Usrah online Kristian
PALTALK
Malam ini saya mencuba paltalk yang baru diperkenalkan oleh sahabat. Kegunaannya lebih kurang sama dengan Yahoo Mesenger. Tapi ada lain sikit-sikit. Saya explore aplikasi room. Aplikasi ini seperti MIRC yang dah lebih 6 tahun saya tak guna.
MIRC
Dulu pernah guna beberapa bulan masa baru belajar internet. Tapi saya tak gemar, sebab saya tak tahu siapa yang saya cakap dengannya, dan banyak pun yang menipu. Lelaki kata perempuan. Perempuan kata lelaki. Hingga ada kes saya dengar sampai jatu cinta dibuatnya, last2 dapat tahu, sama jantina. Huhu, tensen.
PALTALK ROOM
Semasa explore kegunaan2 dalam Paltalk ini, saya tengok2 room yang ada. Saya tertarik kepada 2 room yang tajuknya berkenaan christian. Talk about Jesus dan apa tah satu lagi, saya tak ingat. Oleh kerana research saya turut mengkaji tentang sejarah masyarakat Kristian sekarang, saya rasa tertarik nak jenguk2 room tersebut. Mereka sedang membicarakan pasal virginity. Agaknya pasal Jesus yang tak kawen. Ada seorang wanita tengah memberi respon betapa dia dah kecewa untuk kawin lagi, kerana 'teruk' kena belasah oleh suaminya. Dan dia memandang Islam teruk begitu jugalah sebab Islam mengizinkan lelaki kahwin hingga 4. Panjanglah debate dia. Saya nampak ada juga muslim lain yang join the room dan memberi pandangan2 mereka.
SALURAN DAKWAH
Bagus juga kalau ada masa join discussion seperti ni, sebab boleh sampaikan message across the community. Wanita yang bercakap tu kedengaran accentnya seperti American. Saya sempat juga menitip beberapa respon dalam perbincangan, namun memikirkan ada tugasan yang perlu disiapkan untuk esok, saya terpaksa berundur.
USRAH ONLINE KRISTIAN
Secara tak langsung saya dah join usrah online Kristian. Hehe. Tapi OK je, boleh tahu bagaimana misinterpretation mereka ttg Islam dan boleh jawab live. Selalu dalam usrah kita bincang sesama Muslim yang sefikrah sahaja. Sesekali diskus dengan non muslim, baru kita dapat tengok betapa indahnya Islam.
Ryan
Saya teringat Ryan, sahabat di tempat belajar saya. Tinggal beberapa bulan lagi sebelum beliau meninggalkan ALMI. Saya perlu berbuat sesuatu untuk diskus dengan beliau tentang Islam. Nanti saya bincang dengan sahabat2 yang lain.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home