First task as president
Tugasan saya yang pertama sebagai Presiden ALMISS ialah menghadiri meeting Institute Council sebagai Student representative. Antara yang hadir dalam meeting tersebut, Chancellor Institute, Lord Elder, Acting Principal, Prof Malory, Abu Baker, Helen dan lain2 lagi.
Asalnya saya tak nak hadir sebab sakit kepala yang amat sangat dan badan panas sejuk nak demam. Tapi sebab dah tak de org lain boleh ganti, maka digagahkan diri jugak. Masa saya masuk ke Board meeting Room tu, beberapa org dah ada kat sana menunggu sambil2 minum copy dan makan biskut yang disediakan.
Bagus mereka datang awal. Mereka tak salam pun? Saya pun tak salam gak la, senyum aje, tak de mood betul nak salam2 sebab kepala tgh pusing. Lord Elder datang. Dia round meja salam dengan semua orang, dia tgk saya, saya senyum. Dia datang dekat, tanya khabar, saya cakap saya kurang sihat, baru telan paracetamol. Saya senyum lagi dan tunduk hormat kepada beliau.
Bagusnya, beliau tak hulur tangan kepada saya. Dia tahu saya tak salam dengan lelaki.
Kat sini point yang saya nak tekankan.
Lord Elder ialah orang yang menyampaikan sijil kepada saya masa majlis graduation Master saya tempohari (2004). Masa atas pentas tu, ada Muslim perempuan yang salam jugak dengan dia. Alasan, tak nak jatuhkan air muka dia di khalayak ramai. Giliran saya, saya jalan hala dia, bawa tangan ke dada dan tunduk sedikit sebagai hormat. Dia tarik balik tangan dia yang telah dihulurkan. Masa majlis graduation tersebut saya kena naik pentas terima hadiah 3 kali; 1-sijil master 2-Anugerah Dissertation terbaik. 3-Anugerah Keseluruhan Master terbaik. Jadi, untuk kali kedua dan ketiga, beliau dah tak hulur tangan dah, sebab dah faham, bahawa saya tak bersalam dengan lelaki.
Apa yang saya nak tekankan kat sini, kita ni orang Islam, kengkadang takut sangat org kecil hati dengan kita, hingga kita membelakangkan hukum agama kita sendiri. Saya tahu, hukum bersalam dengan ajnabi ni ada perbincangan ulama berkenaannya. Ada yang bagi rukhsah(?) untuk salam dalam keadaan seperti di atas. Tapi kalau dah terbiasa begini, Islam sama Islam pun salam jugak, apa ke halnya? Bukan tak tahu haram? Kalau nak ikut jaga hati, tentu Rasulullah dah salam dengan wanita2 yang datang berbai'ah dengan baginda masa Bai'ah Aqabah kedua. Kang kalau tak salam kecil hati pula mad'u baru tu. Tapi Rasulullah tak buat gitu.
Justeru kita kena ada jati diri. Kita bukan menyombong diri dengan mereka. Kita bercakap, senyum, dan berkomunikasi dengan hormat dengan mereka, pada kadar yang dibenarkan oleh syarak. Tak payah la salam. Alhamdulillah, hasilnya, Lord Elder bila jumpa saya lagi dalam meeting kali ini, beliau dah tak hulurkan tangan kepada saya, tapi beliau tetap datang dekat saya dan bertanya khabar saya.
Agaknya apalah Lord Elder rasa pasal Muslim ni, Ada muslim yang salam dengan org lelaki, ada yang tak. Mana satu betul agaknya. Hmm...
Meeting kali ini, membincangkan tentang perjalanan Institute, aktiviti, program, perkembangan, kewangan dll.
Report oleh principal dibentangkan. Cantik. Macam buku. Semua perjalanan institute terkandung dalam tu. Report ini sudah tentu akan menjadi sumber sejarah pada masa akan datang.
Prof Malory memperkenalkan saya sebagai President ALMISS yang baru kepada semua ahli mesyuarat. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada saya. Saya senyum lagi dengan kepala yang pening.
Meeting bersurai dan saya bersalam dengan ahli meeting yang wanita. "I am sure we will meet again," kata mereka dengan ramah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home