Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Friday, May 05, 2006

    tarbiyah bil hal

    Kanak2 lebih suka mengikut perbuatan kita daripada kita menyuruhnya berbuat sesuatu. Jadi tarbiyah bilhal amat terlaksana di kalangan anak2 kecil ini.

    SOLAT
    Setelah memerhati ummi dan abah solat sedari dia bayi, Nabhan dah boleh angkat takbir sambil sebut “ba…..” (allahu akbar). Peluk tubuh. Kemudian “ba….” dan sujud (meniarap). Semua ini berlaku sedikit sedikit setiap kali kami solat. Dengan mengajaknya solat sama sambil senyum, Nabhan akan datang. Kekadang dia tak nak. Pergi main ke lain. Pendek kata, kita tak boleh pastikan dia mesti menurut apa yang kita kata. Tapi sebenarnya dia belajar dari pengamatan.

    Semasa Fatihah, kita berdiri agak lama. Nabhan tak boleh berdiri diam lama-lama, sekejap kemudian dia akan berjalan2 main kemudian kembali mengangkat takbir dan sujud lagi.

    Kenapa Nabhan hanya qiyam, takbir dan sujud? Tak ada duduk? Sebab kami duduk sama tinggi dengan dia berdiri. Hehe.

    DOA MAKAN
    Bila makan, kami cakap, “Nabhan baca doa”. Ummi dan abah akan angkat tangan baca doa. Nabhan akan angkat sama sambil duduk bersila, kemudian sapu ke muka mengaminkan. Ummi atau abah (mana yang paling dekat) akan hadiahkan Nabhan satu ciuman di dahi gembira. Nabhan akan tersenyum tersipu2.

    SALAM
    Di awal mengajar Nabhan menyalami ummi dan abah, dia tak nak ikut juga. Jadi setiap kali ummi salam dan cium tangan abah lepas solat, kami akan pastikan Nabhan tengok.
    Kemudian, Nabhan mula belajar salam dan cium tangan. Tapi bila dia cium, dia menghembuskan nafas, bukannya mengucup. Jadi sempena shelshemanya, selmatlah air hidung menyinggah di tangan abah dan ummi. Tak apalah.

    BUANG HINGUS
    Kami sekeluarga kena batuk selsema. Saya buang hingus di tisu. Nabhan perhati. Dia belum pandai menghembus hingus lagi. Suatu hari, dia ambil tisu letak kat hidung dan hembus. Sungguh comel. Saya cium dahinya gembira.

    AMBIL SESUATU DARI ANAK2
    Kalau nak ambil sesuatu dari anak2, cuba untuk tidak merampas, minta elok2, minta pinjam dsb. Kekadang kanak2 tak nak bagi sesuatu yang dia suka, jadi kita boleh carikan sesuatu yang lain yang dia suka, bagi di tangannya dan minta yang di tangannya tersebut. Nabhan kadang-kadang suka ambil apa yang kita nak guna. Contoh ummi nak mengaji, dia ambil Quran yang diguna. Tengah telefon dia nak telefon tu. Jadi, kita biarkan seketika, dan pegang sesuatu yang lain, tunjukkan minat kita pada benda tersebut. Dia akan tinggalkan benda tadi dan beralih kepada benda baru tersebut. Di kala itu kita boleh ambil barang yang kita nak guna tadi.

    KONGKONG
    Manusia tidak suka dikongkong. Sebab itu kita lihat kanak-kanak makin kata jangan, makin dibuat. Bila Nabhan buat salah, tumpahkan air, main plug, main dekat tangga dan sebagainya, saya cuba perjelaskan dengan kata-kata dan mimic muka bahawa perkara itu bahaya dan tak boleh buat. Saya tahu, mungkin dia tak faham pun apa yang saya kata, tapi saya percaya berulang-ulang kali saya bercakap, insya Allah dia akan belajar vocabulary yang saya tuturkan, dan akan boleh beza mana yang bahaya dan mana yang tidak.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger