Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, May 24, 2006

    Al-Quran dan Hadis segera di Yahoo mesenger

    Ada menerima forward mesej tentang ID quran.noble sebelum ini?

    Sebelum ini saya agak khuatir sebab tidak tahu siapa yang membuat aplikasi ini. Bimbang non-muslim yang cuba mencucuk jarum kepalsuan ke dalam rujukan primer umat Islam ini.

    Alhamdulillah saya dapat chat dengan pengendalinya, seorang muslim, Rafeeq Ahmad dari India. Beliaulah yang membuat aplikasi ini.
    Subhanallah, semoga Allah menganjarinya atas usahanya menyebarkan 2 tinggalan Rasulullah s.a.w. ini.

    ID Quran.noble telah ditutup oleh yahoo kerana lebih 2000 orang telah menggunakannya.

    Anda boleh mendapatkan Ayat Alquran (Arab), terjemahannya dalam pelbagai bahasa, hadis, dll melalui YM.
    Cara:
    1. Add ID tertentu ke akaun Yahoo Mesenger anda
    2. kemudian berikan command tertentu.

    Aplikasi ni juga boleh digunakan dalam MSN, ICQ, AOL, dll.

    Perlu dijelaskan aplikasi ini direspon oleh computer. Jadi jika anda menaip perkataan yang tidak menepati command yang telah ditetapkan, respon tersebut tidak akan keluar. ID ini bukan untuk chat.

    Senarai ID (gunakan salah satu supaya orang lain boleh manfaatkan juga)

    Yahoo!: Quran.Noor
    Yahoo!: Quran.Mubeen
    MSN : Quran.Noble@hotmail.com
    MSN : Quran.Noble@gmail.com
    GTalk-Jabber: Quran.Noble@gmail.com
    AOL: QuranNoble or RafeeqA
    ICQ : 44421074 or 11431053

    Bahan yang boleh didapati :

    Ayat Al-Quran (bahasa Arab), tejemahannya dalam pelbagai bahasa, bahan dari kitab2 lain, Hadis Bukhari, Muslim, Dawud, Malik, Riyad, Nawawi, Qudsi, Dua, H500, Explain, Sermon, FAQ, AlBukhari.

    Command:
    Contoh command: jenis kitab>aliase>no surah > no ayat
    Cth: Quran HQ 6 7


    Untuk command lanjut sila rujuk ke http://quran.noble.googlepages.com/

    Sumber bahan yang dimasukkan ke aplikasi ini juga ada di nyatakan di situ

    Jika menghadapi sebarang masalah, taip help, bantuan seterusnya akan diberikan.

    Semoga kita akan lebih dekat dengan AlQuran dan Al-Sunnah dalam kehidupan seharian kita, insya Allah.

    Renungan: Jika anda beli suatu barang elektronik baru. Bagaimana anda nak gunakan? Tentu anda akan rujuk manual dia. Manual disediakan oleh pembuat alat tersebut untuk memberitahu kita cara guna, cara jaga keselamatan, malah cara guna alat tersebut supaya tidak membahayakan diri dan juga orang lain. Jika kita cuba guna alat tersebut sesuka hati mungkin ia akan cepat rosak atau mungkin akan membahayakan sesiapa. Malah akan ternafi hak kita untuk mendapat perlindungan warranty.

    Begitu juga manusia, yang dicipta oleh Allah. Allah menyediakan manual Al-Quran dan al-Hadith untuk memandu manusia bagaimana untuk menggunakan diri mereka, mahluk lain yang diciptakan di dunia ini seperti binatang dna tumbuhan, begitu juga alam ini.
    Jika kita buat pandai sendiri aje, tak nak ikut manual tu, akan cepat rosaklah ia atau akan membahayakan sesiapa, malah yang paling dahsyat ialah akan mendapat balasan neraka Allah dan ternafi hak kita untuk mendapat nikmat syurga dalam sesi hidup kita selepas di dunia ini.
    Dan untuk membaca manual Allah ini, yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia, tidak cukup dengan membaca terjemahannya sahaja, justeru Allah Taala berfirman mafhumNya: maka tanyalah kepada yang tahu jika kamu tidak tahu… iaitu bertanyalah kepada orang yang berilmu jika kita tidak pasti dengan makna yang terkandung dalam ayat al-Quran tersebut.

    Wallahu a’lam.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger