Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Sunday, September 17, 2006

    Mengedar leaflet

    Semalam saya merancang untuk mengedar leaflet melalui peti surat rumah2. Tapi tak sempat. Pagi ni saya bertekad leaflet2 tersebut mesti mengunjungi2 rumah2 sekitar kediaman saya sebagaimana yang dijanjikan. Turun dari rumah ke U saya membimbit plastic beg berisi leaflet Mosque Open Door. Bangunan pertama saya panjat, Tiga tingkat. 6 buah rumah. Begitulah seterusnya kedua ketiga. Pagi hari begini orang mungkin maish sibuk dengan urusan keluarga. Jadi masih belum sibuk dan tak ramai orang di jalanan. Beberapa tukang cat sedang mengecat pagar rumah, menyapa saya yang bertudung labuh dan berjubah memanjat tangga rumah. Mesti mereka tertanya2 apa yang saya buat. Kerana pagi2 begini biasanya posmen aje yang menghantar surat ke rumah2 menggalas beg merah Royal Mail dan berbaju biru. Tiba dekat Ali's New Agent, bangunannya 4 tingkat, gelap dan agak kelam. Satu tingkat satu rumah. Rugi tangga aje. Dan saya pun hanya dapat mengedar 4 leaflet dengan memanjat bangunan setinggi 4 tingkat itu. Yang sama berlaku beberapa tangga yang seterusnya. Saya baca bismillah banyak2 dan ayat suci mudahan tiada apa2 yang berlaku semasa saya mengedar leaflet di tangga yang gelap itu.

    Separuh pertama leaflet dah habis. Nafas say amula termengah2. Tapi taiad tempat yang sesuai untuk saya duduk berehat seketika. Lagi pun saya tak mahu berlama2 dalam bangunan itu. Nak beredar segera kalau boleh.

    Leaflet terakhir saya masukkan ke lubang surat rumah di Peddie Street. Saya dapat cover separuh Abbotsford Place dan sebahagian Peddie Street. Leaflet tu banyak juga, dalam 150 gitu. Alhamdulillah. Dalam hati saya berharap moga adalah di antara mereka yang dibuka hati untuk mengunjungi mosque nanti. Hujan mula turun renyai2 dan saya menapak ke U untuk menyambung study hari ini.

    Saturday, September 16, 2006

    open day mosque - Dundee

    9.00 pagi, saya berjalan dengan If untuk ke masjid sambil membawa 2 bungkus flan sebagai dessert untuk bahagian makanan. Tiba di sana, keadaan masih lengang. Masuk ke masjid, sukarelawan2 telah bersedia di gerai masing2. Setelah beramah mesra sekejap dengan sahabat2 yang dah agak lama tak jumpa, Allison (Zainab), Aunty Anne (Fatimah) dll.

    Setelah melawat gerai2 lain, saya ke gerai saya, Hajj, dan meminta sedikit taklimat dari Dr Hamza ttg penerangan yang bakal diberikan kepada tetamu. Agak gementar saya rasa. Tetamu pertama datang. Kedua dan seterusnya. Pagi ini, masih lengang. Agak tengahari tetamu berganda. Membawa ke petang. Ruang dewan masjid atas tersebut dikerumuni oleh tetamu nonmuslim.
    Mereka datang dengan pelbagai tujuan. Tapi semuanya memberikan respon yang baik dan interested dengan lawatan yang dibuat. Ada yang datang sejauh Broughty Ferry dan Carnoustie.

    Adik ahli parlimen Dundee, Ernie Ross pun ada hadir sama dan beliau mengimbau kenangan tatkala hadir ke majlis graduation di Al-Maktoum, yang saya sampaikan ucapan mewakili pelajar batch tersebut.

    Asasnya, penerangan di bahagian saya menyentuh rukun Islam yang lima, dan yang kelima ialah haji yang disertai gambar2 Masjidil haram, pada jemaah haji, kaabah. Begitu juga Masjidil Aqsa yang merupakan qiblat umat Islam yang pertama.

    Beberapa fakta yang hampir sama tapi tak serupa antara Islam dan Kristian, antaranya isteri Nabi Ibrahim yang ditinggalkan di Mekkah, sehingga membawa peristiwa saie di safa dan marwah, air zamzam dll, ialah Hajar dan Ismail menurut Islam. Kristian menganggap ia adalah Sarah dan Ishak.

    Apa pun, mereka tetap menunjukkan minat dengan apa yang saya ceritakan. Berkali2 saya memohon maaf kepada mereka bila kengkadang saya agak sukar mendapatkan perkataan English yang sesuai untuk menerangkan cerita tersebut. Mereka memberikan sokongan dengan menyatakan, "You done it well." Begitulah cara org di sini yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada baik kanak2 mahupun orang dewasa.

    Bagi saya, ia adalah pengalaman baru menerangkan berkenaan Haji kepada non-muslim. Berhadapan dengan tetamu yang ada yang educated tentang hal2 islam ini, adalah satu cabaran. Tapi alhamdulillah saya punya latarbelakang pengajian Islam yang agak baik untuk cover soalan2 yang mereka utarakan. Tiada soalan yang memprovoke yang saya temui dari tetamu. Hanya soalan2 yang ingin mengetahui tentang Islam, dan muslim, juga tentang diri saya sendiri sebagai muslim.

    Ada yang tanya mengapa saya memakai hijab. Saya terangkan bahawa prinsipnya adalah menutup aurat. To cover all body except face and hands. The rest is up to you to have what ever fashion you want. Mereka Tanya adakah saya bertutup begitu juga di rumah, dan saya terangkan peringkat2 aurat yang perlu dijaga, dengan ajnabi, dengan famili, dan dengan suami. Dari situ membawa kepada bagaimana Islam menekankan supaya lelaki perempuan yang punya tarikan digalakkan untuk berkahwin dan membina keluarga dengan tanggungjawab, bukan hanya berseronok semata2.

    Alhamdulillah, ramai juga yang datang membawa anak2. Ada presentation yang dibuat oleh Allison, Dr Ali (berkenaan rukun iman), kanak2 Islam Dundee (Rukun Islam) dan Abdullah Maarof (Al-Quran).

    11 tgh, saya lenguh belakang berdiri agak lama, ziarah If di gerai kanak2. Mereka hadapi masalah dengan alat pembuat brooch. Saya pun tak pernah guna. Tapi mencuba nasib dengan bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah berjaya. Jadi, progress membuat badge boleh diteruskan, alhamdulillah.

    Seronok juga melayan tetamu dengan menuliskan nama mereka dalam tulisan arab (jawi la tu), dan dibuat badge. Ada seorang wanita tu siap minta dibuatkan badge untuk 4 orang cucunya sebagai cenderahati lawatannya ke masjid. Amina dengan ceria mencadangakn agar membawa cucu2nya ke masjid esok kerana open door masih berjalan esoknya. Dia nampak meminati cdgn tersebut.

    Tengahari perut dah mula berkeroncong. Setelah tetamu agak berkurangan di meja buffet. Saya dan If mengambil makanan kami. Vege pakora, chicken pakora, potato pakora, mince pasta dan kemudian dessert yang volunteers pakat bawa masing2. Tiramisu, chocolate kek Nafisa, dan baklawa.
    Kemudian kami solat zohor. Cuma agak kelakar bila ada sister dengan mak dia dan seorang kawan, Tanya kami nak solat kat mana. Then kami pergi kat ruangan yang agak tertutup sebab open door dah mula semula. Bila kami ajak solat berjemaah, dia cakap dia tahu ini ada khilaf, tapi apa yang dia tahu, muslimat digalakkan solat sendiri kecuali jika diimami oleh mulimin. Jadi kami pun solat asing2. Saya, If dan Yuzi berjemaah. Manakala mereka bertiga solat sendiri2. Tak pelah. Elakkan bertelagah dalam perkara2 furu'. Yang penting kita solat.

    Wednesday, September 06, 2006

    Pendidikan anak-anak: Ibu bapa perlu berpengetahuan

    Sebagai ibu bapa, pengetahuan tentang tempat-tempat pengajian adalah penting sebagai persediaan untuk memberi pendidikan yang sempurna kepada anak2.
    Ramai orang melayu yang pendidikan anak-anak mereka terbantut atau tersalur ke bidang yang tidak kena hanya kerana ibu bapa tidak mempunyai pengetahuan yang meluas tentang peluang dan ruang yang boleh diceburi oleh anak-anak.

    Di sini saya himpunkan maklumat2 yang mungkin boleh membantu untuk tujuan tersebut.

    MTAZ lahirkan hafizah yang seimbang (Liputan Utusan Malaysia)

    Direktori Usahawan Muslim (pendidikan/kolej/sekolah).

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger