Anak-anak saudara ku
Saya sayang anak saudara saya sebagaimana saya sayang Nabhan. Saya mahu mereka berjaya hidup dunia dan akhirat, sebagaimana saya mahu diri saya dan anak2 saya berjaya di dunia dan akhirat.
Shakur, anak saudara saya yang sulung. Membesar dulu bersama saya. Jenguk duni tatkala saya baru berusia 5 tahun. Kami sama2 menikmati zaman kanak2. Saya harap saya telah menjadi ibu saudara yang baik, kerana dari kecil, saya tidak pernah pandai membuli orang. Kini Shakur telah menjejak alam pekerjaan. Insya Allah, ciksu yakin, Shakur boleh menjaga diri. Shakur tidak mudah terpengaruh dengan anasir negatif. Shakur tidak ada girl friend. Saya selalu pesan pada Shakur, Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Jadi kalau kita mahu mendapat isteri yang solehah, kita kena menjadi lelaki yang soleh juga.
Maryam, anak saudara yang kedua, juga rapat dengan saya. Kini belajar dalam jurusan perubatan. Dia matang walaupun usianya yang muda. Pandai menjaga kanak-kanak dan punya pendirian. Perlu dibimbing agar kematangan makin terserlah. Dia juga seorang yang pandai menjaga diri. Saya yakin pada Maryam. Dia punya kesedaran yang tinggi untuk membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat. Dia ingin menjadi Daie yang baik. Saya doakan Allah memberi dia thabat di hati dalam jalan dakwah ini, insya Allah.
bersambung...


0 Comments:
Post a Comment
<< Home