Nabhan pula dah tak senang duduk. Kanak2, mana boleh duk diam lama2. Bila saya asyik suruh dia duduk diam dan jangan bunyi mulut. Jelas keresahan padanya, dan mula buat aksi2 yang tak senang. Saya pun rasa tak sesuai juga duk tunggu saja begitu tanpa buat apa2. Jenazah masih di hospital. Solat jenazah akan diadakan di masjid 5.00 petang selepas solat asar.
    Kami pulang dulu. Kami dakap Zainab. Wajahnya yang manis merah dengan kesedihan.

    4.30 K Maziah datang ambil saya ke masjid. Hadirin telah ramai hadir. Non muslim pun agak ramai juga. Kawan2 dan guru2 dari Harris Academy, sekolah menengah Yusuf. Dengar kata ada juga suara dari sekolahnya yang menjangka Yusuf meninggal kerana berpuasa. Pastinya jangkaan mereka itu silap. Malah Yusuf pergi dalam bulan yang mulia, dalam keadaan sedang berpuasa, mengabdikan diri kepada Allah Taala. Subhanallah.

    5.00 Solat Asar dan Solat Jenazah dijalankan. Hanan dan Nabhan bersama saya di hujung saf. Kemudian semua beredar ke tanah perkuburan, Birkhill Cemetery. Kami yang tak pernah sampai di sana, hanya tahu ia terletak di Birkhill, dekat dengan Camperdown Park. Kami ingin pergi juga. Tercari siapa yang boleh kami ikuti. Salmah yang melihat kami terkial2 menggamit supaya kami mengikut dia. K Maziah tekan minyak dan mengikuti beliau dari belakang, tapi kenderaan itu terlalu pantas dan meninggalkan kami dibelakang kehilangan arah. (Moralnya: jangan sebarangan ikut orang, pastikan dulu dia nak ke mana) Kami balik semula ke masjid, jumpa sebuah kereta dinaiki pakcik tua. Tanya dia, dia nak gi ke cemetery ke? Dia kata tak, dah terlalu lambat.
    Tiada lagi orang lain.
    K Maziah nekad, menjejak cemetery sendiri. Kami cari jalan ke Camperdown. Saya teringat2 abang pernah bagi tunjuk arah kepada saya untuk ke Campedown Park dulu, menuju hala ke Lochee, jumpa bulatan, terus, terus dan terus hingga jumpa bulatan yang ada sign Camperdown Park. Ingat2 lupa kami redah cari, jumpa Ashoka Shak, Mc Donald dan Cine World. Ya kami makin hampir. Nampak pokok2 tinggi banyak2. Ya itu CP. Mana nak cari Birkhill ni. Kalau ia jalan kecil, tentulah tak de sign board yang besar. Berhenti tanya orang. Tak de orang yang boleh ditanya, jalan kat sini bukan boleh berhenti suka2. Irfan kata, tawakal jalan ke depan, mungkin ada miracle, tulis sign board Birkhill di depan. Ya, betul. Ada sign board. Kami ikut. Nampak kereta jenazah dalam jalan pulang. Akhirnya sampai ke cemetery. Mungkin kami dah terlambat. Tentu majlis telah selesai. Tapi kami nekad nak pergi juga. Tak pernah sampai ke kubur di sini.

    Alhamdulillah, ketika sampai, jentolak tengah tarik frame besi tanah jenazah ke atas. Jadi tanah yang telah disusun dengan mayat terletak elok dalam kubur. Doa dibaca oleh Abdullah Maarouf. Bahasa Arab dan Inggeris. Orang2 di sekitar menimbus lahad dengan tanah. Kemudian kami bersurai. Kesedihan mewarnai langit Dundee. Semua orang diam, hany bisik2 kedengaran. Sunyi kawasan Birkhill cemetery menyaksikan pemergian Yusuf menemui Tuhannya.

    Kami bergerak balik. Nampak pakcik tua yang kata tak sempat dah nak pergi tadi kat tepi jalan menuju kekeretanya. (Moralnya : Buat keputusan ikut nilaian sendiri, fakir masak2 dan jangan terpengaruh mengkhinzir buta.)

    Abang balik kerja terus ke masjid dan iftar, kemudian bawa adik2 ke rumah untuk tadarus. Saya pula ke Musolla DUIS dengan K Maziah, Irfan dan anak2 untuk iftar. Sepanjang berpuasa saya rasa baru 4 kali saya iftar bersama abang di rumah. Sungguh di luar sana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu di lunaskan. Itulah pentingnya punya pasangan yang saling memahami. Walaupun kami tidak iftar bersama tapi hati kami tetap bersama dalam doa yang diiringkan ketika menjamah tamar ketika berbuka.

    Semoga anak2 yang mengiringi kami ini juga bakal menjadi pendokong agama Allah yang tabah dan sabar menempuhi segala dugaan sementara di dunia ini, insya Allah.

    Al-Fatihah buat Yusuf…

    Monday, September 24, 2007

    Coretan ringkas

    Terlalu banyak perkara yangberlaku weelend lepas yang ingin saya catatkan, tapi masa terlalu terhad, dan masih banyak yang perlu saya dahulukan,
    Justeru saya catatkan point2 sahaja.

    Jumaat
    - Iftar rumah Iftida & Aisyah

    Sabtu
    - House hunting
    - Projek Karipap,
    - Iftar
    Ahad
    - DoD
    - Let’s save her Iman.
    - Man revert to Islam
    - Iftar di Mosque
    - Ziarah K Syakilah

    Isnin
    - got news from Anne, Bill dead yesterday

    This weekend is very tiring. Everyday there's task to be done. But I realize, to be a good muslim is not just rest in your house and rest. There 's a lot to be done out there. Then, let's keep up working, only for Allah....

    Saya tak tahu bila saya sempat nak mencoret ttg ini, dan pengajaran yang saya boleh ambil darinya, tapi insya Allah one day allah akan berikan masa.

    Wednesday, September 19, 2007

    Farewell... and good wish...

    Saya dapatkan jadual kelas master tahun ini dari Dr Hagi, mungkin ada manfaatnya saya masuk kelas tertentu untuk membantu research saya. Walaupun kelas tu tajuknya mungkin sama, saya percaya ada ilmu baru akan diperolehi.

    Nama semua lecturer ada dalam jadual kelas kecuali Dr Sahin. Mungkin beliau tidak mengajar sesi ini? Saya masuk ke bilik Dr Maher dan Dr Sahin. Nak dapatkan jadual kelas Dr Maher pula. Meja Dr Sahin kosong. Saya terkejut. Saya tanya Dr Maher, beliau kata Dr Sahin dapat offer lebih baik dan dah meninggalkan institute kurang dari sebulan yang lalu. Saya terkejut sekali lagi. Macam mana saya boleh tak tahu? Kenapa tiada sesiapa yang bagitahu saya?

    Dr Sahin bagi saya seorang lecturer yang sangat bagus. Dialah yang telah menyelamatkan motivasi saya sebelum ini. Jasa beliau telalu besar buat saya. Beliau juga sangat berpengalaman terutama dalam research skills. Abg Amir pernah sedikit cemburu dengan K Asyi kerana K Asyi bermula dengan Dr Sahin, jalan research beliau jelas. Sedangkan Abg Amir banyak try and error.

    Tapi kini beliau telah pergi… Tanpa sempat saya ngucapkan selamat tinggal. Pada saat ini, saya rasa sungguh sedih….

    Semoga langkah Dr akan diiringi rahmat dan nusrah Allah di mana jua Dr berada, Insya Allah.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger