Selamat datang puteriku..

11 Rabiul Awal 1428 yang lalu, bersamaan 30 Mac 2007, 7.46 pagi Jumaat, lahirlah cahaya mata kedua kami, seorang puteri seberat 3.54 kg. Wajahnya yang tak dapat kami lihat semasa scan 24 bulan, ternyata menenangkan hati kami. Comel dan lemah lembut, penuh ciri-ciri keperempuanan. Alhamdulillah, besar kurniaanMu ya Allah.
Berbeza dengan Nabhan, kami masih belum finalise nama untuk baby kedua ini. Jadi agak sukar untuk memanggilnya. Jadi kami hanya menggunakan panggilan baby untuknya.
Kemudiannya, kami namakan dia Fatimah Zatulhanan dan memanggilnya Hanan.
Pengalaman bersalin kali kedua ini berbeza dengan yang pertama. Sakit tu sakit juga, tapi pengalamannya lain. Insya Allah akan saya cuba rakamkan pengalaman itu buat rujukan diri sendiri dan sahabat2 yang ingin berkongsi pada masa akan datang.
Catatan pengalaman itu penting. Sebab tu kat library gereja semua benda ada rekod. Peristiwa, nama dll. Jadi, sebarang research yang nak dibuat pada masa depan, boleh merujuk ke situ. Catatan Ibnu Battutah menjadi sumber sejarah yang berharga hingga hari ni. Catatan diary Queen Victoria dari kecil hingga besar menceritakan bagaimana baginda dia dibesarkan sebagai bakal Queen kerajaan itu. Siapa tahu, catatan yang kita buat pada hari ini akan menjadi sesuatu yang berharga juga pada masa akan datang.
Catatan pengalaman dan seterusnya tentang Hanan saya teruskan di blog Nabhan.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home