Pencatat minit
Semasa Open Parliament dalam program ALMI student network Forum tempohari, saya menyahut seruan Prof Awaisi untuk menjadi juru catat bagi slot tersebut. Dari catatan yang asalnya diminta supaya dibuat atas kertas mahjong, dengan marker, saya cadangkan supaya terus taip pada laptop dan dipaparkan pada lcd projector supaya dapat dilihat oleh semua audien. Saranan saya disambut baik. Alhamdulillah, saya meraih keyakinan diri untuk menjadi pencatat dalam bahasa Inggeris hasil keterlibatan sebagai setiausaha ALMI Student Society (ALMISS). Sebelumnya, saya rasa macam mustahil sahaja saya boleh jadi setiausaha kerana tidak yakin untuk menaip minit mesyuarat dalam bahasa inggeris. Alhamdulillah, dengan mencuba, latihan demi latihan saya buat dan alhamdulillah, sebenarnya saya boleh buat.
Moralnya: Kita sering rasa tak yakin pada apa yang kita belum berjaya buat. Kita perlu mara dan redah mencuba. Insya Allah bila kita berjaya melewati batas keraguan itu, keyakinan akan memancarkan sinarnya.
Prof’s advice: Nothing is impossible. You plan it, you do it, then you get it.
Insya Allah , saya akan cuba menyelam ke dunia historical research ini walaupun saya rasa saya tak yakin boleh buatnya sekarang. Mudahan keyakinan itu akan saya raih selepas ini, insya Allah.
Moralnya: Kita sering rasa tak yakin pada apa yang kita belum berjaya buat. Kita perlu mara dan redah mencuba. Insya Allah bila kita berjaya melewati batas keraguan itu, keyakinan akan memancarkan sinarnya.Prof’s advice: Nothing is impossible. You plan it, you do it, then you get it.
Insya Allah , saya akan cuba menyelam ke dunia historical research ini walaupun saya rasa saya tak yakin boleh buatnya sekarang. Mudahan keyakinan itu akan saya raih selepas ini, insya Allah.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home