Farewell... and good wish...
Saya dapatkan jadual kelas master tahun ini dari Dr Hagi, mungkin ada manfaatnya saya masuk kelas tertentu untuk membantu research saya. Walaupun kelas tu tajuknya mungkin sama, saya percaya ada ilmu baru akan diperolehi.Nama semua lecturer ada dalam jadual kelas kecuali Dr Sahin. Mungkin beliau tidak mengajar sesi ini? Saya masuk ke bilik Dr Maher dan Dr Sahin. Nak dapatkan jadual kelas Dr Maher pula. Meja Dr Sahin kosong. Saya terkejut. Saya tanya Dr Maher, beliau kata Dr Sahin dapat offer lebih baik dan dah meninggalkan institute kurang dari sebulan yang lalu. Saya terkejut sekali lagi. Macam mana saya boleh tak tahu? Kenapa tiada sesiapa yang bagitahu saya?
Dr Sahin bagi saya seorang lecturer yang sangat bagus. Dialah yang telah menyelamatkan motivasi saya sebelum ini. Jasa beliau telalu besar buat saya. Beliau juga sangat berpengalaman terutama dalam research skills. Abg Amir pernah sedikit cemburu dengan K Asyi kerana K Asyi bermula dengan Dr Sahin, jalan research beliau jelas. Sedangkan Abg Amir banyak try and error.
Tapi kini beliau telah pergi… Tanpa sempat saya ngucapkan selamat tinggal. Pada saat ini, saya rasa sungguh sedih….
Semoga langkah Dr akan diiringi rahmat dan nusrah Allah di mana jua Dr berada, Insya Allah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home