Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, December 19, 2008

    Solat Jumaat ialah wajib?


    Tadi saya berbicara dengan seorang sahabat yang sejak kedatangannya ke sini tak pernah saya lihat dia ke masjid untuk solat Jumaat. Mungkin dia Muslim yang tidak beramal. Mungkin dia mazhab yang berbeza dengan saya. Tapi mazhab mana yang menyatakan solat Jumaat tak wajib? Mungkin dia Shiah? Shiah tak solat Jumaat ke?

    Hari ini, setelah berbincang beberapa perkara, saya tanya beliau tentang ketidakpergian beliau ke masjid setiap hari Jumaat. Saya perlu seek to understand first, to be understood. Salah satu dari 7 habits of highly efective Muslim dalam PUISI yang disampaikan oleh Ust Hasrizal.

    Dia kata solat 5 waktu adalah tiang agama. Tapi solat Jumaat tak wajib. Ia hanyalah recommended. Tiada mana2 dalil yang menyatakan solat Jumaat sebagai a part of faith. Dia kata, kalau di Iran, solat Jumaat ialah suatu yang political. Mereka yang berintima dengan Islamic regime of Iran sahaja yang solat Jumaat. Kebanyakan rakyat biasa tak solat jumaat. Mereka solat kat rumah sahaja. Batul atau tidak apa yang beliau kata saya tak tahu.

    Sebelum ini, memang beliau ada menyatakan ketidakpuasan hati beliau terhadap kerajaan Iran, yang menurutnya mempergunakan Islam untuk kepentingan politik. Walaupun saya sukakan kezuhudan Ahmadinejad, tidak bermakna saya sokong sepenuhnya kerajaan Iran. Tetapi tidak juga bermakna saya setuju sepenuhnya dengan pendapat beliau. Sebelum ini pun ada seorang student Iran yang buat PhD tentang politik Iran, juga tak suka dengan polisi2 kerajaan Iran. Biasalah oran yang tidak suka Islamdilaksanakan ini ada di mana2. Walaupun dia seorang yang baik, tapi beliau tidak memakai tudung. Walaupun di Iran beliau pakai, tapi itu hanyalah kerana kerajaan suruh pakai. Wajib pakai. So, bila dah masuk UK, beliau tak lagi pakai tudung.

    Tapi bila sahabat ini (lelaki) datang, bila mereka berdua bertemu, yang perempuan tu pakai juga lak sikit tutup kepala. Tak la terdedah seperti sebelum ini. Mungkin segan agaknya.
    Berbalik kepada soal solat Jumaat tadi. Saya tunjukkan surah Jumuah ayat 9 yang menjadi dalil kewajipan solat Jumaat. Allah suruh tinggalkan semua perniagaan dan pergi solat Jumaat apabila dilaungkan azan.

    Tapi beliau jawab balik, dalam ayat tu hanya cakap recommended. Di penghujung ayat itu ada sebut, "ia adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui". Maknanya tak wajib, hanya lebih baik. Sunat la.

    Saya tak sangka dia akan buat argument begitu. Saya tanya ini pegangan Shiah ke? Dia kata tak. Ini adalah pegangan semua, Sunni dan Shiah. Cakap dengan orang PhD bukan cam cakap dengan orang khali zihni. Dia dah ada pegangan dalam diri dia, dan kalau nak debat, kena datangkan dalil2 hujah lain la. Yang saya tak sedia sekarang.

    At least hari ini saya jumpa orang yang berpandangan solat Jumaat tak wajib bukan kerana dia malas nak solat, tapi kerana kepercayaannya terhadap ayat Quran itu bermaksud begitu.

    Monday, December 15, 2008

    animasi keluarga



    Abah, umi, Nabhan dan Hanan.

    Comel kan...

    dvd: write your own novel

    Mengimbau kenangan di Mesir dulu mengikuti program penulisan. Teringat betapa bersungguh2 penuntut2 ilmu agama di tanah Anbiya’ sana menceduk kemahiran penyampaian warisan anbiya dalam pelbagai lapangan. Karya kreatif, penulisan ilmiah dan sebagainya. Aku juga teringin menulis novel, seperti Mohnas, seperti Habiburrahman. Aku teringin menyampaikan ilmuku dalam bentuk yang pelbagai untuk mencapai pelbagai lapisan masyarakat.

    Novel antara wadah yang sangat bagus untuk dihayati. Aku gemar novel Habiburrahman. Walau penulisannya seperti penulisan diari, namun mesej yang ingin disampaikan jelas dan mudah difahami. Tapi aku tak punya banyak masa untuk melayani karya kreatif buat masa ini. Namun cita2ku ini akan aku teruskan suatu hari nanti.

    Kalau karya Habiburrahman kini telah mendapat tempat di Indon untuk di filem dan didramakan, mudahan suatu masa nanti, Malaysia juga akan mengikutijejak langkah penerbitan filem yang ditulis oleh agamawan. Yang jelas sumbernya, sahih rujukannya. Bukan sekadar imaginasi penulis didasari warna dan corak adat lokal semata.


    Untuk itu, aku belikan dvd ini, mudahan dapat membantuku bila tiba saatnya kelak. Untuk kusalurkan cerita cUmar dan sekitarnya yang ku belajar sekarang ini dalam bentuk novel yang insha Allah dapat ku garapkan dengan analoginya di Kelantan sana.


    Ya, Kelantan kini dengan Bayt Al-Maqdis zaman cUmar, persis sekali. Nantikan sentuhanku insha Allah. Tapi kini, aku perlu korek sebanyak mungkin ilmu yang boleh, untuk kubawa bekal menulis novelku nanti. Insha Allah. Mudahan lepas itu, novel itu dapat ku terbitkan dalam bentuk filem, untuk tatapan generasi akan datang, betapa indahnya bila Islam diamalkan dalam sebuah pemerintahan.


    Kini, aku harus tumpukan pada penulisan ilmiah ku ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger