Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, December 13, 2006

    Monolog seorang researcher

    Wahai diri…

    Ingatlah tatkala kau ingin keluar rumah setiap pagi, Nabhan menangis2 mengiringi pemergianmu. Meronta2 dia ingin mengikutimu. Besarnya pengorbanan seorang anak melepaskanmu pergi. Nabhan perlu bersabar setiap hari menunggu kepulanganmu. Nabhan anak yang baik sanggup menukar cara hidupnya, tidur siang dan berjaga malam kerana ingin bersama mu. Pukul 3.30 pagi dia akan bangun dan ingin bersam mu walaupun sekadar makan dan menonton TV. Tidak kah kau mengerti betapa seorang anak kecil itu mendambakan kasih saying dan belaianmu?



    Tidak kah kau fikirkan pengorbanan yang Syahida berikan dengan meninggalkan kampung halaman dan datang membantumu menjaga anakmu. Ketepikan segala hal2 yang telah dilakukannya, tapi dengan keberadaannya di sini, telah memberikanmu ruang yang banyak untuk study dengan selesa. Sepatutnya kau menggunakan waktu itu semaksima mungkin untuk studymu.



    Tidakkah kau mengerti pengorbanan suamimu yang sanggup bekerja sebagai customer servis kerana menunggumu study di sini. Kalau dia mementingkan dirinya, dia boleh balik ke Malaysia dan memulakan kariernya sebagai pensyarah yang menjanjikan carier development yang lebih baik. Tapi dia sanggup bersama mu di sini untuk memberi sokongan dan dorongan kepada mu.



    Tidakkah kau ingat betapa banyak Allah telah memberikan nikmat dan kemudahan kepadamu untuk meneruskan hidup ini. Banyak nusrah telah Allah berikan. Justeru, teruskan ibadah dan munajat kepada Allah sebagaimana yang pernah kau lakukan suatu waktu dulu. Dan tingkatkan usahamu di waktu yang masih tersisa ini. Untuk kau capai yang terbaik dalam pengajianmu.



    Ingatlah. Kau masih ada 3 bulan sebelum bayi mu yang kedua lahir, yang akan membutuhkan perhatianmu yang lebih. Dia juga akan memerlukan perhatian, kasih sayang, sentuhan, pendidikan dan belaian mu, sebagaimana juga Nabhan. Justeru, manfaatkan 100 hari yang masih tersisa ini sebaiknya….



    Ya Allah, permudahkanlah pengajianku.
    Kurniakanlah aku idea2 yang bernas dalam menempuhi kajianku. Kurniakanlah aku dan sahabat2ku kejayaan yang cemerlang dalam pengajian kami. Lancarkanlah kajian kami. Sucikanlah niat kami membuat kajian ini hanya untuk meraih ilmumu Ya Allah…
    Rabbbana zidna ilma, rabbana zidna ilma, rabbana zidna ilma….


    Ameen Ya Rabb..

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger