Graduation abang
Kepalanya boleh ingat fakta2 yang dibaca walaupun tak hafal. Dia hanya perlu lipat pages buku yang mengandungi info2 yang diperlukan sedangkan saya perlu menanda dengan pensel mana ayat yang mengandungi info2. Allah beri kelebihan kepada Abang. Alhamdulillah...
Abang kuat ingatan, sedangkan saya agak lemah. Begitulah Allah menyediakan jodoh kita yang saling lengkap melengkapi. Bila kengkadang ada rasa tak enak dalam rumah tangga, saya segera insaf bahawa rumah tangga ini saya bina, bukan atas dasar kerana dia apa2. Tapi semata2 kerana saya yakin jodoh kami adalah ketentuan Allah, Allah memberikan yang terbaik buat saya. Justeru, kenapa saya tidak mahu meyakini dan bersyukur dengan kurniaan Allah ini?
gambar dalam dewan graduation
Jumaat yang lalu graduation PhD abang. Saya masih ingat pengalaman pertama kali bergraduation masa abang mendapat master dulu. Habis abang saya make-up dan siapkan pakaian. Hehe, tapi kali ini, abang kena bersiap sendiri, kerana saya perlu siapkan diri saya sendiri dan si kecil. Tak pe lah.
bergambar bersama graduan lain di taman
Abang adalah anatara 4 orang yang menerima ijazah kedoktoran (PhD) dalam majlis tersebut. Selain itu ada 5 orang lagi yang menerima ijazah sarjana (MLitt).
dalam bilik majlis bersama tenaga pengajar
Tahniah abang, doakan saya untuk mengikuti jejak langkah abang dalam menimba ilmu Allah di maya pada ini...

Malamnya,graduates diraikan dengan jamuan makan malam di restoran Matka Masala. Nabhan pun ikut sekali tetapi dia dah penat benar dan mengantuk, sebelum starter sampai, dia dah mengambil tempat untuk tidur hingga lah, majlis makan selesai. Alhamdulillah, bagus juga. Senang ummi nak makan. :)


3 Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
waaa tahniah paksu..... Dr ameen....huhuh
cik su ape lagi...berusaha..berusaha.lpas ni Dr cik su plak..kita tgok sape dapat doktor dulu....mrym ke cik su.....
same2 kita..
betui tu.... setiap kejadian atau peristiwa ada hikmahnya sama ada kita mahu membuka mata melihatnya atau tidak...it all about ur perception
kay...gambate!!! (berusaha)
muslim mesti cemerlang
Doakan... insya Allah, sama2 kita chaiyok.. Dr Maryam and Dr Ciksu, hehe..
Post a Comment
<< Home