pengajaran waktu sarapan ...
Pagi ini kami bersarapan, saya goreng roti canai dengan gulai daging – resepi Indonesian satay.
Semalam Nabhan makan nasi dengan gulai daging ni habis sekepal. Mungkin seleranya dah kembali selepas kebah dari batuk selsema. Saya gembira.
Ke, seleranya kena sebab resepi ‘Indonesian satay’. memang anak Jawa. Hihi.
Duduk sama-sama di keliling hidangan, saya bacakan doa. Nabhan turut angkat tangan dan menyapu muka sebaik saya menyebut azaban-nar… Saya hadiahkan dia satu kucupan di dahi. Gembira.
Satu pinggan untuk abah berisi satu roti canai. Satu pinggan untuk saya berisi satu roti, dan satu pinggan untuk Nabhan berisi secebis roti dari pinggan saya.
Saya kurang pasti, dalam usaha untuk melatihnya makan sendiri, patutkah beri dia kadar yang sama dengan orang lain supaya dia rasa dia patut makan sama seperti orang lain, atau beri sedikit, supaya dia tidak terbiasa mengambil makanan banyak nanti pada masa2 akan datang melebihi kadar kemampuannya makan.
Nabhan tarik pinggan saya (berisi satu roti), dia mencapai roti itu dan makan. Bagi cebis kecil dia tak nak. Hmm…. tak apalah, saya mula makan cebisan roti dalam pinggan asalnya. Saya teguk susu dalam cawan besar. Dia nak juga. Saya bagi. Tapi Nabhan geleng sebab rasa cawan tu macam suam. Kemudian Nabhan ke dapur. Ingatkan dia nak main. Saya biarkan.
Rupanya dia datang bawa sebotol air masak. Huhu.
Saya teringat zaman di Mesir dulu, sesiapa hidang makanan tanpa air minum nanti dapat anak tiri, mitos yang selalu bermain2. Sekadar nasihat berlapik sebenarnya.
Nabhan letak botol itu sebelah abahnya. Saya hanya memerhati. Kemudian dia datang dan duduk dekat saya, sambil bercakap-cakap dengan bahasanya dan menunjuk-nunjukkan ke arah botol tersebut. Abahnya tak perasan, mata tertancap pada siaran berita di kaca tv.
Nabhan bangun dan mengambil botol itu bawa pada saya. “Nabhan nak air?” Tanya saya. “Nak.” Katanya sambil angguk sekali, bersungguh-sungguh..
Subhanallah… Nabhan tak boleh minum susu yang saya hidangkan sebab panas. Tapi dia tak bising pun suruh ambilkan air lain. Dia ambil sendiri di dapur dan bawa kepada saya. Tinggal minta saya tuangkan ke dalam cawan untuk dia minum.
Di sudut hati saya terharu. Kita orang dewasa ni kengkadang selalu minta tolong orang buat itu ini, sedangkan sebenarnya kita boleh aje buat sendiri. Tapi si kecil ini pun pandai buat sendiri. Muhasabah buat kita yang dewasa.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home