pemergian abah...
Saya mendapat panggilan dari abang saya. Umi memberitahu abah telah pergi menemui Ilahi. Jumaat 8.30 pagi. K Yah, K Ti dan K Marsinah ada di rumah semasa abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Selasa semasa umi nak turun ke Seremban bagi rawatan mata beliau, umi jumpa abah. Minta maaf dari abah, minta halal segala2 nya, Abah sahut kecil. Hmm, 2 kali. Abah pandang umi. Saya boleh bayangkan.
Umi turun dan ke Seremban bersama Pak Di dan 2 anak K Ti.
Khamis pagi waktu UK, saya telefon ke rumah. K Marsinah bgth Abah batuk2 dan muntah2. Saya telefon K Ti bagitahu. K Ti kata memang abah dah batuk2 dan muntah2 begitu sejak 3 bulan yang lalu.
Umi telefon ke rumah jam 8 pg hari Jumaat. K Marsinah bgth abah demam kuat. Umi telefon sekali lagi, abah dah pergi. K Ti bagitahu bahagian khairat kematian. Mereka terus datang uruskan abah. Segala kelengkapan telah mereka sediakan. Urusan pengkebumian abah sungguh lancar dan mudah.
Umi segera balik dari Seremban. Umi dan Abg Pi sempat tatap wajah abah yang terakhir di masjid. K Bah sempat di perkuburan. Urusan sungguh lancar tanpa tangguh2. Memang Islam menganjurkan jenazah diuruskan dengan cepat tanpa di tangguh2kan.
Umi kata orang yang mandikan abah kata badan abah sungguh wangi dan lembut tatkala dimandikan. Saya boleh bayangkan, sebab badan org sakit terlantar ni, memang tak wangi. Sendi2 abah juga keras masa abah sakit dulu. Jadi kalau dia kata wangi, maknanya memang wangilah, dan kalau orang kata lembut, memang lembutlah. Wajahnya pun putih bersih. Umi kata, abah pergi dengan baik, husnul khatimah. Allah panjangkan umur abah untuk kami jaga beliau dengan kesabaran dan bakti.
Saya sempat balik Januari lalu. Mandikan abah buat kali terakhir. Dengan bantuan abang (suami), K Yah dan K Ida. Saya gosok abah dengan penuh kasih sayang.Tidak mudah menjaga orang sakit terlantar. Saya ucapkan terima kasih sangat kepada K Yah, K Ida, K Marsinah dan K Ti yang banyak membantu menjaga abah sepanjang ketiadaan saya. K Bah, K Mar dan Abg Pi juga selalu balik tengok2kan abah. Umi yang juga uzur, setia di sisi abah sepanjang masa.
Umi di sisi Tok Nik dan Tokki Embong, Tok Som dan Tokki Nik (belah abah) tatkala mereka menghembuskan nafas terakhir.
Tapi Allah takdirkan Umi tak sempat di sisi abah di saat terakhir beliau. Tapi saya yakin abah redha dengan umi sebagai isteri.
Umi menjaga abah dengan penuh kesabaran sejak kali pertama abah kena stroke, ubat beliau dengan segala cabaran dan ujian. Kali ini, ialah yang paling panjang, stroke kali yang keempat. Yang tak sembuh2 dah. Yang menyaksikan ujian Allah yang paling hebat. Tapi Allah sayang abah, Allah panjangkan usia abah, dan bagi peluang untuk anak2 jaga abah dalam keadaan yang lebih baik, abah terbaring tak boleh bercakap, hingga akhir hayatnya.
Umi mengaji di sisi abah setiap hari. Kalau abah sihat, abah juga akan mengaji setiap hari. Abah suka belajar dan mengajar Al-Qur’ān.
Umi kata abah tak de musuh. Abah ramai kawan. Masa abah sakit dan masih mampu bercakap, abah masih minta pergi ke masjid untuk solat berjemaah. Solat Jumaat, abah minta diangkat ke masjid. Kami (anak2 perempuan kat rumah ni) akan angkat bawa abah dengan kereta ke masjid dan minta tolong orang2 lelaki kat masjid angkat abah bawa masuk ke dalam masjid. Abah begitu cintakan masjid.
Masa abah sakit terlantar, dan masih ingat, abah puasa penuh lagi 30 ramadhan. Sejak 3 tahun yang lalu, selepas abah dah tak ingat apa2, abah dah tak solat dan puasa lagi. Abah hanya diam. Kewajipan abah sebagai mukallaf telah gugur semua. Yang tinggal adalah kewajipan kami untuk menjaga abah sebagaimana kami pernah dijaga waktu bayi dulu. Abah di hujung usia benar2 seperti bayi. Tak boleh makan solid lagi, hanya boleh minum susu. Umi kasihan tgk abah minum susu sahaja, umi suapkan bubur nasi blender. Tapi tekak abah memang dah tak boleh terima. Abah muntah2 hingga masuk wad.
Sejak itu, umi tak suap abah nasi lembek lagi.
Setiap kali saya telefon rumah tanya khabar abah, umi akan kata abah sihat. Sihat dalam konteks orang yang sakit stroke dan terlantar.
Masa abah sakit dan masih boleh ingat dulu, sahabat2 abah yang sakit kemudian dari abah, meninggal seorang demi seorang, abah kira seorang demi seorang sahabatnya yang pergi dulu. Abah ternanti2 gilirannya pula. Tapi Allah izinkan abah untuk menghirup udara di dunia ini lebih lama. Saya percaya Allah sayangkan abah, dan nak mengurniakan masa untuk kami anak2 menjaga abah. Orang lain sedih sebab tak berkesempatan menjaga ibu bapa mereka masa sakit. Kami alhamdulillah Allah kurniakan masa itu. Alhamdulillah.
Sepanjang abah sakit yang tak boleh bercakap, saya hanya mampu balik 2 kali dari , untuk menjaga abah. Abah, maafkan saya kerana tidak dapat berbakti untuk abah dengan lebih banyak.Insya Allah, saya akan meneruskan usaha abah mengajar al-Qur’ān kepada orang lain. Terima kasih abah kerana telah berkorban banyak untuk membesarkan saya dan mendidik saya menjadi insan yang beriman. Terima kasih abah yang telah mengajar saya al-Qur’ān.
Perasaan saya bercampur baur sekarang ini.
Saya perlu gembira kerana abah telah pergi mengadap Tuhannya dengan pengakhiran yang baik. Yang masih belum pasti ialah kami yang masih hidup ini, Yang amalnya tidak sebanyak abah. Yang mengajinya tak sebanyak abah. Yang membantu orang lain tak sebanyak abah. Yang mengajar orang lain tak sebanyak abah.
Abah yang kami kasihi kini telah berada di alam barzakh. Apakah yang boleh kami buat untuk memberi bekal kepada abah?
Bekalan untuk manusia setelah mereka meninggal, ialah anak yang soleh, ilmu yang diajarkan, sedekah jariah. Abah mendidik kami menjadi anak yang soleh. Cukup solehkah saya? Ingatkah lagi saya kepada didikan abah dulu? Kalau saya sayang abah, saya mesti meningkatkan kesolehahan saya, dan selalu doakan abah. Ya Allah jadikan say aanak yang solehah, suami saya menantu yang soleh, dan anak2 saya cucu yang solehin.
Ilmu yang diajarkan, abah telah mengajar saya al-Qur’ān, Ya Allah, kurniakanlah kemampuan kepada saya untuk mengajarkan orang lain pula ilmu yang telah abah ajarkan saya ini. Mudahan pahalanya akan sampai kepada abah, insya Allah.
Sedekah dan amal jariah, saya boleh bersedekah di atas nama abah insya Allah, mudahan pahalanya akan berpanjangan abah terima di alam sana.
Ya Allah, terimalah amalan kami ini. Dan kurniakan kami kesempatan untuk bertemu abah dan ahli keluarga kami nanti suatu masa nanti di alam sana, dan golongkan kami di kalangan hamba2Mu yang soleh, amin.
Adakah abah ada hutang? Umi kata abah tak de hutang.
Abah dah tunaikan haji alhamdulillah..
Abah puasa hingga gugur kewajipan mukallaf di bahunya. Selepas itu, umi bayarkan fidyah bagi puasa yang tak mampu beliau tunaikan.
….
Andai saya dijemput hari ini, adakah saya bersedia seperti abah? Sudahkah saya tunaikan semua kewajipan saya sebagai hamba Allah?
Adakah saya ada hutang? Sudahkah saya lunaskan semua hutang saya?
Adakah say aberhutang puasa? Sudahkah saya lunaskan semua hutang puasa saya?
Ya Allah…..
Kurniakan aku kesempatan untuk melunaskan kewajipan2ku sebelum Kau menjemput ku ke alam sana….



0 Comments:
Post a Comment
<< Home