Terengganu : mini Palestin,
Saya berminat untuk membuat pemerhatian tentang Terengganu kerana saya rakyat Terengganu. Siapa lagi yang nak ambil berat tentang negeri sendiri kalau bukan anak yang tumpah darah di bumi itu. Jadi tiada sesiapa sepatutnya menghalang saya daripada menulis tentang negeri saya.
Terengganu: Bila pihak yang nak melaksanakan Islam memerintah, royalti minyak disekat.
Palestin: Bila pihak yang nak melaksanakan Islam memerintah, dana dunia disekat.
----
Terengganu: Di awal pemerintahan, pekerja kerajaan negeri Terengganu tidak mendapat bayaran gaji kerana kerajaan tak berduit. Hatta pelajar-pelajar yang memegang pinjaman yayasan Trg di luar Negara tidak mendapat duit.
Palestin: Di awal pemerintahan, beribu2 pekerja awam tidak mendapat bayaran gaji kerana kerajaan tak berduit.
----
Terengganu: Air mineral diganti dengan air suam untuk mesyuarat2 kerajaan negeri untuk berjimat.
Palestin: Makanan yang mahal-mahal diganti dengan isy dan falafel (sejenis makanan yang murah, dimakan oleh rakyat miskin) ketika mesyuarat kerajaan, untuk berjimat. Malah ketika ke parlimen, mereka berkongsi satu bilik hotel 4-5 orang tanpa memikirkan keselesaan, untuk berjimat (mendapat pujian dari pihak hotel).
----
Terengganu: Allah memberi sumber dari jalan yang tidak disangka2. Duit royalti ditukar kepada wang ehsan, duit kebajikan melimpah ruah ditabur kepada rakyat. Sebelum ini duit royalty tersebut di beri kepada kerajaan negeri Terengganu, tapi tidak sampai kepada rakyat. Bila jadi wang ehsan, baru rakyat merasa, dan rakyat jadi berduit serta punya kuasa beli yang tinggi. Baru nampak, BANYAK SUNGGUH rupanya duit royalti minyak ni. Boleh bangunkan pagar2 sekolah, bagi bantuan macam-macam kepada pelajar, cermin mata, pakaian, dll. Tusyen setiap hujung minggu dengan bayaran kepada guru-guru dan makanan percuma kepada pelajar. Hairan sebelum2 tu ke mana perginya duit ni. Sebab sebagai rakyat Terengganu saya memang lihat Terengganu sangat lembab pembangunannya, dari saya kecil hinggalah saya ke Mesir (1998).
Setelah jadi wang ehsan. Perniagaan2 di Terengganu menjadi maju, kerana ada pembeli. Malah nelayan mengakui mendapat ikan yang banyak dilaut, dan ikan menjadi murah di pasar. Bila saya balik tahun 2002, saya tak kenal kampung saya kerana pesat membangun.
Palestin: Allah memberi sumber dari jalan yang tidak disangka2.
Rakyat Islam di seluruh dunia bangkit (Setakat ini baru sebahagian yang bangkit) dan menghulurkan bantuan.
----
Terengganu: Kerajaan sebelumnya walaupun mendapat royalti yang sebegitu banyak tapi menanggung hutang yang begitu banyak dengan kerajaan pusat. Kerajaan parti Islam tidak berhutang malah membayar sebahagian hutang tersebut.
Palestin: Kerajaan Fatah, walaupun mendapat dana dari US dan dunia yang banyak tapi menanggung hutang yang banyak juga. HAMAS tidak menambah hutang dengan Bank Arabi, malah sumbangan dari Algeria telah dapat membayar hutang2 tersebut.
Walaupun nampak macam zalim, Bank Arabi mengambil duit di kala kerajaan Palestin susah seperti ini. Hikmahnya, apa-apa pun hutang tu memang kena bayar juga, dan bayar lambat akan menambah riba yang dikenakan (kalau bank tu kenakan riba), atau denda kerana lambat bayar (kalau hutang berdasarkan perjanjian tarikh bayaran).
----
Terengganu: Rezeki dari dalam negeri bertambah. Barakah berganda, perniagaan untung dan rakyat mengeluarkan zakat. Kutipan zakat Terengganu meningkat pada tahun2 pemerintahan ini, sehingga banyak pembangunan dapat dijalankan, malah kerajaan negeri boleh membayar gaji pekerja dan membayar sebahagian hutang2 yang banyak yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya. TDC (Terengganu Development Centre) telah mendapat keuntungan yang tinggi (sebelum tu tak pernah nampak untung). Malah TDC telah membayar zakat yang banyak dan kerajaan negeri dapat menjalankan urusan kerajaan dengan sumber itu. Hanya zakat! Sebab cukai pintu dan tol telah dihapuskan. Dalam tak ada duit, kerajaan negeri juga dapat membeli sebuah hotel di Mekah sebagai satu usaha pelaburan. Dari mana datang duit? Dari Allah….berkat tanggungjawab yang dipegang oleh orang yang amanah.
Palestin: Insya Allah kita saksikan nanti Allah akan memberi rezeki dari dalam Negara Palestin. Mana la tahu, jumpa minyak ke, bahan galian ke nanti. Itu semua kuasa Allah…. Yang lebih utama, apabila tanggungjawab dipegang oleh orang yang amanah, kita akan lihat nanti apa yang diusahakan oleh rakyat Palestin akan meningkat dari sudut produkivitinya.
----
Terengganu: Akhirnya kerajaan negeri dapat menjalankan pentadbiran dengan baik, walaupun tanpa wang yang banyak, berkat pemerintahan yang beramanah. Tol tak ada. Cukai pintu tak ada. Hanya bergantung kepada zakat dan pendapatan2 yang diusahakan.
Palestin: Insya Allah kita yakin dan berdoa semoga kerajaan Palestin yang didokong oleh mereka yang berwibawa, amanah dan beriman akan dapat melaksanakan pemerintahan dengan baik. PM baru ini pun, Ismail Haniyyah telah berjaya menampilkan keterampilannya yang berwibawa dalam berhadapan cabaran dari luar (dunia yang mencengkam) dan juga dalaman (rakyat). Perlu diingat, pendokong HAMAS memang telah biasa hidup susah. Jadi walaupun perit, mereka faham. Tapi pendokong FATAH, dihantui dendam kerana kalah dalam pilihanraya yang lalu. Mereka mungkin tidak biasa hidup susah. Mereka inilah yang mungkin mudah dibeli oleh pihak luar (AS)
----
Terengganu: Menyaksikan, menjelang pilihanraya seterusnya, usaha licik telah diambil oleh pihak pembangkang negeri untuk merampas kuasa kembali dan rakyat2 telah dibeli dengan wang yang begitu banyak. Selain faktor pengundi hantu (yang terbukti dengan peningkatan jumlah pengundi yang keluar mengundi menghampiri 100%, nama yang dah mati mengundi lagi dll), ada di antara mereka yang menyokong Parti Islam sebelum ini kerana factor reformasi - bukan atas dasar kefahaman sebenar2 untuk melaksanakan syariat islam dan menolak kezaliman - dikelabui dengan wang ringgit yang sedikit.
Palestin: Kerajaan HAMAS telah nampak dari sekarang, bahawa pendokong FATAH mungkin akan buat sesuatu dan tak akan dapat bertahan dengan kesusahan yang dihadapi. Insya Allah kita doakan semoga Allah akan thabatkan hati mereka untuk bersama2 memperjuangkan Islam, dan tidak membolakbalikkan hati mereka berhadapan dengan musuh luar yang ingin membeli.
----
Ingat Tanah Melayu tergadai/ terjajah dulu adalah kerana mereka yang laparkan duit. Kelabu mata melihat kekayaan. Apa kita nak buat dengan orang-orang seperti ini? Mementingkan perut sendiri. Semoga Allah menjauhi kita dari dijangkiti virus materialistik yang membutakan ini. Waliauzubillah...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home