Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Tuesday, September 09, 2008

    Siri Hati Suci: Dengki/ Hasad


    CARA MENGUBATI HASAD:
    Hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Penyakit-penyakit hati tidak mungkin diubati melainkan dengan dua cara iaitu ilmu dan amal.


    ILMU:
    Ilmu yang berguna untuk mengubati penyakit hasad ialah kesedaran atau pengetahuan kita tentang hakikat dibawah ini, bahawa:
    1. Hasad, dapat merosak agama dan dunia kita.
    2. Orang yang kita hasadkan sedikitpun tidak rosak agama dan dunianya.
    3. Orang yang dihasadkan akan mendapat manfaat dari kita kelak di akhirat kerana dia telah di zalimi.
    4. Hasad tidak dapat melenyapkan nikmat dari seseorang.
    5. Hasad dapat merosak akidah dan amal orang berkenaan.
    6. Orang yang hasad sebenarnya adalah musuh bagi dirinya sendiri, dan sebaliknya menjadi kawan bagi musuhnya.


    AMAL:
    Adapun amal yang berguna untuk mengubati sifat hasad ialah memaksa dirinya melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak hatinya yang hasad itu. Oleh itu sekiranya timbul rasa benci dan dendam kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia memuji dan ucapkan tahniah kepadanya. Dan sekiranya timbul perasaan takabbur atau sombong atau ego kepada orang yang didengkinya, maka ketika itu hendaklah ia bersikap tawaadhu' (rendah diri). Dan sekiranya timbul perasaan ingin menahan suatu pemberian kepadanya, maka ketika itu tambahlah pemberian kepadanya melebihi daripada biasa.

    Beza hasad dan ghibtah


    Bagi mencegah dan mengubati sifat dengki ini ada berbagai cara, antaranya :

    Pertama : Kita hendaklah mengawasi diri dan menyedari bahawa penyakit hasad dengki boleh merosakkan diri.

    Kedua : Kita hendaklah tahu mensyukuri nikmat yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dalam apa jua keadaan.

    Ketiga : Jika kita melihat orang lain memperolehi nikmat atau kelebihan, kita hendaklah mengakui bahawa mereka memperolehinya dengan hasil usaha dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala.

    Keempat : Hendaklah kita rajin bekerja, berikhtiar untuk mencari rezeki dan kurnia Allah Subhanahu Wata'ala.

    Kelima : Janganlah kita membanding-bandingkan diri dengan orang yang lebih tinggi keadaannya.

    Keenam : Sentiasalah kita berdoa memohon perlindungan kepada Allah Subhanahu Wata'ala dari sifat hasad dengki.

    Ketujuh : Jika masih didapati hasad dengki dalam diri kita hendaklah bertaubat dan memohon ampun (beristighfar).




    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger