nabhan study

Gambar ini sebenarnya dah agak lama. Waktu Nabhan 15 bulan.
Suatu hari kami ke carboot. Jumpa tent kecil dengan meja kecil. Belikan untuk Nabhan. Dia dah minat menulis dan membaca sekarang. Kesian duk meniarap atas lantai menulis.
Balik rumah, saya susun tepi bilik. Nabhan sungguh excited. Dia masuk dalam khemah dan menulis di atas meja. Rajin dia study.
tengah study sebelah khemah
sambung study lepas break
Saya tambah 4 keping kusyen dalam khemah, cadarkan dan taruk bantal serta duvet kecil. Bilik kecil untuk Nabhan. Mungkin telah sampai masa untuk pisahkan Nabhan tidur dari saya.
2-3 malam dia tidur dalam tu. Kemudian, balik asal, sebab musim masih winter. Tepi dinding tu agak sejuk. Malam2 dia akan terjaga dan menangis. Mungkin masuk spring nanti boleh cuba lagi.Nak tidurkan kenalah saya masuk sama, sebab dia menyusu sebelum tidur. Muat pulak saya tidur dalam khemah kecil tu dengan dia. Bukan sahaja saya muat. Abah dia pun muat! Kecil-kecil cili api. Macam Tardis dalam cerita Doctor Who. Kecil di luar, besar di dalam.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home