Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, December 15, 2008

    dvd: write your own novel

    Mengimbau kenangan di Mesir dulu mengikuti program penulisan. Teringat betapa bersungguh2 penuntut2 ilmu agama di tanah Anbiya’ sana menceduk kemahiran penyampaian warisan anbiya dalam pelbagai lapangan. Karya kreatif, penulisan ilmiah dan sebagainya. Aku juga teringin menulis novel, seperti Mohnas, seperti Habiburrahman. Aku teringin menyampaikan ilmuku dalam bentuk yang pelbagai untuk mencapai pelbagai lapisan masyarakat.

    Novel antara wadah yang sangat bagus untuk dihayati. Aku gemar novel Habiburrahman. Walau penulisannya seperti penulisan diari, namun mesej yang ingin disampaikan jelas dan mudah difahami. Tapi aku tak punya banyak masa untuk melayani karya kreatif buat masa ini. Namun cita2ku ini akan aku teruskan suatu hari nanti.

    Kalau karya Habiburrahman kini telah mendapat tempat di Indon untuk di filem dan didramakan, mudahan suatu masa nanti, Malaysia juga akan mengikutijejak langkah penerbitan filem yang ditulis oleh agamawan. Yang jelas sumbernya, sahih rujukannya. Bukan sekadar imaginasi penulis didasari warna dan corak adat lokal semata.


    Untuk itu, aku belikan dvd ini, mudahan dapat membantuku bila tiba saatnya kelak. Untuk kusalurkan cerita cUmar dan sekitarnya yang ku belajar sekarang ini dalam bentuk novel yang insha Allah dapat ku garapkan dengan analoginya di Kelantan sana.


    Ya, Kelantan kini dengan Bayt Al-Maqdis zaman cUmar, persis sekali. Nantikan sentuhanku insha Allah. Tapi kini, aku perlu korek sebanyak mungkin ilmu yang boleh, untuk kubawa bekal menulis novelku nanti. Insha Allah. Mudahan lepas itu, novel itu dapat ku terbitkan dalam bentuk filem, untuk tatapan generasi akan datang, betapa indahnya bila Islam diamalkan dalam sebuah pemerintahan.


    Kini, aku harus tumpukan pada penulisan ilmiah ku ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger