main-main main, main-main betul
Zaman kecil-kecil dulu, kita main masak-masak, cikgu cikgu.
Ada kawan-kawan main kawen-kawen, tapi seingat saya, saya tak pernah main kawen-kawen, sebab saya malu dan rasa itu tak elok, tu kerja orang besar-besar.
Main masak-masak atas tangga belakang rumah. Tanah pasir masuk dalam tin susu, atau bekas plastic bancuh dengan air buat kek, atur atas tangga. Hias dengan bunga dan daun dari pokok2 kat tepi rumah. Daun jadi ikan, daun juga jadi sayur. Kekadang pakai ranting kayu jadi ikan. Macam-macam resepi di reka. Ummi biasa tak marah kalau saya ambil bekas dari dapur buat main. Tapi lepas tu basuh la balik.
Saya guna pemukul telur pukul air sabun. Buih dia buat hias kek, aising la tu. Tapi masa tu saya agak heran, kenapa aising saya sekejpa sahaja cantik. Kemudian turun dan menghilang.
Seronok main zaman kecik dulu. Tapi saya tak ramai kawan untuk main pondok-pondok, sebab kakak-kakak waktu tu dah besar. Saya membesar sendiri. Jadi main pun sendiri. Kreatif sendiri-sendiri. Ada beberapa kawan sekitar rumah pun tak la main hari-hari. Kadang-kadang aje. Banyak masa duk dalam rumah, baca buku... dan lain-lain.
Main cikgu-cikgu pun seronok. Pergi rumah Mastura dan Hamdan. Rumah sewa depan rumah mak dia jadi mangsa. Tapi mak diorang tak marah, jadi tak apalah. Dinding rumah tu yang tidak bercat jadi papan hitam. Arang kayu jadi kapur tulis. Lepas tu padam pakai daun-daun. Zaman dulu main ikut kreatif aje. Ibu bapa tak susah-susah keluarkan duit belikan. Main cikgu-cikgu ni bagus. Ibu bapa pun tak marah, sebab sambil main, tu kita dapat ilmu juga. Saya masih ingat main cikgu-cikgu rumah Ida.
Ida jadi cikgu sains. Dia lukis bumi ni bulat, dan bumi mengelilingi matahari. Itu pertama kali saya tahu. Adik-adik dapat ilmu, Ida pula dapat ulangkaji pelajaran dia.
Anak-anak sedara saya, banyak mainan. Main cikgu-cikgu, ada papan putih. Main masak-masak pun siap dapur, piring cawan periuk. OK lah, taraf hidup makin meningkat.
Nabhan pulak, agak beruntung. Bukan sebab kami banyak duit. Tapi mainan kat sini boleh dapat dengan harga yang sangat murah. Apa lagi, carboot la.
Kalau pandai cari boleh dapat 50p, 20p. Barang-barang mainan kalau beli baru memang mahal. Sebab mainan kat sini memang berkualiti dan dijaga tahap keselamatan kanak-kanak.
Kat tempat kita, beli kereta mainan, kalau murah, siap la dua tiga hari hancur la.
Seronok juga jalan-jalan kat carboot. Tapi nanti kalau anak-anak dah agak besar, dah pandai minta itu ini, siap la mengangkut pulak nanti.
Nabhan ni alhamdulillah tak pandai minta lagi. Dan kami pun tak pergi selalu. Kadang-kadang aja kalau ada masa.
Buku-buku pun boleh dapat 50p, 20p. Tak semestinya begitu. Tengok rezekila. Basically, orang kat sini tak suka rumah semak dengan barang lama. Jadi barang yang dah tak guna, walau pun masih elok lagi, mereka jual kat carboot murah-murah. Ada juga yang sedekah kepada kedai-kedai charity. Sukarelawan charity tadi datang ke rumah-rumah bagi surat mohon derma serta karung untuk isi barang. Pada hari yang dimaklumkan, mereka akan datang kutip. Karung itu hanya perlu letak kat luar rumah aje. Mereka akan kutip. Barang-barang itu dijual semula untuk mengisi tabung kebajikan. (Tak de pula orang nak curi)
Jadi orang lain boleh beli dan guna. Mereka tak buang. Nak bagi orang pun, mungkin orang tak guna juga. Daripada menyemak rumah orang tu dengan benda yang dia tak nak guna, baik jual kepada orang yang memang nak.
Kekadang, kalau datang tengahari sikit, boleh dapat lagi murah. Lagi kalau beli borong, terutama kalau yang menjual tu memang niat nak habiskan barang dia.
Mainan Nabhan dah hampir 2 bakul. Tapi kan, dia tak de la minat sangat nak main mainan ni. Yang dia lagi suka main adalah benda-benda betul (yang bukan mainan) yang ummi dan abah guna selalu, seperti periuk belanga, pinggan mangkuk, kunci, paling minat laptop dengan handphone. Juga alat-alat elektronik.
Pernah sekali pergi rumah kawan, anak dia ada mainan handphone, rupanya sebiji macam telefon betul, Cuma bila tekan butang dia bunyi muzik2 macam mainan, ada suara kata hello, bye2 dsb. Dia tahu itu adalah mainan, sekejap aje main, lepas tu nak yang betul semula.
Satu lagi, kalau kita, antara yang besar dan yang kecil, kita minat yang kecil kan. Tapi Nabhan minat yang lebih besar. Antara handphone saya yang besar tiga jari dengan handphone abah dia yang besar tapak tangan (PDA) dia lagi suka yang abah dia punya. Mungkin juga saya punya boleh picit keypad sahaja. Tapi abah dia punya sentuh touchscreen pun dah keluar bunyi dan cahaya. Ini menunjukkan, budak sekecil dia pun dah boleh bezakan teknologi yang lebih maju dengan yang kurang.
Maknanya, akalnya dah boleh berfungsi dengan baik untuk membezakan yang baik dengan yang buruk, yang selamat dengan yang bahaya, yang moden dengan yang lebih canggih, hehe. Mumayyiz la tu kan.
Kalau dulu saya main cikgu-cikgu pakai dinding papan, Nabhan main cikgu-cikgu pakai laptop. Oh anakku… Ini pun satu cabaran bila saya nak study, yang sememangnya saya akan pakai laptop. Dia akan tarik kain nak duduk atas riba. Kemudian, siapla... menaip.


3 Comments:
baby ni mmg cukup bijak. anak saya yang 9 bulan tu..sejak lama dah suka main handphone.boleh bezakan hp mama n babanya.dan suka sgt nak main laptop.saya rasa, jenis permainan anak2 ni, minatnya bergantung pd pendedahan yang diberi. anak saya juga tak suka toys2 ni sgt, dia suka main benda2 betul.cthnya botol,mangkuk plastik habis diketuk2 dan dibeleknya, jam tangan. kalau mainan unt baby tu, dia suka juga tp main kejap2 aje.:).anak2 zaman cyber la katakan.
saya dapat penemuan baru, sebenarnya anak2 ni suka main benda yang kita guna, mereka suka main hp dan laptop sebab kita selalu guna. Sedangkan mainan dia, kita tak guna. So, it seems like it is useless. Sejak kami cuba bermain2 dengan dia dengan mainan ni, dia makin berminat. Maknanya, bukan setakat bagi mainan kepada mereka, tapi kena tunjukkan cara main, dan kita kena main sekali selalu-selalu. Baru dia rasa mainan itu a part of our life. Tarbiyyah bil hal gak la ni.
Sama la kalau kita selalu mengaji dan solat, mereka akan minat juga mengaji dan solat.
Hm betul juga tu.
Post a Comment
<< Home