sabar itu mahal harganya.
Ada makanan lebih lepas makan, kalau tak ambil, membazir pulak, akan dibuang begitu sahaja. Kami pun pergi dan cari bekas2 tupperware yang ada dalam bilik rehat. Kawan saya ada seplastik bekas Tupperware, dalam 3-4 bekas dalam tu. “Ini saya puya, yang bawa hari tu”, katanya. “Ambik lah bekas yang kat dalam lemari itu, “ katanya lagi seraya menunjuk kepada beberapa bekas plastik tak bertutup dan kotor. “Basuh la sikit”.
Saya terkedu, Saya tak kisah pun dengan makanan tu. Kalau boleh bawa balik untuk suami dan anak2 alhamdulillah, itu rezeki namanya. Tapi kalau tak de bekas tak pe lah. Tapi kalau saya di tempat dia, seperti yang pernah saya berada di tempat dia sebelum ini, tentu saya akan bahagikan bekas tu supaya dapat sama2 ambil makanan tersebut. Saya cuba buang rasa hati yang berkampung. Kenapa nak rasa hati, itu kan orang punya, tak pelah. Hati saya memujuk. Kalau Allah nak bagi rezeki, akan ada bekas mendatang. Saya jumpa satu bekas plastic bertudung atas peti. Saya ambil dan isi dengan sedikit kus kus daging dan saya berlalu. Di sudut hati ada rasa sedih diperlakukan begitu oleh kawan. Individualistik? Tak patut saya tuduh dia, tapi ini bukan kali pertama. Kengkadang saya rasa bingung bagaimana nak berkawan dengan orang2 seperti ini. Kalau saya di tempat dia, saya takkan sampai hati makan sorang. Hatta saya pernah share sebungkus makanan yang saya ada walaupun sedikit dengan dia.
Sungguh rezeki itu Allah yang beri, walaupun sedikit, dishare, alhamdulillah saya kenyang, itulah hikmah rezeki Allah.
Tapi kengkadang, sebagai manusia biasa hati saya tercalar juga bila berhadapan dengan sikap kawan yang seperti ini.
Ikhlas, Ikhlas. Kita kena ikhlas. Kita memberi bukan untuk menerima. Tak pe. Allah akan gantikan dengan yang lebih baik, percayalah.
Saya tahu dan saya sedar saya kena ikhlas, Cuma kekadang saya rasa dipergunakan, dan diambil kesempatan. Camne saya nak buat? Bila orang susah kita tolong, bila kita susah?
ALLAH AKAN TOLONG. YAKIN LAH. Iman saya menjawab.
Ya, betul, Allah akan tolong.
Ya, betul. Hatta kalau dah tak de orang kat dunia ini nak kawan dengan saya pun, ALLAH AKAN TOLONG insya Allah, dan nak dapat kawan dengan Allah ini, kenalah sayang Allah lebih dari segalanya. Tidak menggantung harap kepada manusia.
Ya, Insha Allah. Saya akan cuba, didik hati saya.
Ya Allah, kurniakanlah cintaku hanya kepadaMu.
Kurniakanlah rinduku hanya kepadaMu.
Dan untuk mendapat pahala sabar itu bukan mudah, pahit menahan sabar perlu ditelan.
SABARLAH, SYURGA MENUNGGUMU DI SANA.
Sabar aje ke? Tak payah cakap pape ke dengan sikap dia? Bagaimana jika dia teruskan aje dengan sikap dia tu? Tanpa sape2 yang tegur?
Rasulullah ketika dihujani macam2 oleh orang disekitarnya, baginda bersabar. Ditabur duri, dibaling perut unta. Dll, Bila perkara buruk itu dibuat kepada individu baginda, baginda bersabar. Tapi bila perkara buruk dibuat kepada Islam, Maka dia akan bangkit. Menentang.
Kita kengkadang, kalau benda yang buruk kepada Islam, kita takut2 nak bangkit, cthnya, gejala murtad, tak pe tak kena kat aku, anak2ku, atau jiran tetanggaku.
Tapi bila minyak naik, periuk nasi kita terganggu, baru kita nak bangkit. Adakah kita juga ada sikap individualistik? Waliauzubillah.
Justeru, kalau pun nak bangkit pasal minyak, jangan niat untuk diri kita sorang, tapi niat untuk semua rakyat. Lebih2 lagi mereka yang di medan tanahair sana. Justeru, kita yang duk luar negara ni, jangan berlepas tangan hanya kerana kita tak kena tempias itu. Itulah individualistic namanya.
SABARLAH, SYURGA MENUNGGUMU DI SANA.


1 Comments:
Assalamualaikum Fa,
Sedih pulak bila baca ni.Fa jgn rasa macam tu.Ramai lagi yang nak berkawan dgn Fa.Insya Allah...setiap kebaikan yang ditaburkan pasti akan ada ganjaran yang menanti..bukankah hadith ada menyebutkan..satu kebaikan akan dibalas 10.Tapi bukan itu sebenarnya yg kita mahu...kita nakkan redha Allah..so untuk itu..pastilah ada ujian dan mehnah yang merentang jalan ke arah itu.Semoga Fa yang tabah dan sabar akan bertambah lagi ketabahan dan kesabarannya....Insya Allah..
Post a Comment
<< Home