sajak buat SMABA
Sebutlah,Yang kau menyayangi saudaramu
Kerana suaramu itu
Bakal merembes hormon
Yang bakal menyejukkan perasaan.
Ikhlasmu
bakal menyerap ke dalam jiwanya
dan membakar motivasi sahabatmu
bahawa masih ada yang sayang.
Tak perlu kau simpan sayang mu.
Luahkanlah.
Tiada wang yang perlu kau taburkan,
Tiada hadiah yang perlu hulurkan,
Cukup kata2 yang kau menyayangi dia,
Adakah itu terlalu sukar?
Kau takkan muflis
hanya kerana menyatakan
kau ada sayang
Justeru,
Jika kau punya sayang,
Luahkanlah,
Kerna jika luahanmu dari hati,
Ia akan singgah jua ke hati.
Dan menyiram taman mewangi,
memekar kelopak ukhuwah kerana Ilahi.
Dan jangan lupa,
Titip namaku di celah helaian doamu...
ciksu mu yang menyayangi...


0 Comments:
Post a Comment
<< Home