Image hosting by Photobucket

:: DIREKTORI :: [HOME] [VIDEO NASYID] [VIDEO TERPILIH] [EKSPERIMEN DAPUR] [NABHAN] [E-PUSTAKA] [KEMBARA]

    Wednesday, May 10, 2006

    anak kecil mampu tangkap hingga 7 bahasa

    Kajian menunjukkan kanak-kanak dari kecil hingga peringkat masuk sekolah, boleh menyerap sehingga tujuh bahasa. Dengan syarat, seorang yang berkomunikasi dengan anak tersebut hanya cakap satu bahasa.

    Cthnya: Ibu cakap melayu, ayah cakap arab, cikgu kat sekolah cakap Inggeris. Jadi otak anak tersebut akan membahagikan wajah ini dengan bahasa mana. Kalau keluarga yang ada lagi ramai orang kat rumah lagi bagus. Nenek cakap India, Atuk cakap cina. Kaya bahasa si anak.



    Setakat ini, terbukti Nabhan boleh membezakan tulisan Arab dan rumi.
    Bila beri buku English (tulisan rumi) cara dia baca lain. Sepatah sepatah “a, e, ee, uu” seperti membaca A B C D. Tapi jika diberi Al-Quran, dia akan bunyikan seperti melagukan ayat al-Quran. " nunu... nu.. nunu...." (asalnya-iyya kana'budu-dari surah Fatihah)





    Pada mulanya, saya ingatkan dia bezakan objek Al-Quran itu sendiri, dengan corak2nya. Suatu hari dia mengambil kamus bahasa arab-bahasa inggeris. Dan dia baca seperti Al-Quran! Maknanya dia boleh kenal tulisan arab dalam kamus itu seperti Al-Quran.

    Masalahnya orang melayu kat sini, bila anak mula masuk nursery, dan dah dapat bahasa inggeris. Kat rumah pun ibu bapa cakap inggeris dengan mereka. Natijahnya, bila balik Malaysia, si anak dah tak dapat bahasa Melayu.
    Seorang kawan saya, si anak dah tak minat nak telefon nenek kat kampung, sebab tak tahu nak cakap melayu. Faham, tapi lambat nak atur ayat nak jawab balik.

    Seorang kawan arab bagitahu, cikgu kat nursery pesan supaya ibu bapa kekal cakap bahasa ibunda kat rumah, supaya anak-anak dapat dua-dua bahasa.

    Jadi, bila anak-anak melayu tak dapat bahasa melayu, silapnya adalah kat rumah la.

    2 Comments:

    Anonymous Anonymous said...

    Betul tu. teknik ni, kalau kat Malaysia..under NURY, kita panggil OPOL, meaning One Person One Language.Baba ckp arabic, mama ckp english, nenek atok malay.:).

    6:43 am  
    Blogger didie said...

    benar, cuma cakap tu nak kena istiqamah. tak boleh campur-campur. kalau campur2, nanti anak akan dapat bahasa rojak.
    walau anak tu cakap lain, yang ditugaskan cakap arab contohnya, kena terus sahaja cakap arab. dari situ si anak akan terdedah dengan vocab tersebut.

    11:27 am  

    Post a Comment

    << Home

Al-Maktoum Institute for Islamic and Arabic Studies ISRA PMRAM ALKIS KISAS Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri Kelantan Utusan Berita Harian Harakahdaily BBC CBBC [karyanet] Laman kanak2 interaktif
    .
Rujukan Umum Bait Al-Hikmah parenting Page Bait Al-Hikmah E-book @ al-firdaus.com [Harun Yahya] Books, movies, articles, audio books, presentations on Islam /
    .
webtv Harakah Islam Malaysia TV1 TV2 TV3 NTV7 CyberjayaTV Koleksi Ceramah Tn Guru Nik Aziz MP3 I Look, I see - Yusof Islam zikir

    .
Karya Puisi Buat Sis KMD
    .
Dakwah Komik Biografi Hassan Al-Banna
    .

site stat

Powered by Blogger