Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Thursday, July 27, 2006

    Ahlan Rejab

    Bulan rejab adalah salah satu daripada bulan-bulan yang haram selainMuharram, Zulhijjah dan Zulkaedah.( Tafsir Al-Jalalain )

    "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlahkamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (denganmelanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnyaAllah berserta orang-orang yang bertakwa." al-Taubah:36

    Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

    Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam ayat di atas dan terdapat juga HadisSahihin mengenai Hijatul Wada', didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Pada masa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

    Adapun tentang kenyataan-kenyataan yang menyatakan fadhilat bulan Rejab secara khusus dan amalan-amalan padanya adalah disandarkan kepada riwayat-riwayat yang maudhuk ( palsu ) dan dha'if jiddan (terlalu lemah).

    Antaranya ialah hadis;"Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyimal-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95,cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria) Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliaumeninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Diajuga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solatpada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizanal-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutubal-`Ilmiyyah, Beirut).Dan banyak lagi. Saudara bolehlah rujuk kepada beberapa kitab besarserta muktabar dan mencari bab tentang hal ini seperti Fathul Mu'indalam pembicaraan sampingan, al-Iqna' , atau kitab-kitab Imam Al-Zahabidan sebagainya.

    Walau bagaimanapun di sana terdapat beberapa amalan yang dinyatakan oleh ulamak besar berdasarkan sunnah seperti,

    1. Sheikh Mahmud Al-Sya'rawi ketika menjawab satu pertanyaan mengenai apakah bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain"

    2. Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakan imam empat mazhab (Syafiie,Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya.
    Kata Dr Wahbah Zuhaily :"Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram). Antara yang afdal puasa dibulan haram ialah HariAl-Asyura'.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger