Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, October 08, 2009

    masjid al-aqsa = rumah ibadat yang dinantikan Yahudi?


    Saya membaca mengenai keadaan Yahudi ketika abad ke-4 di Bayt al-Maqdis. Mereka mengenangi keruntuhan rumah ibadatnya (Masjidil Aqsa).

    Situasi ini digambarkan oleh Martin Goodman dalam bukunya Rome and Jerusalem: The Clash of Ancient Civilizations.

    "Jerusalem became for the Jews a city to mourn and idealize. "A man may plaster his house, but he should leave a small area unfinished in remembrance of Jerusalem. A man may prepare what is needed for a meal, but he should leave out an item of the menu in remembrance of Jerusalem. A woman may put on all her ornaments but should leave out some small thing, in remembrance of Jerusalem." The rabbinic sages speculated on the glorious Jerusalem to come, when the
    Holy one will build Jerusalem out of sapphire stone," and these stone will shine like the sun and the worshippers of stars will come and look upon the glory of Israel."Jews scattered all over the world continued to face towards Jerusalem in their prayers. The Seder service on the eve of Passover ended with the hopeful prayer "next year in Jerusalem," and at the end of every recitation of the Amidah, the main statutory prayer in Jewish worship both public and private,
    spoken standing before God three times a day, a petition was added: "May it be your will that Temple be rebuilt soon in our days." The tears of mourning concealed hope, and hope refused to die."

    Saya membayangkan saya berdiri di kalangan masyarakat Yahudi pada abad ke-4 dahulu. Mereka berada dalam keadaan yang sangat syahdu, meratapi keruntuhan rumah ibadat mereka (dalam bahasa Arabnya masjid la, English sebut temple). Mereka menginsafi keruntuhan itu adalah balasan Tuhan (Allah) di atas keingkaran mereka sebelumnya. Mereka sentiasa mengingati Jerusalem dan sentiasa mengurangi apa jua nikmat yang mereka kecapi baik dalam makan, buat rumah mahupun pakaian supaya ingatan kepada Jerusalem, Rumah Tuhan mereka tidak pudar. Doa dipanjatkan saban hari supaya rumah ibadat itu kembali dapat dibina.

    Doa itu juga yang dipanjatkan oleh umat Islam hari ini, semoga hari esok, atau tahun depan, kita dapat bersolat di Masjidil Aqsa.

    Saya terharu dengan situasi mereka pada abad ke-4 tersebut. Jika saya hidup pada zaman itu, mungkin saya juga bersama mereka. Kerana firman Allah dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah: "Orang2 yang beriman, dan orang2 Yahudi dan Nasrani, dan Sabi'in, barang siapa
    yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, mereka
    tidak perlu bimbang atau sedih."

    Dalam Sefer Zerubbabel, penulis menyatakan Tuhan berjanji bahawa Rumah Tuhan (Baitullah) itu akan kembali selepas 990 tahun pembinaannya yang kedua, yang telah pun diruntuhkan pada tahun 70CE oleh Rome). Bila dikira, ia jatuh pada tahun 638 CE bertepatan dengan pembukaan kota Bayt al-Maqdis oleh Muslim. Pada masa itu, Umar bersama orang2 Islam membersihkan tapak Masjid Al-Aqsa dan menjadikannya masjid kembali dengan bersolat jemaah di situ. Tapak masjid itu yang telah menjadi tempat ibadah buat mereka yang beriman kepada Tuhan sekalian alam, Allah yang Maha Esa sejak zaman berzaman. Termasuklah orang2 Yahudi pengikut nabi2 yang terdahulu.

    Kajian Arkeologi yang mengaitkan pelan Masjid Al-Aqsa yang bertepatan dan serupa dengan pelan Kaabah di Mekah membuktikan kebenaran hadith sahih bahawa Masjid Al-Aqsa dibina 40 tahun selepas Kaabah (Al-Ratrout). Ulama' berpendapat besar kebarangkaliannya dibina oleh orang yang sama, mungkin Nabi Adam.

    Khalifah Umar membersihkan Masjid al-Aqsa dan membina kembali sempadan masjid. Itu yang paling penting untuk ada pada sebuah masjid. Dengan itu, perbuatan Umar telah memenuhi ramalan yang dinyatakan dalam Sefer Zerubbabel, bahawa rumah ibadat itu akan dibina selepas 990 tahun pembinaannya yang kedua.

    Malangnya, bila janji Allah tiba, waktu yang dijanjikan seperti dalam Sefer Zerubbabel bahawa Rumah Tuhan itu akan kembali dengan kembali terbinanya Masjid al-Aqsa, mereka tertapis. Ada yang kekal dengan keinsafan mereka dan beriman kepada ayat Allah lalu menjadi Muslim. Ada pula yang masih dengan keengkaran mereka dan kekal sebagai Yahudi.

    Rumah ibadat itu untuk mereka yang beriman kepada Allah. Allah telah mengutuskan rasul terakhir untuk menyelamatkan umat manusia dari pertelingkahan yang tidak berkesudahan antara Yahudi dan Nasrani. Sejarah membuktikan, berabad2 lamanya, sesiapa yang mendapat kuasa pasti mengejami dan membunuh pihak yang satu lagi. Ini terbukti dalam peristiwa pemberontakan Yahudi pada tahun 70 CE, 135 CE (Pemberontakan Bar Kochba) dan
    penjajahan Parsi ke Jerusalem. Pembunuhan yang kejam menjadi asam garam perebutan kuasa. Ia kelihatan tidak akan berakhir dan akan berterusan selagi mana2 pihak punya kuasa. Bila Yahudi punya kuasa untuk mengalahkan Nasrani, baik dengan pemberontakan mahupun mengambil kesempatan dengan membantu Parsi menjajah Jerusalem, Yahudi membunuh Nasrani secara beramai2. Yahudi membunuh Nasrani. Nasrani Bizantin, pula bila mendapat kuasa mengalahkan Yahudi, membunuh mereka secara beramai2 termasuk orang2 awam yang tidak ada kepentingan apa2. Bayangkan kehidupan manusia pada zaman itu, tiada siapa yang dapat berlepas diri. Samada membunuh, berpihak kepada yang membunuh atau dibunuh. Tiada pilihan keempat.

    Pada saat kegawatan seperti tiada penyelesaian lagi ini, Allah mengutuskan seorang rasul baru yang lain dari Bani Israel ini. Seorang keturunan nabi Ibrahim yang punya hubungan darah dengan mereka, tapi melalui susur galur Nabi Ismail, agar menjadi orang luar yang boleh menyelesaikan maslaah antara nasrani dan Yahudi ini. Nabi Muhammad adalah orang luar kerana baginda anak cucu Nabi Ismail. Tapi Nabi Muhammad masih ada hubungan darah dengan mereka kerana Nabi Muhammad ialah anak cucu Nabi Ibrahim.

    Demikian indahnya susunan Allah dalam memilih rasulNya. Islam datang bukan sebagai agama yang baru. Islam datang hanya membawa pembaharuan dan penyegaran kesinambungan dari agama yang telah diutuskan Allah kepada Nabi2 sebelumnya. Muslim datang membuka kota yang ketika itu dinamakan Aelia oleh Byzantin dan terkenal sebagai Bayt Al-Maqdis oleh orang2 Arab termasuk Muslim, atau Bet Ha-Miqdash dalam bahasa Hebrew. Rumah suci yang merujuk kepada Masjid al-Aqsa dan merangkumi kawasan sekitarnya.

    Islam datang membawa rahmat, kepada seluruh alam, kota Bayt Al-Maqdis dibuka oleh Saidina Umar sendiri yang datang dari Madinah dengan segala kerendahan hati tanpa kebesaran maharaja yang selalu diamalkan oleh maharaja2 sebelum itu untuk membuka sesuatu kawasan.

    Ini sesuai sekali dengan ayat Al-Quran yang menceritakan kisah di zaman nabi Musa, apabial Allah memerintahkan Bani Israel untuk masuk ke kota Bayt Al-Maqdis dengan bersujud di gerbangnya (cari balik ayat ini).

    Mereka yang menganut agama yang pernah diturunkan Allah
    kitab kepada mereka, Yahudi dan Nasrani, diajak untuk kembali ke daerah ini, mudahan terbuka kembali hati mereka untuk kembali ke jalan yang benar, tidak lagi mensyirikkan Allah dan beramal dengan jalan yang lurus. Tiada paksaan digunakan untuk mengembalikan mereka
    kepada Allah, tapi dakwah dijalankan dengan lisan dan perbuatan. Keadilan dilaksanakan di kota itu kepada semua rakyat yang bernaung di bawahnya. Hak masing2 diberikan, termasuk hak untuk mengamalkan agama masing2. Kerana baik Yahudi, Nasrani mahupun Islam, semuanya menyembah tuhan yang sama, cuma masa belum tiba untuk Yahudi dan Nasrani yang belum memeluk Islam itu menerima hidayah Allah untuk bersama di jalan yang diiktiraf oleh Allah ini, "Alyauma akmaltu lakum dinakum, wa atmam tu alaikum nikmati, waradhitu lakum al-islam dina" (Al-Quran).

    Usaha terus dilakukan, dakwah, dakwah dan terus dakwah, baik dengan lisan, dengan perbuatan, dengan pengamalan pemerintahan yang adil dan saksama. Ada yang masuk Islam. Ada yang tidak. Sungguh hidayah itu milik Allah.

    Yahudi yang memilih Islam, alhamdulillah, telah benar2 membuktikan keinsafan mereka atas dosa2 yang mereka lakukan dulu, dan benar2 membuktikan bahawa mereka benar2 ingin kembali kepada Allah. Tapi Yahudi yang tidak memilih Islam, cubalah tanya kenapa. Kerana keegoan merea untuk menerima Nabi Muhammad yang mereka anggap bangsa lain, bukan dari Nabi Ishak moyang mereka sebagai Rasul. Sedang mereka lupa bahawa Nabi Muhammad juga dari moyang mereka yang lebih terdahulu Nabi Ibrahim.

    Justeru, kerana keegoan ini. Yahudi kini yang kononnya ingin kembali kepada Tuhan, masih menunggu2 rumah Tuhan mereka dibina. Mereka menunggu2 janji Tuhan yang akan mengutuskan seorang penyelamat yang bakal membina Rumah TUhan itu di tapak Masjid Al-Aqsa. Mereka sebenarnya tertipu dengan keegoan mereka sendiri. Kerana Rumah Tuhan itu telah pun terbina sejak 1371 tahun yang lalu. Sejak kota Bayt Al-Maqdis dibuka oleh Khalifah Umar yang meneruskan misi Nabi Muhammad s.a.w. yang wafat sebelum terpenuhkan.

    Kerana ketika zaman Khalifah Umar dulu, Yahudi dan Nasrani boleh masuk ke Masjid Al-Aqsa, malah mereka menjadi khadam rumah Allah itu dengan pembahagian2 tugas masing2 termasuk membersihkan laman, membersihkan tangki air, tempat wudhu', dan menyalakan lampu. Sumber sejarah menyatakan keadaan ini berteruskan hingga zaman khalifah Umar Abdul Aziz.

    Ini berbeza sekali dengan pelan temple Yahudi yang mengasingkan lapisan2 tertentu dalam kawasan temple mereka. Kawasan temple itu sendiri tidak boleh dimasuki oleh orang2 yang bukan Yahudi. Orang2 perempuan Yahudi hanya boleh masuk ke kawasan yang paling luar. Manakala orang lelaki Yahudi tidak boleh masuk ke bahagian yang paling dalam, yang khusus hanya untuk golongan Rabbi. Jika ada yang berani melanggar peraturan ini, hukumannya ialah mati.

    Islam tidak mengajar begitu. Masjid Al-Aqsa tiada tempat yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa. Jika tugas mereka adalah menyalakan lampu, tentulah hingga ke tempat imam solat pun mereka boleh masuk. Cuma pembahagian tempat untuk lelaki dan perempuan bersolat mungkin diatur untuk memberikan keselesaan, bukan menatijahkan apa2 hukuman ataupun dosa jika dipijak.

    Islam telah menghapuskan kekerasan yang tak perlu. Dalam Yahudi memang banyak kekerasan yang melampau2. Allah turunkan Islam untuk mencairkan kekerasan yang mereka cipta2 sendiri, oleh nenek moyang mereka juga. Upacara memperingati Temple mereka yang runtuh dulu masih disambut hingga ke hari ini. Dan setiap tahun, mereka meraikan sambutan memperingati Rumah Tuhan mereka yang runtuh. Sedangkan Rumah Tuhan mereka telah pun berdiri tegak di depan mata mereka dan tiket untuk mereka mendekati Tuhan mereka dalam Rumah Tuhan yang mereka nanti2kan itu hanyalah dua kalimah syahadah. Dan mereka akan menjejakkan kaki untuk beribadat di Rumah Tuhan yang telah dijanjikan kepada mereka akan kembali sejak 1371 tahun yang lalu...

    Justeru buat kita umat Islam, yang bernama Islam, mendapat nikmat lahir dari rahim ibu yang muslim, dari mani bapa yang muslim. Andai kita masih juga meraikan keegoan dan keangkuhan kita dari menerima petunjuk Allah dalam KitabNya Al-Quran, maka kita juga hanyalah mengulangi kerugian yang sedang dihadapi oleh Yahudi hari ini.
    Nota: Artikel ini masih di peringkat analisis perbandingan agama dan kajian sejarah. Kajian yang lebih mendalam sedang dijalankan ke atas sumber2 ang dinyatakan. sebarang perubahan natijah analisis mungkin berlaku di hari depan.

    Wednesday, October 07, 2009

    Syukur alhamdulillah...

    Event 1
    Bababa.. papapa…
    Bebel Hanan dari buai sambil abahnya menghayun buaian sambil berzikir. Suara itu sungguh menenangkan di telingaku. Suara si anak yang membebel manja. Dan suara sang suami yang mendodoikannya tidur.
    Aku masih terpacak depan laptop menyudahkan developing argument yang didiskusikan kelmarin.
    Sang suami yang cukup memahami mengambil alih menjaga anak2 demi memberikan ruang untuk isteri belajar.
    Terima kasih sayang...

    Event 2.
    Alia datang ziarah saya yang kurang sihat beberapa hari lalu. Beliau bawakan beberapa bungkus biskut dan chewits, gula2 yang boleh dikunyah.
    Siapa sangka, saya baru teringin nak makan biskut, masuk dapur belek2 lemari kalau2 ada biskut, bila loceng pintu berdenting dan Alia masuk dengan biskut!. Alhamdulillah.
    Mungkin pada Alia dan orang lain, biskut itu kecil aje nilainya. Tapi bagi saya, saya amat menghargai buiskut yang Alia bawakan, di kala perasaan membuak2 nak makan biskut. Mungkin Alia sangat ikhlas nak berikan saya biskut. Atau sangat ikhlas semasa datang menziarahi saya.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger