Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, November 21, 2008

    Mengajar paderi belajar Quran, OK tak?

    Kawan saya, Joseph (paderi Kristian) yang buat PhD in Islamic Studies di sini, menyatakan hasratnya untuk mendalami bahasa Arab. Saya tanya nak buat apa? Dia kata nanti dia balik Nigeria, nak ngajar Islamic Studies kat University. Saya tanya dia lagi, kenapa berminat nak ajar Islamic Studies? Kenapa tak ajar Christian Studies? Dia kata, kalau jadi priest pastu ajar Islamic Studies dan boleh cakap Arab lagi, akan jadi welknown la, kira glamer la ikut bahasa kita. Ada sorang yang dah buat cam tu jadi pakar rujuk la dalam hubungan antara Kristian dan Muslim ini. Saya cadangkan kat dia belajar kitab Iqra' yang Nabhan duk belajar mengaji Quran tu, sebab dia nak belajar cara sebutan.

    Sebelum ini saya fikir priest belajar Islam, pastu ngajar pulak, tentulah akan tersasar dan menyeleweng. Sebab kita dididik dari kecil belajar untuk amal. Kalau belajar tapi tak amal, ilmu tak berkat. Tapi derang ni, belajar bukan nak aamal, tapi nak glamer pulak, ye lah, kalau orang islam belajar islam, mana glamer, tak lain dari yang lain, tapi kalau orang Islam, belajar Kristian, mengajar pulak orang Kristian, tentulah lain dari yang lain. Amacam, wanna to take the challenge? Bagus jugak kalau dengan itu dapat mengislamkan orang2 Kristian ini. Tapi itulah kebimbangan kita sebelum ini, kalau orang Kristian mengajar Islam, tentu dia akan selewengkan fakta Islam dan kita jadi sesat.

    OK, berbalik kepada Joseph tadi, dari sudut yang lain pula, saya melihat, bagus juga kalau saya support dia belajar Islam ni. Memang la niat dia awal ni nak glamer. Tapi kalau Allah nak bagi hidayah, siapa tahu? Drai huruf hijaiyyah yang dia belajar tu, dia nanti dapat baca Al-Quran, pastu , dari situ, Allah berikan hidayah kepada dia. Ramai Paderi yang belajar Islam sebab nak selewengkan Islam, akhirnya masuk Islam. Tapi ramai jugak yang tak.
    Bergantunglah.

    Macam jugak orang Islam, tak semua yang mengaji agama masuk universiti Islam, ke mesir ke, balik jadi agamawan yang bagus, kebanyakannya memang jadi bagus, tapi ada juga yang tersasar. Itulah namanya ilmu yang tak berkat.

    Saya rasa orang bukan Islam, yang niat dia suci, belajar Islam, sebab nak selamatkan orang Islam supaya tak masuk neraka, dia akan temui hidayah Allah insha Allah.

    So, next step, ajar Joseph baca Quran 5 minit sehari. Insha Allah.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger