Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Monday, April 14, 2008

    Erti berbudi

    Kalau kita bantu orang masa dia susah pastu orang tu tak bantu kita, masa kita susah, tentu kita rasa sangat kecil hati.

    Tapi yakinlah kalau bantuan dia yang kita harapkan, Allah lepaskan kita dengan bantuan orang tu sahajalah. Tapi kalau kita bantu dia semata-mata kerana Allah, Allah akan bantu kita bila kita susah melalui cara lain. Untuk budi yang pernah kita tabur, kita lupakanlah, kerana kita berbudi kerana Allah, bukan kerana manusia.

    Untuk kita pula, kalau orang lain berbudi, usahakanlah balas budi mereka lebih baik dari apa yang mereka bantu kita. Insya Allah semoga rezeki kita deberkati Allah dan dipermudahkan urusan hidup di dunia hingga akhirat. Ameen.

    Menyatakan ikhlas memang mudah, nak buat, memang perlukan praktis, terutama di saat ditimpa ujian. Kalau berjaya manisnya terasa bercinta dengan Allah.

    3 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Ye kak fa. saya setuju dgn entry kak fa ni. tapi ada juga point saya kurang setuju.

    in other way of thinking,kalau orang yang kita bantu tak bantu kita semula, kita kena fikir juga, adakah kita benar-benar ikhlas waktu membantu sahabat kita? sebab ikhlas Lillahi ta'ala bukan mudah..

    dan saya pernah ambil pengajaran dari kisah sahabat, usah kita kenang yang kita pernah berbudi pada orang..sebaik2 kita ialah, berbudi dan lupakan yang kita pernah berbudi..itu saya rasa namanya ikhlas. kalau kita harapkan orang yang kita tabur budi tu mengingati kita, tandanya kita kurang ikhlas. Ni saya dapat masa kuliah maghrib dan juga pengalaman hidup.

    dan saya kurang setuju dengan kenyataan kak fa, bahawa urusan dia tak balas budi kita tu urusan dia dengan Allah..sort of mcm kita marah pd dia pula..sedangkan kalau kita sayang sahabat kita tu, balas budi atau tidak..kita tetap sayangkan dia dan mendoakan kebaikan unt dia.

    tapi saya faham, sebagai insan biasa..bukan mudah unt buat semua itu. perlu sifat2 mujahidah, sabar yang sangat2 kuat.

    justeru itu saya cadangkan akak usah dikenang-kenang budi akak pada orang.dan usah dikenang-kenang keburukan sahabat yang tidak mengenang budi..manalah kita tahu sahabat ada sebab tersendiri tak dapat membantu kita..bukan semua orang mahu berkongsi masalah. sebaiknya, semakin orang tak kenang budi, kita kerap manabur budi. Itu saya rasa sebaik2 langkah..

    wallahua'lam.

    5:52 pm  
    Blogger didie said...

    Ya, betul betul, terima kasih Nur dinie...

    9:23 pm  
    Anonymous Anonymous said...

    Salam...
    Ikhlas..perkataan yang mudah untuk diungkapkan tetapi amat sukar untuk dipraktikkan kerana ia bersangkut paut dengan soal hati.Namun ia perlu dipupuk dan dipujuk sebagaimana kita memupuk dan memujuk nafsu kita untuk melakukan kebaikan dan sesungguhnya ia memerlukan perjuangan yg bukan sedikit tp hasilnya Subhanallah...manis sekali.Doalah selalu..mudah2an Allah mencampakkan keikhlasan di dalam hati kita dan kitalah hamba yg Allah pilih utuk berbuat sesuatu dengan penuh keikhlasan...Insya Allah..
    Allah berfirman di dalam satu hadis Qudsi yg bermaksud:
    Ikhlas itu adalah rahsia dari rahsiaKu dan aku campakkannya ke dalam hati hamba2 yg aku kasihi.
    Wallahu A'lam.

    5:57 pm  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger